Rezeki besar untuk saya selepas jamu anak istimewa, selepas Isya dapat ziarah Hj Abdullah Chong di Masjid Jamek Sri Petaling. Beliau Syura Usaha Dakwah Tabligh Malaysia. Minta nasihat dan doa. Sayu sebak kerana dari saya umur 12 tahun saya kenal beliau. Sifat dan akhlak beliau yang amat mulia.
Masa diuji Allah beberapa kali sebelum Subuh beliau call beri semangat. Beliau selalu kongsikan doa dan amalan. Sampai sekarang saya masih ingat. Katanya sebelum Subuh menangis pada Allah. Doa kebaikan dan rahmat buat semua manusia. Doa Allah sayang pada umat ini. Minta keampunan untuk semua orang.. Doa pertolongan Allah dalam segala apa kita buat. Niatkan apa sahaja kita buat jadi asbab hidayah.
Sebelum balik Hj Abdullah Chong hadiahkan saya kuih raya isterinya buat sendiri. Katanya selalulah datang. Rumah saya rumah ustaz ebit. Bila-bila hadirkanlah ke sini. Allah pilih ustaz ebit jadi asbab khidmat untuk umat. Tak semua orang terpilih buat kerja begini. Terharu dengan kata semangat dan doa daripada beliau.
Rindu nak dengar tangisan beliau masa berdoa. Kadang masa iktikaf. Waktu Tahajud kuat tangisan beliau. Hari-hari puluh tahun doa menangis untuk semua manusia lain. Begitulah ramai pendakwah yang terlalu sayangkan manusia yang lain. Tidak mahu apa-apa dari dunia ini. Dunia yang mereka miliki pun mereka korbankan untuk kebaikan orang lain. Hanya Allah yang balas jasa mereka semua. Saya hanya debu berbanding usaha mereka semua.
Saya hormat dan kagum pada mereka semua. Usaha mereka tiada gaji. Tiada elaun. Mereka guna diri dan harta sendiri. Diluar berdakwah dengan kasih sayang. Dirumah mereka didik keluarga dengan dakwah, majlis ilmu,ibadah dan kasih sayang. Malam mereka menangis berdoa. Bukan senang nak menangis. Ini menangis untuk diri dan umat. Usaha mereka tak pernah berhenti di seluruh dunia bawa kebaikan.
Ya Allah berilah kesihatan rahmat buat beliau dan semua ahli syura. Ya Allah jaga dan beri kesihatan buat semua alim ulama kami di seluruh dunia. Ya Allah berjuta rahmat yang kau beri pada Hj Abdullah Chong dan semua pendakwah diluar sana berilah sedikit pada saya. Moga catatan ini menjadi kenangan indah dalam hidup saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan