Ahad, 16 Mei 2021

Ustaz Ebit Lew Mohon Rakyat Malaysia Doakan Untuk Palestin


Doakan Palestin. Bila lihat Palestin. Rindu pada mak. Mak ajar erti kasih sayang dan cinta. Menghargai orang lain. Jaga hak orang. Jangan aniaya orang. Sayang semua orang. Air mata laju mengenangkan nasihatnya. Ya Allah hadiahkan mak keampunan dan syurga FirdausMu.

Menangis dan teramat sedih bila tengok jeritan wanita dan anak kecil. Tangan menggengam ketar dan jiwa meronta. Tak boleh tidur rasa fikir keadaan mereka. Tengok anak tu berlari teringat anak sendiri. Bermain menangis di celah bom dan letupan. Keluarga berdoa menangis ketakutan bersama menanti saat bom jatuh atas rumah. Tidak tahu nak lari kemana lagi. Di kala zaman yang dikatakan hak asasi manusia dan bertoleransi ini berterusan penduduk Palestin yang berterusan di aniaya dan dizalimi.

Saudaraku, kita semua sebuah keluarga. Berilah masa berdoa, dan menangis doa untuk memohon bantuan Allah. Jaga amalan sunnah Nabi saw. Kita bersatu hati bersama dengan apa segala cara yang kita ada untuk membantu saudara kita. Semoga Allah terima niat dan usaha kita. Allah maafkan kita kerana kita tidak berbuat apa-apa saat saudara kita dianiaya dan dizalimi. Ya Allah ampunkan dosa kami dan kelalaian kami. 

Doakan yer buat Palestin. Doakan Allah jagakan mereka yang berjuang. Doakan Allah jaga wanita dan anak kecil. Doakan Allah bantu kita. Pertolongan Allah itulah akan hadir bila kita semua bersatu hati dan dekat padanya. Tanpa pertolongannya kita tak mampu buat apa-apa pun. Dialah Allah yang Maha Kuasa.

Sumber:
Facebook Page Rasmi
Ustaz Ebit Lew

Tiada ulasan:

Catat Ulasan