17 Mei

KP KKM kata peratusan pesakit Covid yang menemui ajal di luar hospital semakin menaik.


Sejak permulaan tahun sehingga 8 Mei, sebanyak 1,003 kematian Covid dicatat di hospital manakala 158 mangsa meninggal dunia di luar hospital.

KP KKM kata peratusan pesakit Covid yang menemui ajal di luar hospital semakin menaik.

Sekiranya kesesakan di  Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) semakin parah dan orang yang disyaki positif Covid terpaksa beratur sehingga 10 jam untuk dinilai maka lagi ramai akan pilih untuk tidak ke sana dan terlepas untuk disahkan positif oleh KKM.

Sekiranya keadaan dan kesesakan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid (PKRC) semakin melampau maka ramai juga tidak akan pilih untuk dimasukkan ke sana.

Maka bilangan kematian Covid di luar hospital akan terus meningkat.

Tidak boleh dinafikan ini adalah satu tanda jelas bahawa kerajaan sudah gagal menjaga Rakyat.

Jadi, perbetulkan kedua-dua kekurangan ini dengan segera. Jangan beri alasan bahawa ianya perkara biasa dan tak pelik.

Sumber:

Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia

16 Mei

Minggu lepas, Taiwan dan Singapura telah memperketatkan SOP.



Setelah catat 70 kes penularan tempatan dalam 7 hari lepas, negara Singapura tutup sekolah secara bersemuka, larangkan dine in, turunkan had bagi pelawat ke shopping mall dan keluarkan arahan work from home untuk tempoh sebulan.

Begitu juga dengan Taiwan apabila negara itu catat 498 kes dalam tempoh 7 hari lepas. Sekolah antara tempat pertama diarah tutup untuk beralih ke online learning.

Di Malaysia pula, sekolah rendah diarah buka semula pada 1 Mac biarpun kes baru hari sebelumnya sebanyak 2,437 kes.

Sekolah menengah diarah buka semula pada 4 April walaupun negara mencatat 1,638 kes baru hari sebelumnya.

Sebenarnya, tanda awal keadaan Covid di Malaysia menjadi parah semula sudah jelas pada awal bulan April.

Pada 10 April, saya juga telah buat posting apabila melihat kadar kebolehjangkitan diumum KKM sudah melepasi paras neutral supaya orang ramai dan kerajaan sedar.

Tapi menteri-menteri PN macam tak nampak atau tak kisah.

Sebulan sebelum Raya, negara sudah catat sekitar 20,000 kes baru seminggu tapi dorang rileks saja.

Selewat 26 April, menteri-menteri PN masih suruh ibubapa jangan risau dengan alasan keadaan Covid di sekolah adalah terkawal dan berkali-kali tegaskan bahawa sekolah akan diteruskan biarpun Menteri Kesihatan sudah dedahkan bahawa lebih 23,000 murid sekolah rendah sudah dijangkit sejak sekolah dibuka semula pada bulan Mac.

Sekolah adalah antara tempat paling berisiko penularan Covid sebab ianya lebih susah untuk murid-murid ikut SOP dan mereka yang terjangkit biasanya tidak menunjuk sebarang gejala dan sukar untuk dikesan (demam pun tak ada) tapi masih boleh menjangkit orang ramai termasuk ibupapa serta orang tua di rumah.

Walaupun kerajaan belum mengaku tapi saya pasti bahawa ini adalah antara punca utama Covid menular begitu pantas sekali ke dalam komuniti.

Sebab itu, 80% daripada jangkitan baru ketika ini adalah sporadik. Tidak dapati dikenalpastikan sumber dan tak berkait dengan mana-mana kluster aktif.

Begitu jelas dan logik tapi menteri-menteri PN buat-buat tak tahu.

Mana mungkin 23,000 murid sekolah rendah yang disahkan positif bukan satu risiko penularan yang besar?

Sebab itu, saya minta KP KKM pada masa itu untuk abaikan kenyataan bodoh dari menteri-menteri PN (beberapa penyokong PN terasa masa itu pulak) agar keputusan yang sewajarnya dibuat mengikut data dan sains.

Akhirnya sebulan kemudian selepas tanda awal jelas kelihatan, kerajaan umum PKP 3.0 secara menyeluruh pada 10 Mei dan akhirnya sekolah ditutup untuk beralih ke online learning.

Lebih sebulan sebelum Raya, tak mahu buat. Dah masuk Raya je, dorang baru buat.

Hasil dari ego dan tindakan lembab kerajaan, seluruh negara menghadapi PKP 3.0 yang mungkin jauh lebih lama tempohnya berbanding PKP 1.0 dan PKP 2.0.

Berapa juta rakyat biasa yang bukan dalam golongan taikun kilang disusahkan dan berapa jumlah orang yang maut secara sia-sia akibat ini?

Harap kerajaan akan mengambil iktibar dari ini supaya tidak diulang.

Sumber:

Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia

Ustaz Ebit Lew Mohon Rakyat Malaysia Doakan Untuk Palestin


Doakan Palestin. Bila lihat Palestin. Rindu pada mak. Mak ajar erti kasih sayang dan cinta. Menghargai orang lain. Jaga hak orang. Jangan aniaya orang. Sayang semua orang. Air mata laju mengenangkan nasihatnya. Ya Allah hadiahkan mak keampunan dan syurga FirdausMu.

Menangis dan teramat sedih bila tengok jeritan wanita dan anak kecil. Tangan menggengam ketar dan jiwa meronta. Tak boleh tidur rasa fikir keadaan mereka. Tengok anak tu berlari teringat anak sendiri. Bermain menangis di celah bom dan letupan. Keluarga berdoa menangis ketakutan bersama menanti saat bom jatuh atas rumah. Tidak tahu nak lari kemana lagi. Di kala zaman yang dikatakan hak asasi manusia dan bertoleransi ini berterusan penduduk Palestin yang berterusan di aniaya dan dizalimi.

Saudaraku, kita semua sebuah keluarga. Berilah masa berdoa, dan menangis doa untuk memohon bantuan Allah. Jaga amalan sunnah Nabi saw. Kita bersatu hati bersama dengan apa segala cara yang kita ada untuk membantu saudara kita. Semoga Allah terima niat dan usaha kita. Allah maafkan kita kerana kita tidak berbuat apa-apa saat saudara kita dianiaya dan dizalimi. Ya Allah ampunkan dosa kami dan kelalaian kami. 

Doakan yer buat Palestin. Doakan Allah jagakan mereka yang berjuang. Doakan Allah jaga wanita dan anak kecil. Doakan Allah bantu kita. Pertolongan Allah itulah akan hadir bila kita semua bersatu hati dan dekat padanya. Tanpa pertolongannya kita tak mampu buat apa-apa pun. Dialah Allah yang Maha Kuasa.

Sumber:
Facebook Page Rasmi
Ustaz Ebit Lew

Cara menyelesaikan masalah kekurangan komputer bagi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Adalah tidak adil untuk suruh semua murid-murid sekolah terutamanya dari golongan B40 yang sedang tertekan dengan pendapatan yang berkurang, untuk menghadapi PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah) secara khusus jika mereka tidak dibantu dengan peralatan yang sewajarnya.

Jika golongan B40 dan miskin tegar tak mampu beli alat, macam mana anak-anak mereka nak buat PdPR?

Bagaimana pula sekiranya, keluarga miskin ada 2 anak, 3 anak atau 4 anak?

Sudahlah kerajaan PN janji untuk mahu pinjam cuma 150,000 unit peranti sahaja kepada mereka. Itupun untuk negeri-negeri terpliih.

Adakah negara cuma ada 150,000 murid dari keluarga miskin dan golongan B40?

Murid-murid dari keluarga kaya sudah ada kelebihan berbanding murid keluarga miskin dan jurang pada masa depan mereka akan menjadi lebih besar sekiranya peluang pendidikan tidak diberi sama rata.

Apa yang sedang dilakukan kerajaan PN sekarang akan memberi impak seumur hidup bagi jutaan murid miskin dan membawa kesan negatif kepada pembangunan negara masa depan.

Janji kerajaan PN untuk mempercepatkan pemberian peranti ke bulan Februari pula dicapati apabila kerajaan umum ianya hanya selesai diagih pada bulan September.

Sekali lagi, saya kongsi semula cara penyelesaian yang saya beri pada bulan Januari lalu:

---
Cara menyelesaikan masalah kekurangan komputer bagi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Kerajaan PH dahulu cuma berjaya melancarkan satu projek mega sepanjang zaman gagalkrasi mereka iaitu projek Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) bernilai RM21.6 bilion.

Projek tersebut dilancarkan sepantas kilat oleh PH dalam masa kurang setahun mereka mentadbir di mana antara penerima manfaat terbesar projek merupakan syarikat Opcom milik anak-anak PM4/7/7i.

Nilai saham Opcom mencanak naik berganda-ganda semasa kerajaan PH mengumumkan kelulusan projek tersebut.

Sumber dana terbesar bagi projek tersebut ialah dari Tabung Perkhidmatan Sejagat (USP) dikendalikan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah Kementerian Komunikasi.

Tabung tersebut diwujudkan kerajaan BN dahulu di mana semua telco besar dalam negara akan menyumbang sekitar RM2 bilion setiap tahun kepada tabung tersebut.

BN tinggalkan RM8 bilion dalam tabung semasa PRU14.

"Gobind Singh: 29 Aug 2019: USP funding to make up to 60% of RM21.6b NFCP roll-out"
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2019/08/29/narrowing-the-digital-divide-between-urban-and-rural-malaysia

Projek NFCP diteruskan di bawah kerajaan PN di mana sejumlah RM7.4 bilion akan diperuntuk SKMM untuk memperluas perkhidmatan jalur lebar bagi 2021 dan 2022, kata Menteri Kewangan PN dalam ucapan bajet 2021.

"6 Nov 2020: Belanjawan 2021: RM7.4 bilion bagi perluas perkhidmatan jalur lebar"
https://www.mcmc.gov.my/en/media/press-clippings/belanjawan-2021-rm7-4-bilion-bagi-perluas-perkhidm

Tahun 2022 belum sampai lagi maka peruntukan dari tabung SKMM tersebut boleh diagihkan pada tahun ini untuk memberi 2 juta komputer serta pakej internet percuma untuk setahun kepada murid-murid sekolah yang terpaksa menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akibat pandemik Covid.

Kos bagi 2 juta komputer bersama pakej internet setahun dianggarkan sebanyak RM2 bilion.

Cara ini juga yang pernah digunakan kerajaan BN dahulu untuk memberi sekitar 1.7 juta netbook 1Malaysia semasa saya PM. Dana juga dari tabung SKMM.

Cara ini jauh lebih adil, lebih memanfaatkan dan lebih menyeluruh berbanding rancangan kerajaan PN sekarang untuk memaksa tabung simpanan rakyat seperti KWSP dan PNB menyumbang dana kepada skim pemberian 150,000 komputer bernilai RM150 juta.

Yang perlu komputer sekarang, berjuta-juta murid sekolah.

Yang diberi komputer pula, cuma 150,000?

Dana dari tabung simpanan rakyat sendiri pulak!

Untuk pulihkan tabung SKMM tersebut untuk membiayai kos projek NFCP bagi tahun 2022, kerajaan PN boleh pertimbangkan untuk menjual spektrum 5G secara open tender seperti dibuat negara-negara lain.

Sebagai contoh, open tender spektrum 5G di Amerika Syarikat dianggarakan akan bernilai US$78 bilion.

"8 Jan 2021: Mobile, media giants submit record bids as 5G spectrum auction tops $78 billion"
https://www.marketplace.org/2021/01/08/mobile-media-giants-submit-record-bids-as-5g-spectrum-auction-tops-78-billion/

Kerajaan BN semasa saya PM juga memerlukan 8 syarikat telco tempatan membayar berbilion-bilion untuk mendapat spektrum dan lesen 4G. 

Kerajaan PN tidak boleh sekali lagi memberi spektrum dan lesen 5G secara senyap-senyap tanpa tender dan terpaksa U-Turn apabila pemberian itu terbongkar dalam media seperti apa yang berlaku tahun lepas. Nanti Uncle Kit Siang tuduh PN songlap lagi pulak.

"3 Jun 2020: Minister makes U-turn, cancels 700MHz spectrum awards to TM, DiGi, Maxis, Altel and Axiata"
https://www.theedgemarkets.com/article/minister-cancels-700mhz-spectrum-awards-tm-digi-maxis-altel-and-axiata

Open tender bagi spektrum 5G Malaysia kali ini adalah satu keperluan sebab kekuatan kewangan kerajaan dan Petronas sudah terjejas akibat tempoh gagalkrasi PH yang tambah hutang negara pada kadar paling laju sekali berbanding BN dan menjarah rizab RM176 bilion Petronas ditinggal kerajaan BN dan juga akibat penggunaan kerajaan PN untuk melawan Covid pada keadaan pelaburan asing diterima Malaysia menjadi paling corot dalam ASEAN.

Buatlah cara ini serta merta sebab saya percaya dana dalam Tabung USP ini masih ada.

Syarikat-syarikat telco juga tidak akan membantah kuat sebab mereka berpeluang menaikkan pendapatan dengan tambahan 2 juta pelanggan pakej internet yang diberi bersama komputer.

Sumber:

Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia

Najib Tipu dan Songlap Duit Tabung Rakyat ASB, TH, LTAT dan KWSP Selama 9 Tahun?


Minggu lepas, LTAT umum dividen tahun 2020 sebanyak 3.5% - jauh rendah berbanding 12% tahun 2017 bawah BN.

Juga bermakna kesemua tabung-tabung simpanan rakyat iaitu KWSP, LTAT, ASB dan Tabung Haji sudah selesai umum dividend bagi tahun 2020.

Dengan ini, saya nak tanya mereka yang pernah sebar propaganda bahawa kerajaan BN bawah Najib tipu akaun untuk umum dividend tinggi-tinggi tapi sebenarnya tabung-tabung ini sudah disonglap Najib dan gengnya pada ketika ekonomi negara sudah bankrap.

Sebab itu, dividend tahun 2018 bawah PH adalah rendah sebab nak tampung kerugian akibat tipu akaun.

Tengok graf dan jawablah ini:

1. Najib tipu akaun bagi 9 tahun berturut-turut ke?

2. Jika dividend 2018 rendah sebab terpaksa tampung kerugian yang disorok akibat tipu akaun, kenapa pula dividen 2019 dan 2020 juga rendah?

3. Kenapa tiada seorang auditor dan juruakaun yang pernah didakwa palsukan atau tipu akaun untuk keempat-empat tabung simpanan ini dalam tempoh 3 tahun sejak PRU14?

4. Kenapa tiada seorang pemimpin BN termasuk Najib pernah didakwa songlap dari keempat-empat tabung simpanan dalam tempoh 3 tahun sejak PRU14?

5. Ke mana perginya RCI yang dijanji dalam manifesto bukan kitab untuk siasat songlap dan penyelewengan melibatkan keempat-empat tabung simpanan ini?

Bab nak fitnah, nak tuduh dan nak beri pelbagai alasan untuk tipu Rakyat, amatlah senang.

Tapi nak jaga ekonomi dan beri terbaik untuk memperkayakan Rakyat, amat susah.

Akhirnya, Rakyat yang rugi akibat penipuan-penipuan dan fitnah  geng sebelah sana termasuk mereka yang masih dalam kerajaan baru ini.

Ini fakta.

Duit dividen yang dibayar ke dalam akaun Rakyat tiap-tiap tahun tak boleh tipu.

(Siapa yang pernah percaya penipuan geng sebelah sana yang saya sebut di atas itu?)

Sumber:

Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia

15 Mei

Musim Udang Baring di Mengabang Telipot


Rupanya musim udang baring di pantai kita sekarang ini....

Dulu dulu ramai yang pandai memukat 'udang baring ' ini, termasuk wanita.di sekitar pantai kampung kita, untuk buat belacan.

Tetapi ada yang beritahu buat 'jeput' pun sedap, masak telor dadar pun sedap..dan masak dengan sayur air pun boleh jugak.  

Bahkan ada yang makan mentah jer, hiris bawang, lada dan peroh asam limau ...lanbayu belum cuba lagi cara ini

Tadi ada nelayan pantai sekitar Seb Takir jual RM10 sekilo....mahal ke murah wallahualam

Selamat mencuba...yang duduk di perantauan pasti merinduinya..

Media negara asing sudah mula cari pasal dengan Malaysia - Kata Najib Razak



Mereka hairan kenapa Malaysia isytihar PKP 3.0 tapi tak beri bantuan pula.

Kononnya telah tembual dengan individu-individu dari golongan B40 Malaysia bahawa mereka amat susah dan tertekan untuk menghadapi PKP 3.0 tanpa sebarang bantuan dari kerajaan setelah menghabiskan simpanan mereka dari PKP 1.0 lagi.

Kononnya tak nampak hujung jalan dengan PKP demi PKP demi PKP.

Apa yang media Singapura tak faham?

Kan Menteri-menteri kerajaan dah kata PKP 3.0 tak beri kesan besar pada ekonomi?

Kalau tak beri kesan kenapa pulak nak bantu Rakyat?

Lagipun, kerajaan PN sudah beri bantuan dalam bentuk panggilan telefon percuma untuk tempoh 12 jam pada malam Raya dari 10 malam hingga 10 pagi walaupun panggilan telefon sebenarnya sudah unlimited call dari dulu lagi.

Siapa kata kerajaan tak bantu? 

Sudah-sudahlah media Singapura. Jaga tepi kain sendiri.
#donebekapJkom

MBB 1533 4583 5333 6333

"15 Mei 2021: Poor families at risk with no relief under Malaysia's third Covid-19 lockdown"
https://www.straitstimes.com/asia/se-asia/poor-families-at-risk-with-no-relief-under-malaysias-third-covid-19-lockdown


Sumber:
Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia