Bangunan Kamdar ini dulu tahun 1980 aku dan kawan-kawan selalu panjat window shopping. Maklumlah, baru lepas kandang. Outing.
Beli alatan menulis, mechanical pencil, Bofa Set, dll. Tapi sejak kes dibakar oleh pihak yang tak puashati kerana security di sini belasah maut pelajar sekolah....aku tak pergi dah.. Kemudian ditutup pasaraya ini.
Juga masuk keluar pasaraya Beauty. Banyak pakaian. Kat sini beli maggi "lontong" jer. Tak jauh dari situ ada deretan kedai-kedai jual pelbagai jenis jean ORI(Jalan Sultan Iskandar, setentang Balai Polis Pekan Baru, dekat simpang Jalan Raja Ekram). Di sini... huuhh... gelap mata tengok. Levi's, Lee, Wrangler, Edwin, dll jadi kegilaan.
Aku paling suka Edwin. Sebab beli baju ke, seluar, T-shirt , kemeja western ke... dll memang cari brand Edwin ini...Memang kainnya tak rasa miang, tak gatal dan paling cun, tetap selesa jika berpeluh. Sebab itu...hari ini cubalah pergi kedai bundle...mana-mana pun, sesungguhnya jean Edwin PALING mahal.
Kalau cabuk buruk lusuh pun , rega Edwin RM 40--RM50. Dah la payah dapat. Mahal walaupun lusuh . Walhal kalau jean Levi's atau lain2 , akan dapat macam jean baru jika harga RM 30++..
Masa era tahun 1980-an, sesiapa dapat pakai jean original baru...memang orang salute habiss!... Masa tu jalan2 makan angin kat pekan dengan poket kosong pun, muka ceria megah macam YB. Pastu balik rumah mentekedarah maggi 2 bungkus!.. buh telog lagi. Lapag bag anggg...sebab tahan lapag kat pekan tadi...😀🤣
Tapi tak aper la, nombor talipon awek dapat berderet tadi. Power aura branded jean wehhhh.. Balik modal. Itu depa la, kawan2 aku 😷😷 Aku kan pemerhati dan pengkaji sosial yang serius. Semua jelas dalam memori aku.
Masih ingat nama satu persatu kawan2 aku tu...Hebat casanova. Tapi tak perlu aku sebut demi etika. Lagipun ada yang dah jadi guru PAKAR Tajwid, pakar rujuk, yang jadi Uzruk Tabligh organized jamaah keluar 40 hari -- tiap2 minggu!... MasyaaAllah... SubhanalLah... Alhamdulillah...
Tak lupa, memang wajib lepak taman Dr, bazar bulat atau merayap ke Loken. Cari barang "pelik" di Loken untuk tampal pada jean. Baru la brutal bag angg. Padahal beli cendol 1 mangkuk pun kongsi 3 orang. Apa barangg... Mujurlah tonton movie James Bond , Chuck Norris atau Zombies tak kongsi kerusi.
Tiket wayang masing-masing. RM 0.80, RM 1.20 kut.. Aku lupa dah. Tapi Lido dan Odeon memang pilihan. Tapi ada juga sesat ke panggung Grand kalau filem best Melayu atau Hindustan.
Foto pokok tumbuh pada bangunan atas tu.👆👆.. tempat yang aku lalu lalang jalan kaki , dan... bangunan lama tu pula adalah setentang sekolah SM St. Micheal.
Walaupun "merayau2 merapu" sebegitu... masih bersyukur kerana tidak terlibat dengan rokok, tak buat jahat anak dara orang, tak mencuri di kedai/supermarket, tidak minum dan kekal menjaga solat... Alhamdulillah.
Kes-kes negatif pelajar dulu-dulu yang terjadi adalah terpencil dan tak perlu didedah siapa dan sekolah mana ..😷😷
Yang lawak sungguh, jika berkawan ramai2.... kemain lagi, amboi berlagak riuh rendah di pekan Ipoh masa tu. Macam Sarip hero kampung dusun. Tapi bila keseorangan dan duit tambang tak cukup lagi tiga kupang (RM 0.30 sen).... menangis sambil keluag habih hingus tak dapat balik ke hostel... Siapa?... Biarlah rahsia...
Segala2nya mematangkan diri dan jadi ilmu yang TIADA NILAI dalam menyampaikan motivasi, leadership dan mendidik anak2 aku... Hangpa macamana pulak?? Habag maii sat....🤩🌹
#aikayjay
Sumber:
Facebook Page Rasmi
Sejahtera Malaysiaku , Suatu Masa Dahulu
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan