Jumaat, 7 Mei 2021

Ustaz Ebit Lew Menangis sayu di Kg Parit Sulaiman Pontian Johor tengok rumah usang atau sebenarnya cuma macam pondok buruk


Menangis sayu di Kg Parit Sulaiman Pontian Johor tengok rumah usang atau sebenarnya cuma macam pondok buruk.  Sepasang suami isteri sakit berat dah 4 tahun tinggal bersama anak kecil disini. Suami sakit buah pinggang dan saraf. Sampai makan ubat saraf tahan sakit banyak. Kalau tak makan tak boleh bangun langsung. Sentiasa berulang alik hospital untuk rawatan. Isterinya juga ada penyakit berat.  Banyak nyamuk, agas dan tiada elektrik. Rumah tanpa pintu dan tingkap. Terbuka jer. Cover dengan kain jer. Rumah lamanya terbakar dah lama. 

Tengok adik ni berlari atas titi kayu patah tanpa selipar. Dia berani pijak semua tu. Bila sampai katanya dah lama cuba hubungi ustaz. Belum dapat. Gembira dapat jumpa ustaz. Syukur mereka dapat bantuan baitulmal Rm400 sebulan. 

Saya gembira berjumpa seorang kontraktor yang sudi membantu buat rumah dengan harga murah. Terus ke kedai hardware beli semua barang keperluan untuk bina sebuah rumah baru. Esok mereka akan hantar. Lagi rezeki kontraktor tadi akan mulakan kerja esok. Akan usaha siapkan sebelum hari raya.

Mudah-mudahan Raya ini menjadi Hari Raya bermakna untuk abang kakak dan anak comel ini. Syukur sangat. Tak berhenti mereka cakap terima kasih.

Terima kasih ketua kampung dan cikgu yang bawa kami tadi. Terima kasih abang kontraktor. Semoga menjadi asbab kebaikan.

Kredit/Coretan
Facebook Page Rasmi
Ustaz Ebit Lew

Tiada ulasan:

Catat Ulasan