08 Mei

Ustaz Ebit Sayu Mendengar Budak Darjah 3 Kutip Tin di Tong Sampah Untuk Sara Hidupnya


Sayu sangat rasa masa ada orang bagi video adik ni di Pasir Puteh Kelantan  tengah cari besi dan tin dalam tong sampah dekat sekolah Tok Janggut. Baru darjah 3 tapi rajin cari duit untuk belanja sekolah. Semenjak darjah 1 dia sendiri cari besi dan barang terpakai untuk jual. Baik beradab adik ni. Muka bersih jer.

Masa sampai tadi adik ni dekat tong sampah tengah cari barang. Terus lari mulanya. Lepas tu saya panggil adik ni. Dia tak kenal pun saya.  Tengah anak kita pegang phone main game. Adik ni cari rezeki kutip besi dan lain-lain masuk dalam tong sampah.

Maknya kerja jual dengan orang tolong jual pisang. Pkp ni dah lama tak bekerja. Baru ini maknya tolong mandikan orang tua uzur sakit dan di rumah buat ketupat.  Ayahnya dah meninggal dunia masa adik ni 8 bulan.. 2 orang kakak dan abangnya ada kad oku lembam. Mereka dapat bantuan jkm rm450 sebulan. 

Masa sampai tadi saya beri sedikit duit untuk maknya. Maknya menangis. Katanya sepanjang saya hidup tak pernah pegang duit banyak macam ni. Sedih rasa sebab tidaklah banyak saya bagi. Kakak tadi makin kuat menangis. Adik comel ni pun menangis.

Saya tanya akak nak berniaga tak. Siang akak jual pisang, kueh-kueh. Anak akak minat nak jual burger. Malam biar dia jual burger ke. Seorang anak akak ni 19 tahun rajin juga bekerja menolong orang.saya belikan gerai dan payung untuk akak nak tak? Dia kata ada juga orang janji nak bagi. Tapi tak sampai-sampai lagi. 

Saya terus ajak pergi beli di Kota Bharu gerai dan semua dapur besar dan gas serta payung untuk meniaga. Sedih sangat tengok keluarga ini. Baik sangat. Nampak keikhlasan dan kerajinan mereka. 

Saya dimaklumkan ramai sangat jiran, masyarakat dan masjid membantu dan selalu memberi sokongan buat keluarga ini. Semoga menjadi asbab kebaikan dan diluaskan rezeki akak ni ye.

Sumber
Facebook Page Rasmi
Ustaz Ebit Lew




07 Mei

Ustaz Ebit Lew Menangis sayu di Kg Parit Sulaiman Pontian Johor tengok rumah usang atau sebenarnya cuma macam pondok buruk


Menangis sayu di Kg Parit Sulaiman Pontian Johor tengok rumah usang atau sebenarnya cuma macam pondok buruk.  Sepasang suami isteri sakit berat dah 4 tahun tinggal bersama anak kecil disini. Suami sakit buah pinggang dan saraf. Sampai makan ubat saraf tahan sakit banyak. Kalau tak makan tak boleh bangun langsung. Sentiasa berulang alik hospital untuk rawatan. Isterinya juga ada penyakit berat.  Banyak nyamuk, agas dan tiada elektrik. Rumah tanpa pintu dan tingkap. Terbuka jer. Cover dengan kain jer. Rumah lamanya terbakar dah lama. 

Tengok adik ni berlari atas titi kayu patah tanpa selipar. Dia berani pijak semua tu. Bila sampai katanya dah lama cuba hubungi ustaz. Belum dapat. Gembira dapat jumpa ustaz. Syukur mereka dapat bantuan baitulmal Rm400 sebulan. 

Saya gembira berjumpa seorang kontraktor yang sudi membantu buat rumah dengan harga murah. Terus ke kedai hardware beli semua barang keperluan untuk bina sebuah rumah baru. Esok mereka akan hantar. Lagi rezeki kontraktor tadi akan mulakan kerja esok. Akan usaha siapkan sebelum hari raya.

Mudah-mudahan Raya ini menjadi Hari Raya bermakna untuk abang kakak dan anak comel ini. Syukur sangat. Tak berhenti mereka cakap terima kasih.

Terima kasih ketua kampung dan cikgu yang bawa kami tadi. Terima kasih abang kontraktor. Semoga menjadi asbab kebaikan.

Kredit/Coretan
Facebook Page Rasmi
Ustaz Ebit Lew

06 Mei

Ustaz Ebit Lew bersama Teresa Santa berbangsa Iban dari Sibu Sarawak menetap di Puchong Selangor.

Dah 2 hari terbaca tentang kesusahan dan ujian Teresa Santa berbangsa Iban dari Sibu Sarawak menetap di Puchong Selangor. Membesarkan 5 orang anak semua masih bersekolah setelah ditinggalkan suami selama 3 tahun. 
Baru masuk rumah Puan Teresa menangis-nangis. Saya dah mati ke ustaz. Saya dah mati ke? Saya selalu fikir nak mati jer. Pernah beberapa kali fikir macam nak mati. Hari ini saya jumpa dengan ustaz. Teresa menangis je kuat-kuat. Tak berhenti menangis. Tuhan kabulkan doa saya. Ustaz tolong semua tanpa kira siapa dia, bangsa or agama. 

Saya dapat tahu rumahnya dah tak bayar sewa 15 bulan. Begitu juga air dan elektrik. Saya bayarkan semua sewa rumah. Terus telefon owner rumah tadi untuk tanggung sewa rumah kakak ni selepas ini sehingga akak ini boleh berdikari.

Sampai rumahnya tadi sedih tengok rumah kosong je. Ada tilam lama jer. Tiada perabot lain. Saya hadiahkan peti ais, mesin basuh dan  Laptop untuk anaknya belajar. Belajar rajin-rajin ye adik. Semoga berjaya menjadi seseorang dan boleh tolong orang lain.
Saya dimaklumkan ramai prihatin dan hantar makanan dan memberi duit belanja juga buat keluarga ini. Masa sampai tadi jumpa dengan timbalan pengerusi Persatuan Anak Borneo Semenanjung Malaysia, beliau yang kongsikan keadaan keluarga ini. Mereka menangis cakap terima kasih membantu.

Coretan/kredit
Facebook Page Rasmi
Ustaz Ebit Lew

04 Mei

Filipina? Negara siapa tu? Orang Filipina? Siapakah orang Filipina itu?


Negara kita kini dipanggil Filipina (Filipina) diasaskan oleh Raja Filipina II dari Sepanyol. Dia tukar nama negara kita.

Dan kerana penginapan lama agama Kristian atau Spaniard di negara kita, warga asing cuba menukar nama dan nama keluarga kita dalam bahasa Sepanyol supaya kita boleh menjadi salah seorang daripada mereka dan mereka menukar nama asal kita.

Nama, budaya, agama, harta benda dan sejarah kita dipaksa untuk berubah atau ditukar hanya untuk imej kekuatan dan kenaikan pangkat agama Kristian di Negara kita.

Sebelum Kristian atau Spaniard menyerang kita negara kita diduduki oleh nenek moyang Muslim kita dari Luzon, Visayas dan Mindanao. Nama asal negara kita ialah MAHARLIC dan bukan Filipina, seperti yang saya katakan kerana King Philip II mengapa negara kita menjadi Filipina.

Dan Negara kita dahulu adalah Negara Islam sepenuhnya seperti negara jiran kita Malaysia dan Indonesia. Dan apakah maksud Royalty? Dari manakah datangnya perkataan Royal? Perkataan Royal berasal dari Melayu yang dalam bahasa Tagalog bermaksud " Peace."

Nama asal Manila sebelum orang Sepanyol menakluki kita ialah AMANILLAH, dari manakah datangnya kalimah Amanillah? Kalimah Amanillah berasal daripada Muslim atau Arab yang bermaksud dalam bahasa Tagalog ialah " Semoga Allah Melindungi Kamu."

Amanillah aka Manila pernah dipimpin oleh seorang Muslim Rajah Sulayman yang berani mempertahankan kota Manila menentang Sepanyol sebagai ganti hidupnya.

Dan perkataan Sebuh (Cebu) juga berasal daripada bahasa Muslim yang bermaksud dalam bahasa Tagalog ialah " Bukang Liwaywayway." Cebu sebelum ini diketuai oleh seorang pemimpin Muslim yang sangat berani Datu Kaliph Pulaka atau kini dikenali dengan nama Datu Lapu-Lapu, dia tawarkan darah dan peluh hanya untuk melindungi pulau Mactan dan Cebu di Sepanyol asing.

Jawi-Jawi atau lebih dikenali sebagai Tawi-Tawi. Jawi-Jawi ialah perkataan Melayu yang dalam bahasa Tagalog bermaksud " Far Far Faraway." Tawi-Tawi dan seluruh Mindanao sebelum ini diketuai oleh Muslim Datu dan Sultan yang berlainan agama Mindanao suku kaum, seperti Sultan Kudarat, Datu Akadir, Datu Taupan, Datu Ali dan lain-lain.

BATHALA, itulah yang nenek moyang kita sembah sebelum ini di Negara kita. Apakah makna Tuhan? Dan dari manakah datangnya perkataan Tuhan? Perkataan Bathala, Batala atau original Bayt Allah berasal daripada bahasa Muslim atau bahasa Arab yang bermaksud Bayt Allah ialah " Rumah Allah " bukti bahawa Islam adalah Agama Monotisme pertama Negara kita.

KERAJAAN, itulah nama sebenar Negara kita, bukan Filipina. Filipina datang dari bahasa Sepanyol dan bukan dari kami. Perkataan Filipina mengingatkan kita tentang penindasan Sepanyol. MAHARLICA ialah Negara sebenar kita, dan bukan Filipina yang berasal daripada penindasan Sepanyol.

Kita semua bukan orang Filipina kerana kita bukan orang Sepanyol dan kita bukan dari Filipina tetapi kita dari Negara MAHARLIC bukan Filipina. Negara kita tidak layak dipanggil Filipina dan memanggil kita orang Filipina kerana kita bukan milik Sepanyol dan ia mesti ditukar.

Dikatakan oleh Pres. Duterte dalam Ucapannya di Emilio Aguinaldo di Kawit, Cavite. (Jun 12, 2018):

" la dinamakan sebagai Filipina," dia memberitahu orang ramai minggu lalu," kerana ia ditemui oleh Magellan menggunakan wang daripada Raja Philip. Sebab itu, apabila peneroka bodoh itu datang, dia menamakannya Filipina."

Dan Pres mahu mengembalikannya semula. Duterte ialah nama asal Negara kita, sebuah Negara Diraja.

Kerana Maharlika ialah perkataan Melayu," kata Duterte. " Dan ia bermaksud lebih kepada konsep ketenangan dan kedamaian." Dan Pres mahu mengembalikannya semula. Duterte ialah nama asal Negara kita, sebuah Negara Diraja.

Kerana Maharlika ialah perkataan Melayu," kata Duterte." Dan ia bermaksud lebih kepada konsep ketenangan dan kedamaian."

Itulah sebabnya mengapa orang Islam di Filipina tidak menerima menjadi salah seorang daripada orang Filipina. Dan juga Presiden Duterte tidak akan menerima untuk memanggilnya orang Filipina dan memanggil negara kita Filipina kerana ia datang dari penakluk dan bukan milik kita.

Dan malangnya kadang-kadang guru kami tidak mengajar ini di sekolah. Seperti yang saya katakan semasa penceroboh mereka memadamkan Sejarah kita dari minda kita semua. Termasuk Nama Negara kita dan Agama asal kita.

Hanya muslim di negara kita yang tahu sejarah sebenar kita semua kerana orang Islam di negara kita tidak termasuk dalam mereka yang diduduki oleh orang Sepanyol asing.

Ustaz Ebit Lew Sayu sebak rasa bila terjumpa seorang adik umur 12 tahun di Bukit Raja Klang tidur dijalanan.

Sayu sebak rasa bila terjumpa seorang adik umur 12 tahun di Bukit Raja Klang tidur dijalanan. Kecil lagi dah jadi gelandangan. Mak ayahnya baru meninggal Januari baru ini kerana positif covid. Kasihan hidup tanpa hala tuju lagi. Ramai orang sekitar cuba membantu. Ada yang mesej saya. Dia dah tiada sesiapa dalam hidupnya. Berat ujianmu duhai anak. Pasti ada hikmah disebalik semuanya.

Saya terus bergegas cari adik ni. Dari jauh tengok adik ni terus rasa nak menangis sebab baik dan beradab sangat. Fikir macam manalah hidup merata begini. Bila tanya mak ayah jer terus adik ni menangis. Allahuakbar. Saya sampai tadi terus adik cium tangan. Tiada hp. Tak kenal saya. Wajah bersih jer jernih. Saya dah tiada sesiapa lagi ustaz. Eh, jangan cakap macam tu adik. Saya dan semua yang ada sini macam keluarga adik ye. 

Adik puasa ke? Puasa ustaz. Sahur ada orang bagi. Buka pun ada orang bagi. Saya bawa ke balai untuk report. Selepas itu saya terus bawa adik ni ke pasaraya. 

Saya tanya adik nak masuk sekolah madrasah. Nak ustaz. Nak jumpa mak ayah dalam syurga. Terus makin sedih,saya pun rindu mak. Rindu ayah. Kami solat sama-sama dan terus hantar adik ni masuk madrasah. 

Walau sekejap terasa rapat dan seperti keluarga. Adik jaga diri yer. Saya doa adik jadi anak soleh berjaya cemerlang. Nanti kita jumpa lagi. Tak berhenti cakap terima kasih. Best seronok dapat masuk belajar sini.

Coretan/Kredit
Facebook Page Rasmi
Ustaz Ebit Lew

03 Mei

Hubungan Melayu Dengan Orang Asli


1. Melayu dan Orang Asli merupakan dua kumpulan etnik yang sama-sama berstatus Bumiputera di semenanjung Tanah Melayu. Situasinya sama sahaja seperti kaum Dayak (Iban, Bidayuh dan Orang Ulu), Melayu Sarawak dan Melanau yang sama-sama berstatus Bumiputera di Negeri Sarawak. Atau seperti kaum Kadazan-Dusun, Murut, Sama-Bajau dan etnik-etnik pribumi lain yang sama-sama berstatus Bumiputera di Sabah.

2. Hubungan antara Melayu dengan Orang Asli di semenanjung Tanah Melayu sebenarnya bukanlah satu perkara yang asing kerana mereka telah saling berhubung dan bercampur sejak sekian lama. Jadi isu mengenai siapa yang lebih pribumi tidak langsung ada keperluan untuk ditimbulkan. Sebagaimana persoalan etnik manakah yang lebih pribumi di Negeri Sabah atau Sarawak yang langsung tidak relevan untuk dibangkitkan kerana kesemuanya sama-sama berstatus Bumiputera.

3. Definisi Orang  Asli diperuntukkan di bawah Seksyen  3, Akta  Orang  Asli  1954 (Akta  134) Semakan  1974. Menurut Abdul  Ghafar  (2014), istilah ‘Orang  Asli’ berasal dari perkataan ‘Orang’ dan ‘Asli’ (dari  Bahasa  Arab  ‘Asali’) yang  bermakna ‘original’, ‘well-born’ atau ‘aristocratic’.  Ia menggantikan istilah  ‘aborigines’  yang  telah digunakan oleh penjajah British pada tahun 1955.

4. Jadi istilah ‘Orang Asli’ sebenarnya hanya diperkenalkan oleh Kerajaan pada sekitar tahun 1960-an. Jadi apakah nama panggilan yang digunakan untuk merujuk masyarakat ‘Orang Asli’ pada masa dahulu?

5. Istilah lama yang diketahui digunakan untuk merujuk masyarakat Orang Asli pada zaman silam ialah ‘Sakai’. Tetapi nama tersebut pada asalnya tidak membawa maksud yang negatif kerana menurut Couillard, istilah 'Sakai' berasal dari perkataan dalam bahasa Sanskrit iaitu ‘sakhi’, yang bermaksud ‘friend’, ‘companion’, atau ‘comrade’. Menurut Leary (2007), antara istilah lama lain yang digunakan untuk merujuk masyarakat Orang Asli ialah ‘Orang Bukit’ dan ‘Orang Darat’.

6. Antara bukti contoh penggunaan nama ‘Sakai’ pada masa dahulu adalah di dalam Undang-undang  Melaka yang menggunakan nama Sakai Bala Tentera Melaka, Sya'ir Perang Johor yang secara jelas menyebut peranan 'Sakai' (merujuk kepada Orang Laut) dalam mempertahankan kerajaan Johor lama terhadap musuh-musuhnya, serta dalam Misa Melayu, yang membuat sebilangan rujukan kepada 'sakai', yang boleh ditafsirkan sebagai Orang Asli.

7. Namun begitu, ‘Orang Asli’ sebenarnya bukanlah satu kaum tunggal yang homogenous kerana ia sebenarnya merupakan satu istilah umum yang digunakan untuk merujuk kepada hampir 18 suku kaum pribumi di semenanjung Tanah Melayu yang berlainan bahasa, budaya dan kawasan tempat tinggal. 18 kaum ini dikelaskan kepada tiga (3) kumpulan utama iaitu Semang (kadang kala disebut sebagai Negrito), Senoi, dan Melayu Asli (kadangkala disebut sebagai Proto-Malay atau Aborigine Malay). Menurut Abdul  Ghafar  (2014), setiap  kumpulan  tersebut  tidak  memahami  bahasa  etnik  atau  sub-group  yang  lain.  Justeru,  bahasa  komunikasi  yang  digunakan  oleh  mereka  ialah  Bahasa  Melayu.

8. Bahasa-bahasa kaum Semang dan Senoi dikategorikan sebagai Austro-Asiatik kerana bahasa ‘Aslian’ mereka mempunyai pengaruh bahasa Mon-Khmer, mencadangkan kaitan mereka dari segi sejarah dengan kaum-kaum yang berasal dari wilayah Indo-China. Pribumi yang mirip dengan kaum Semang juga wujud di wilayah selatan Thai, pulau Andaman, dan kaum Aeta di Filipina.

9. Manakala bahasa-bahasa kaum Melayu Asli pula (kecuali etnik Semelai) dikategorikan sebagai Austronesia sama seperti kaum Melayu. Sebagaimana orang Melayu yang wujud di semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera, kaum-kaum Melayu Asli juga turut boleh dijumpai di Sumatera. Di Indonesia, suku-suku Melayu Asli yang boleh dijumpai di kepulauan Riau dan Sumatera dirujuk sebagai ‘suku terasing’ (Rujuk Andaya, 2008). 

10. Menurut Leary (2007), Suma Oriental yang ditulis oleh Tom Pires pada sekitar tahun 1512 higgga 1515 merupakan catatan Eropah pertama yang ada menulis mengenai Orang Laut, yang juga dikenali sebagai Orang Selitar (Celates), salah satu subetnik Melayu Asli. Orang Laut diketahui merupakan pengikut setia Sultan Kerajaan Johor lama.

11. Menurut Andaya, penghijrahan Parameswara ke semenanjung telah disusuli dengan perkahwinan dengan Permaisuri Bentan serta anak perempuan kepada Ketua Orang Laut / Orang Asli, lalu mewujudkan hubungan persaudaraan antara keduanya untuk menyokong kuasa baginda.

12. Menurut Wilkinson (1959), asimilasi masyarakat Orang Asli sebagai Melayu (bercakap bahasa Melayu, menerima budaya Melayu, dan diterima sebagai sama dengan masyarakat Melayu) telah berlaku sejak era Kesultanan Melayu Melaka dan mereka digelar sebagai ‘Biduanda’.

13. Manakala menurut Masron et al (2013), pada zaman dahulu, Sultan dan Raja-raja Melayu turut melantik ketua-ketua kaum Senoi untuk mentadbir wilayah hulu. Pelbagai gelaran turut dikurniakan kepada mereka seperti Tok Maharaja, Tok Singa Merban, Tok Singa Merjan, Tok Sang Lela Pujangga, Tok Lela Perkasa dan sebagainya.

14. Tetapi teks terawal yang ada menceritakan hubungan awal penduduk Orang Asli ialah Hikayat Merong Mahawangsa. Hikayat tersebut menceritakan kehadiran seorang putera, Raja Kelana Hitam, yang berusaha menjadi penguasa di Kedah yang masih tidak beraja. Justeru itu, baginda telah meminta Penghulu atau pemimpin Bangsa Semang, Wila, Orang Bukit, dan Sakai bertemu di majlis untuk membantu baginda mencari kawasan terbaik untuk didiami. Mereka melaksanakan tugas ini, dan kemudian turut berkhidmat dengan setia.

15. Orang Melayu pada masa dahulu menamakan kaum Semang mengikut kawasan penempatan mereka seperti Semang Paya, Semang Bukit, Semang Bakau, dan Semang Bila. Menurut Anderson (1965), kaum Semang Bila merupakan orang-orang yang telah meninggalkan gaya hidup Orang Asli mereka dan sering mengadakan perhubungan dengan orang Melayu lalu lebih cepat terasimilasi.

16. Begitu juga panggilan terhadap kaum Semai. Ada Mai Chenan (dari gunung), Mai Kuui Teio ('di kepala air', iaitu di atas sungai), dan Mai Bareh ('dari tanah rendah'). Disebabkan lokasi masyarakat Mai Bareh, mereka lebih mudah terasimilasi berbanding yang lain.

17. Manakala Wilkinson memetik contoh Besisi (Orang Melayu Asli) di Selangor dan Negri Sembilan yang tinggal di rumah Melayu dan meniru cara hidup Melayu. Selain bahasa, mereka tidak dapat dibezakan dari jiran Melayu mereka dan terasimilasi melalui perkahwinan dan pemelukan kepada agama Islam.

18. Menurut Toshihiro (2009), selepas British menguasai semenanjung Tanah Melayu, penjajah British memperkenalkan kategori yang membezakan antara penganut Islam dan bukan Islam. Penjajah British mengkategorikan Melayu yang beragama Islam sebagai ‘native’ manakala Orang Asli, termasuklah kaum-kaum Melayu Asli, yang umumnya belum Islam, sebagai ‘aborigines’.

01 Mei

RAYA DGN BAJU & KASUT SEKOLAH??


Kisah benar kami di Mg Telipot menjelang raya zaman dulu dulu...bhg 1. Mesti ada yang rindu kampung Mg Telipot yang lama ditinggalkan bersama banyak kenangan lalu? Entah entah ada yang menangis atau menitis airmata ya...

Coretan : Lanbayu
(@Lanbayu.Seafood & steamboat Pulau Duyong..marilah nak buka puasa/moreh di birai muara indah nyaman...) 013 581 1561 -wsap

 HARI  ini macam macam kedai/pusat beli belah menawarkan pelbagai pakaian hari raya dengan pelbagai fesyen, jenama dan harga

 Bahkan kita boleh membeli secara online dengan fesyen terbaru dan terkini.

 Mengimbau masa lalu seperti melihat cermin sisi atau cermin belakang di atas kepala di bumbung dalam kereta sewaktu memandu...berbagai kisah masa lalu terpantul

 Membeli pakaian raya bukan suatu kemestian, hanya orang yang bermampuan sahaja, maklumlah taraf hidup.masih rendah.

 Ada kanak kanak yang menabung dari awal dalam tabung atau 'celeng' berbulan bulan untuk beli baju raya, 5 sen, 10 sen hingga cukup RM10 atau RM15 untuk beli baju raya.
Beli di pasar Maras (Hari Jumaat biasanya) atau pasar Kedai Tepoh lagi besar atau kirim pada mokcik mokcik yang ulang alik gi jual di pasar Kedai Payang' . Beli selipar plastik hanya RM2 atau RM4 paling Mahal, suka doh 'wat rayer'

 Barangkali generasi muda tidak pernah tahu ada yang ibubapa beli baju,.seluar dan kasut sekolah untuk dipakai di hari raya, betul kah? Itulah suatu kenangan bagi golongan susah anak anak nelayan waktu setengah abad yang lalu

 Ia bukan cerita dongeng seperti diberitahu oleh seorang bernama Marzuki yang komen dalam video Amazing Terengganu GAMT yang fokus pemandangan M Telipot menjelang raya yang dimuatnaik oleh Mohd Azdey Alias:
 "pade tengohang pose ning, dulu2 60an - 70an, kire pata kapong tengoh macang 'pekan' ahhh, keda singhohang orang klauk .. kebiaseang keda koya singgohan orang klauk tako pok ngoh juselang .. keda awang pekdae hok asali, keda tepi panggong wyg singgohang orang klauk kolek ka'lang belakang keda butta .. keda kopi pok cik mang nge keda pok zali su jeng (keda DJ lening) singgohang orang klauk pukak dalang .. ser2 nye rumoh orang bujang hok klauk di pata kg. tengoh ade di belakang keda pok cik mang (awang mokde minoh @ awang cucu pok wel gambir panggil small villa members), dikenali oleh warge kg. tengoh adalah rumoh kecik sebeloh umoh tokcik wok puluk gaur nyor (umoh kelahiran ambe, dibesorkang) .. ta-ing2 gining biler doh separuh pose, rama ahhh orang tua bawok anok2 gi cari pakaiang rayer di keda akang, butta dan keda mek eng awi akang (biase di keda mek eng ade lebih skek jualang pakaiang selaing barang keperluang runcik) .. keda2 ning biase ade gerobok cerming besor letok pakaiang hok berlipak dalang plastik), .. orang kapong hok kurang pitih mah, jarang gi turung kuala (bandor), name panggilang orang dulu2 jamang ambe skoloh rendoh .. keda2 kapong tengoh jadi tupuang orang pesekirang mgb. telipot, selaing orang kg. tengoh sdiri, orang pok tuyu, tjg gelang, gong datok, gong pok jeng, kg. darak (pdg nanah), banggol, ko'lang jugok kalang marah .. bagi omo ambe ning doh 60 taong belalu, suasane serupe dulu2 takdok doh rioh rendoh malang rande2 puang brarok maing talung, nok2 malang 7 likur, rande2 laki maing kete gandor buh pelita botol airseng buak kuae .. rindu nye biler tringak jamang budok2, biler dekak2 nok rayer orang tua bawok tubik beli pakaiang rayer, mane hok kurang pitih mah tu, beli baju sluor kasuk skoloh buak rayer blang2 becadang utk gune mase buke skoloh penggal 3 .. kebetolang rayer nok masuk cuti skoloh bulang 11, kalu ade rezeki ayoh orang klauk kadang2 rayer aji buleh ahhh rase pakaiang biase hok bepeseng skek .. buleh beli kasuk mucung (itang ke, koko ke) begayer bukang maing .. rayer ke-2 pah kuala (bandor) doh, ape lagi tuju ke panggong wayang ahhh, biase cathay (depang steseng bah MBKT lening), rex blkg steseng bah lame, kongwah, capitol di kg. china .. mase tu orang nambang sbrg takir keda payang, nambang duyong naik keda binja nge keda payang buleh pitih ahhhh, nok2 museng rayer / cuti skoloh .."

 Lanbayu siar ulang kisah yang dibawakan Marzuki Abdul Rahman ini - suatu kisah yang sungguh benar di Mg Telipot zaman dekat raya raya dulu ditulis dalam loghat Terengganu.

 Cuma nak tambah suatu kenangan yang menjadi pengajaran supaya tidak berulang lagi (sekadar kenangan/iktibar) ialah budaya 'tikam' menjelang raya.
 Rasanya kedai kedai Cina di Kg Tengah lah juga banyak jual kertas 'tikam' itu hingga macam suatu budaya kanak kanak menyambut kedatangan  raya. Orang yang pernah alami sahaja tahu apa itu 'tikam'.
 ..suatu bunga bunga perjudian. Jadikan itu kenangan dan iktibar supaya tidak berulang ini di era kini.

 Juga Lanbayu ada kisah tersendiri mengenai ' tikam' ini..Tikam di.sebuah kedai kampung di Pengkalan Maras dapat 'mercun belon'. Jadi suatu petang itu, Lanbayu begitu ghairah sekali, cucuh mercun belon yang diperolehi setelah tikam 20 sen. Cucuhlah hala ke langit - tiba tiba belon itu jatuh ke atas atap rumah seorang bernama 'Mek Pok Maler' di Kalan Maras..lalu atap terbakar , yelah zaman dulu (awal 1970 kisahini) kebanyakan rumah atap daun kelapa..riuh rendah ambil.air baldi dan.simbah agar tidak melarat kebakaran berpunca mercun belon itu. Lanbayu memohon maaf atas kekhilafan masa lalu itu.

 Mungkin kawan kawan seera itu banyak lagi kenangan kenangan indah, sedih, suka duka menjelang hari raya. Sesungguh sukar sebuah kehidupan masa lalu adalah manis harumnya masa kini.. oleh itu kalau melihat bintang di langit jangan lupa rumput di bumi...kalau menikmati senangnya hari ini, jangan lupa ia bermula sebuah pengorbanan ibu ayah kita di masa lalu

Oleh itu jika sekarang Kita dah senang, jangan lupa bantulah sanak saudara dan kenalan atau jiran jiran kita yang susah
 Marilah kongsi bersama, mungkin anak cucu tidak tahu itulah kita di Mengabang Telipot dulu dulu.

Salam hormat dari Lanbayu...sesiapa nak berbuka di Lanbayu di birai muara- harap buat tempahan segera : 013 581 1561- pakej murah RM27 (bajet),  RM37 (couple) dan RM59 (keluarga) ...Istimewa sotong bakar selain ikan bakar
   Untuk call Lanbayu: 018 910 8039