Rabu, 10 Mac 2021

Sayu sebak dapat ziarah guru Ustaz Ebit Lew masa darjah 6.

Sayu sebak dapat ziarah guru saya masa darjah 6.  Cikgu Mohd Noor yang mula-mula ajak saya pergi khidmat ke kg asli dan pedalaman tahun 1996. Setiap minggu kesana sini. Tak pernah duduk rumah setiap kali cuti sekolah. Hampir setiap hari selepas Asar sampai lewat Isya kami ziarah orang sakit, orang ada masalah hidup, masalah anak, masalah duit, orang susah,ibu tunggal anak yatim dan mereka yang memerlukan bimbingan. 

Saya minta nasihat beliau. 3jam dengar cerita saya. Sampai 1 pagi dah. Macam biasa dah hujung saya luah berjam. Kata beliau beri semangat, ebit dari kecil belajar balas buruk dengan baik.  Dan kita sentiasa doakan kebaikan dan rahmat buat semua orang walau orang yang memusuhi kita. Kita serahkan semuanya pada Allah. Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan