Sabtu, 22 Mei 2021

Bebai


BEBAI .

Ada sesiapa yang faham apakah yang dimaksudkan dengan 'bebai' ini ..

'Bebai' ini adalah bahasa orang utara yang memberikan erti merajuk , tapi kebiasaannya merajuk ini tidak akan mengambil masa yang lama , ..mungkin sejam dua keadaan akan pulih kembali dan keadaan 'bebai' ini akan hilang . 

'Bebai' ini tidak sama dengan maksud bebal .Kalau bebal tu kes berpanjangan dah termasuk dalam kes berat yang agak sukar nak dipulihkan .

Sikap ‘bebai’ ini kebiasaannya suka ditunjukkan oleh kanak-kanak yang baru nak ‘up’ dan majoriti yang masih belum akil baligh. Mereka selalunya bersikap begitu apabila ibu bapa enggan menunaikan kehendak mereka.

Ada yang hentak kaki, ada yang hempas pintu. Ada yang baling barang dalam bilik dan ada yang berguling-guling atas lantai dirumah , diatas tanah atau dipusat membeli belah.

'Bebai' ini boleh juga dikaitkan dengan perbuatan seseorang yang melakukan sesuatu pekerjaan dalam keadaan marah atau terpaksa.
Jika diselak didalam didalam Encyclopedia dan 
Wikipedia maksud ataupun takrif 'bebai' ni boleh memeningkan kepala kita , oleh itu kita abaikanlah sahaja takrif tersebut dan kita tumpukan kepada makna 'bebai' seperti yang digunakan oleh orang sebelah utara sahaja .

Semasa saya berumur lima ke lapan tahun dahulu , saya memang kerap 'bebai' dan ibubapa serta kakak kakak saya amat faham dengan perangai 'bebai' saya ini .

Saya akan 'bebai' bila mana tidak dapat mengikuti ibubapa saya kekedai , saya akan 'bebai' bilamana ibu balik dari Bandar Kuala Kangsar tidak membelikan kacang putih yang dijual oleh India berkain putih di stesen bas , saya akan 'bebai' bila disuruh mengangkut air dari telaga dan saya akan 'bebai' apabila segala kehendak saya tidak ditunaikan .

Pendek katanya , saya biasanya akan 'bebai' didalam banyak hal dan perkara.

Namun 'bebai' saya yang paling mengambil masa yang berpanjangan dan amat menusuk kalbu diwaktu kecil dahulu ialah apabila kepala saya dibotakkan oleh bapa saya ..tatkala itu  saya 'bebai' , bukan setakat saya berguling guling diatas tanah màcam kerbau guling ..., 'bebai' saya berterusan sehingga tidak mahu makan nasi walaupun setelah dipujuk berkali kali oleh kakak kakak saya .

Yang paling teruknya disebabkan 'bebai' itu , saya telah mengumpul kesemua rambut rambut saya yang bertebaran diatas tangga diluar rumah dan cuba meletakkan kembali rambut tersebut diatas kepala saya ...

Sekarang ini , usia saya dah masuk ke senja dan kini setelah menjadi Warga Emas , penyakit 'bebai' lama saya datang semula .

Kini saya akan 'bebai' setelah penat lelah memerah otak menulis panjang panjang , tak ada sesiapa pun nak 'like' status saya di fb ..

🤣😂🤣...jangan maraaa yaa..gurau aje ..kan Mat Salleh dah pernah kata ..

'Laughter Is the Best Medicine'..jadi kita pakat gelaklah sorang sorang ..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan