Salam Perpaduan warga MDDO,
Cerita ni berlaku pada tahun 1997.
Masa ni Boi dah belajor di kolej kat Seremban dan balik ke Muo masa cuti.
Biasala kalau anak sulong balik bercuti, mak, ayah dan adik beradik macam raya sakan. Semua menu pilihan Boi yang dimasak. Satu famili datang menjemput kat bas sten Melaka di Muo.
Memandangkan cuti panjang, mak cadang kami pergi bercuti cuti. Zaman tu cuti cuti Malaysia saja. Berkelah kat air terjun atau pegi mandi laut. So kami cadang nak pegi Pulau Besar kat Melaka. Ni cadangan isteri Uncle Jiran iaitu rakan sekerja ayah.
Tiba hari Sabtu dan kami bersiap sedia pegi berkelah di Pulau Besar. Kalau dari Pagoh, agak agak sejam perjalanan ikut jalan Kesang/Umbai.
Seperti biasa, mak dah masak segala makanan berkelah. Dari sanwic Sardin, nasi lemak, telur rebus, ayam goreng, kari kambing, thosai, idly dan meehon goreng. Memang makanan berkelah yang paling best.
Boi tukang tolong menolong je masa ni.
Kami bertolak dalam dua buah kereta. Ayah bawak Nissan Sunny 130Y tahun 1984. Lampu reverse petak kecik. Uncle Jiran bawak kereta Datsun Tonggek 120Y warna merah.
Sampai kat jeti dan kami menyewa motobot ke Pulau Besar.
Dalam masa beratur menunggu bot, Boi perasan ada ramai lagi yang datang buat rombongan besor. Siap bawak kambing hidup lagi.. Terpikir pikir hajat diorang masa tu. Tapi tak kisah la. Yang penting pegi mandi laut. Kena pegi sewa tiub getah kat sana dan mandi puas puas. Buat masa ni tu je la hajat kita.
Dah la makanan best dalam tangan ni. Uncle Jiran siap beli air gas dan jajan lain sekali. Sakan giler kompom.
Adik beradik dan anak jiran sekali. Lagi ramai lagi meriah la kan.
Pakcik Bot dah awal awal lagi pesan. Pegi sana kang jangan nak buat mende tak senonoh. Jangan nak raba sana raba sini. Romen sana romen sini. Tempat ni keras. Kita masa tu tak paham sepatah apa yang dia nak sampaikan.
Kami angguk je pada apa yang Pakcik tu cakap.
Bila dah sampai kat jeti Pulau Besar, kami tengok macam tak ramai orang. Tak ramai yang berkelah macam kami.
So kami meninjau keliling Pulau sementara mak dan auntie jiran menyiapkan makanan dan minuman.
Macam macam kami nampak, ada makam yang panjang, memang panjang sangat. Baca la segala papan tanda kat sini buat menambah pengetahuan. Lepas tu ada tempat sembahyang. Kat situ ada nampak orang beratur nak sembelih kambing. Kami tak lama kat sana. Tak nak kacau kepercayaan dan aktiviti mereka yang datang walaupun dipelawa makan sesama.
Jumpa pulak ada satu lubang batu yang semua orang masukkan duit syiling dan seluk tangan ke dalam. Konon akan dapat sesuatu yang berharga.
Cuba jugak la, tapi tak dapat apa apa. Dalam perjalanan pulang ke tempat berkelah, jumpa ramai lelaki misteri macam yang bertapa dan yang belajar ilmu. Kami perati je dan terus berjalan.
Dalam pada mak dan auntie dah settle uruskan makanan dan minuman.
Ayah dan Uncle meninjau kawasan Pulau dari arah yang bertentangan la pulak. Jumpa resort yang tunggal disana dan kata mereka air Coke serin dah RM6 pada masa tu. Mereka juga perasan yang takde bekalan air di Pulau Besar.
Kami pun terus menjamah jamuan yang mak sediakan dan mandi laut saban hari. Tak layan la apa yang orang dewasa buat kat tepi laut. Diorang duk bersembang je kot. Kami mandi sakan, asal lapor pegi pulun nasi lemak dan sambung mandi.
Pakcik Bot bagi masa sampai 5ptg. Lepas tu bahaya katanya. Ombak tinggi.
Tapi bila kami bersiap sedia nak balik dah boleh rasa angin kencang dan ombak tinggi.
Bot tiba dan kami pun bersedia balik. Pakcik Bot siap hulur life jeket. Cuaca tak selamat, pakai jeket ni katanya. Cuak jugak la. Bot kecik je pun. Bukanya reti berenang sangat pun.
Beralun alun perjalanan masa balik. Bot rasa macam terhempap kena paluan ombak. Ada sekali bot yang dinaiki keluarga jiran hampir terbalik.
Mak dah menjerit kat sini. Adik boi macam nak pitam dah. Tapi semua selamat sampai ke darat.
Lepas tu kami nak bergerak dah. Uncle jiran ramai kenalan di Melaka. Mereka nak singgah Melaka dulu.
Kami bertolak terus ke Pagoh.
Pada hari Isnin tu, auntie datang melawat mak kat rumah.
Panjang ceritanya, rantai perkahwinan auntie terputus sebelum mereka berlepas dari jeti. Rantai jatuh di sana. Dalam perjalanan ke Melaka baru sedor yang rantainya takde kat leher. Patah balik pegi mencari. Mujur la jumpa.
Mereka membatalkan rancangan ke Melaka dan balik ke Pagoh terus.
Dalam perjalanan kereta Datsun tonggek hampir terbabas kena eksiden masuk semak. Lori pasir potong jalan. Tayar kereta pancit dan mereka sampai rumah selepas tengah malam.
Mak tenangkan auntie dan suruh balik. Jangan risau kata mak. Bersyukur semua ahli keluarga selamat kata mak.
Bila ayah balik makan tengahari, ayah pun bawak cerita. Uncle pun ada jumpa ayah kat kedai kopi. Cerita panjang lebor pasal apa yang terjadi pada malam Sabtu.
Rupanya Uncle ada bawak minuman keras masa berkelah. Ayah tak nak minum sebab Pakcik Bot banyak pesan suruh berbaik baik kat Pulau.
Dan uncle pulak ada buang air kat semak tepi laut tu. Ayah dah banyak pesan suruh rilek. Bila dah kena baru insaf.
Ni la pengalaman Boi sekeluarga pegi ke Pulau Besar di Melaka.
Gambar dibawah dalam bot. Zaman ni zaman baju t Maui dan seluar jean G. A Blue Straight cut 20inci. Dan zaman jam tangan Gooberz. Ada lampu kat tepi.
Topi ori Nike Air Jordan.
Salam Ikhlas
Boi
#boikembalibercerita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan