Selasa, 18 Mei 2021

Ustaz Ebit Lew Sedih sayu sangat rasa jumpa uncle Loh Ah Cheng di Taman Selayang Jaya

Sedih sayu sangat rasa jumpa uncle Loh Ah Cheng di Taman Selayang Jaya. Lebih 6 bulan duduk disini. Kemalangan hilang kerja. Lutut tak boleh berjalan.Tak dapat bayar sewa bilik.

Masa sampai. Uncle sebak. Katanya you ustaz saya tak kenal tolong saya. Saya malu dengan kamu. Saya kata jom kita beli baju dan barangain. Dia menolak dengan baik. Saya kata ini hari bagi saya peluang buat baik. Uncle setuju. Bila beli baju dan seluar uncle sebak lagi. Kenapa you ustaz baik dengan saya. Saya betul-betul malu. Apa saya nak buat. Saya takkan boleh balas jasa ustaz. Semua boss dan staf Parkson Selayang Mall tadi bantu layan uncle. Kaki uncle dah sakit tak boleh jalan. Mereka bagi kerusi roda pinjam.

Selepas itu saya belikan tongkat baru supaya uncle boleh berjalan. Saya bawa gunting rambut. Terus hensem. Saya pun gunting sekali. Tukang gunting pun tak nak ambil duit.

Kami terus ke rumah baru uncle. Saya akan bayar sewa rm700 sebulan. Ada 2 bilik. Selesa. Belikan katil dan tilam. Serta barang dapur semua. Saya ada tugaskan untuk kebersihan dan makanan uncle juga.

Sampai rumah uncle dah tak tahan sedih. Saya tak tahu tuhan dengar doa saya. Terima kaseh ustaz ye. Terima kasih.  

Saya syukur rezeki saya dapat buat baik pada uncle. Saya cuma nak tuhan sayang saya. Saya doa Allah bagi ayah saya dikampung keajaiban untuk sihat.
Sumber:
Facebook Page Rasmi
Ustaz Ebit Lew

Tiada ulasan:

Catat Ulasan