Lori yang tidak ada pintu, tidak ada plate number dan pergerakkannya terhad di tapak pembinaan sahaja.
Kenangan suami saya sewaktu beliau bersekolah dalam Tingkatan 1 - 2.
Tanah kebun getah bersebelahan dengan kuarters Hospital Daerah Jelebu dimajukan untuk pembinaan sekolah menengah sekitar tahun lewat 70 an...
Lori- lori hantu digunakan untuk kerja-kerja mengangkut tanah dari bukit yg ditarah (cut n filling).
Di situ juga lah merupakan “taman permainan” untuk suami saya dan kawan-kawan sepermainannya (tanpa pengetahuan parents masing-masing).
Pengalaman yang sangat2 menyeronokkan yang mana apek2 yg memandu lori itu melayan saja permintaan mereka untuk ikut serta menaiki lori-lori hantu semasa mereka menjalankan kerja mengangkut tanah.
“Apo tak ea, lori hantu tu ado banyak, mako ea masing-masing dapek naik sorang satu lori! Siap buleh pilih laie!
Wiiiiiyaaaaiiiii... hosah riang ea hati masing2 memang tak dapek nak citor... teraso laaaa macam tokey lori tu jam tekaaawww...” kata suami saya.
Tu lah lebihkurang kegembiraan yang digambarkan oleh suami saya sewaktu dorang naik lori hantu tu 😬
Tapi kegembiraan tu hanyalah sementara bagi sorang berdua dari kawan-kawannya apabila disedari oleh mak ayah mereka... habuannya memang kono sosah amo rotan pakej sekali dongan kono leter “Tompek tu bahayo, lori hantu mano ado pintuuu... kok torguling, torlungkop... sapo yg susahhh?” Sesekali terdonga bunyi “Piiiaaappp...piiaaappp...piiiaappp!!!”. Borbirat lah betis masing2.
Pembinaan sekolah itu telah berjaya disiapkan dan sekolah itu masih beroperasi lagi hingga sekarang...
Sekolah Menengah Undang Jelebu...
Mungkin ada di antara warga MDDO ini yg pernah naik lori hantu tersebut semasa pembinaan sekolah ini😬
Setiap kali balik kampung bila lalu di tepi sekolah tersebut, suami saya akan berkata kepada anak2nya, “Ni projek ayah dulu nihhhh” disambut dengan seribu kerutan di dahi anak2, “Bilo plak nih?”
Ok tu yo citor pasal lori hantu ni.
Gambar yg ado tu dari google sekadar hiasan kisah ni haaa... tak yah lah korang cari plak lori2 tu yoooo.. memang tak jumpo...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan