04 Jun

Sejarah Bermulannya Nombor Pendaftaran Kenderaan Malaysia


Sejarah pendaftaran kenderaan bermula selepas British datang ke Tanah Melayu menjelang Perang Dunia Pertama. Pemberian nombor plat A B C D dan lain-lain ditentukan berdasarkan kemampuan penduduk di sesebuah negeri untuk memiliki kenderaan.

Kenapa Perak bermula dengan A ?

Plat kenderaan di Perak bermula dengan huruf A kerana ketika itu, penduduk Perak merupakan orang pertama yang mampu untuk memakai kereta dan Perak juga mencatatkan jumlah pemilikan kenderaan paling tinggi ketika itu. Ketika itu, Perak lebih maju berbanding negeri-negeri lain kerana adanya bijih timah.

Kebanyakannya kereta yang dipakai di negeri ini bukanlah dari penduduk tanah melayu itu sendiri tetapi dipakai oleh pemerintah British bertugas di Perak.

Pada tahun 1914, jalan raya dibina menghubungkan ke Kinta membuatkan penggunaan kereta semakin meluas.

Berdasarkan penentuan sebegitu maka dapat dikatakan bahawa negeri kedua yang memiliki kereta ialah Selangor (Plat di ikuti oleh Pahang (Plat C) dan Kelantan (Plat D).Penentuan plat kenderaan selepas itu kemudiannya diubah berdasarkan huruf permulaan sesebuah negeri.

Plat lesen kenderaan di Malaysia bermula dengan huruf tertentu mengikut negeri/fungsi.
Permulaan Huruf Pendaftaran Kenderaan Mengikut Negeri :
A = Negeri Perak
B = Selangor
C = Pahang
D = Kelantan
E = Sabah-Sebelum tahun 1980-an
EJ: Jesselton (Sekarang Kota Kinabalu sejak 1968)
ES: Sandakan
ET: Tawau
ED: Lahad Datu
EU: Keningau
EK: Kudat
EL: Labuan
F = -tiada-
G = -tiada-
H = Teksi
I = -tiada-
J = Johor
K = Kedah
KV = Langkawi
L = Labuan
M = Melaka
N = Negeri Sembilan
O = -tiada-
P = Pulau Pinang
Q = Sarawak
QA dan QK: Kuching
QB: Sri Aman
QC: Samarahan
QL: Limbang
QM: Miri
QP: Kapit
QR: Sarikei
QS: Sibu
QT: Bintulu
R = Perlis
S = Sabah, dulu E
SA: Kota Kinabalu
SB: Beaufort
SD: Lahad Datu
SK: Kudat
SS: Sandakan
ST: Tawau
SU: Keningau
T = Terengganu
U = -tiada-
V = -tiada-
W = Kuala Lumpur
X = -tiada-
Y = -tiada-
Z = Tentera
Z: Pemerintah Tertinggi Tentera Malaysia
ZA ke ZD: Tentera
ZL: Tentera Laut Malaysia
ZU: Tentera Udara Malaysia
ZZ: Kegunaan staf Kementerian Pertahanan Malaysia
JMF: Askar Timbalan Setia Negeri Johor

No plate Special

Proton: Issued for certain Proton cars.
Perodua: Issued for certain Perodua cars.
WAJA: Issued for Proton Waja cars.
Chancellor: Issued for Proton Chancellor cars.
Persona: Issued for Proton Persona cars.
Satria: Issued for Proton Satria cars.
Tiara: Issued for Proton Tiara cars.
Perdana: Issued for Proton Perdana cars.
LOTUS : Issued for Lotus cars.
KRISS: Issued for Modenas Kriss motorcycle.
Jaguh: Issued for Modenas Jaguh motorcycle.
NAZA: Issued for Naza vehicles.
SUKOM: Issued only during the 1998 Commonwealth Games, which was held in Kuala Lumpur at that year.
XIII NAM: Issued only during the 2003 NAM Summit which was held in Kuala Lumpur at that year.
X OIC: Issued only during the 2003 OIC Summit which was held in Kuala Lumpur at that year.
XI ASEAN: Issued only during the 2005 ASEAN Summit which was held in Kuala Lumpur at that year.
BAMbee: Issued only during the 2000 Thomas and Uber Cup which was held in Kuala Lumpur at that year.
XXX IDB: Issued to members and participants of the Islamic Development Bank conference.

G1M :  Gagasan 1 Malaysia 

Teksi pulak:
HA: Ipoh & Taiping in Perak
HB: Klang Valley, Selangor
HC: Kuantan, Mentakab & Temerloh in Pahang
HD: Kota Bharu, Kelantan
HJ: Johor Bahru, Batu Pahat, Muar, Kluang & Kulaijaya in Johor
HK: Alor Star & Sungei Petani in Kedah
HL: Labuan
HM: Malacca
HN: Seremban, Negeri Sembilan
HP: Penang & Prai
HQ: Kuching, Miri, Sibu & Bintulu in Sarawak
HS: Kota Kinabalu, Sandakan & Tawau in Sabah
HT: Kuala Terengganu, Terengganu
HW: Kuala Lumpur

03 Jun

Kisah Abg Yang Jual Majalah Komik bedekatan dengan Sekolah Chi Wen, Pekan Bahau, Negeri Sembilan

Al kisah di awal tahun ini apa bila aku ke kedai Abang ni yang berbangsa India untuk membeli air mineral.Kedai abang ini terletak di Pekan Bahau,Negeri Sembilan.Kedai beliau berpindah di tempat baru tidak jauh di tempat lama yang bedekatan dengan Sekolah Chi Wen.

Aku sangat mengenali dan masih ingat akan sosok wajah abang ini dan tiba-tiba mengimbau kenangan 25 tahun dahulu ketika di bangku sekolah rendah dan menengah.Kedai abang ini yang selalu aku akan singgah selepas pulang dari pusat tuisyen di Wawasan Murni kerana abang ini adalah salah satu kedai di Pekan Bahau yang menjual surat khabar,majalah dan komik.Yeah,aku kedai beliau tak lain dan tak bukan untuk membeli majalah Ujang,Dragon Ball dan semua koleksi komik karya pelukis terkenal Hong Kong iaitu Tony Wong dan Ma Weng Seng.Komik kegilaan anak-anak muda ketika itu merupakan Alam Pewira,Juara Wira,Dendam Kesumat,Dewata Raya,Pedang Setiawan Raja Rimba dan banyak lagi.

Ketika aku bayar duit air mineral aku beli,aku dah terfikir nak “confessed” apa yang pernah aku lakukan.Selesai bayar,aku cakap “bang boleh saya cakap sesuatu” “dia balas apa dia”?
“Bang saya dahulu,masa umur sekitar 13-14 tahun pernah curi komik kat kedai lama abang,jadi saya nak mohon maaf atas apa saya lakukan dahulu.Masa itu duit tak berapa nak ada,tapi saya nak baca and simpan komik tu.Aku lihat abg tuh muka nya mulai hiba,mata nya mula berkaca tapi menahan.Aku hulurkan sekeping nota duit untuk bayar balik walapun dia kata tak perlu.Aku tetap cakap ambil dan percaya lah bang saya tak curi komik lebih pada  10.Aku mencuri tapi tak la jadi sampai berterusan.Aku ceritakan setiap kali aku beli majalah Ujang aku selitkan buku komik Hong Kong tuh kat dalam dan aku gulung siap2 dan terus bayar harga buku Ujang je.Tapi dalam majalah Ujang tuh dah ada 2 komik yg aku dah selitkan.Oleh kerana abg tuh dah kenal aku jadi dia tak syak apa2.Abg tuh tersenyum dan dia cakap awak bukan pertama datang confess macam ini.Ada yang datang dah ada anak semua.Saya halalkan dan saya juga faham dan saya juga pernah nakal.Dia cakap abg ambil duit awak ini dan abg derma laa kepada siapa yg memerlukan.Walaupun agama kita berbeza tapi kita nak dosa kita diampunkan tuhan kita.

Allahuakbar,terima kasih abg,lega sudah hati aku dengan penjelasan nya.Aku cakap “hutang tetap hutang,saya mencuri tapi klu abg tak halalkan saya juga akan susah nanti menjawab dengan tuhan saya.Saya dah lama nak jumpa abg untuk hal ini tapi harini Allah gerakkan saya jumpa abg.Wajah abg itu kelihatan sayu dan dia kata sekarang “kita 0-0”Saya pun dah tua,apa saya nak selain sihat adalah ketenangan hati.

Terima kasih abg penjual majalah,saya doakan kamu dan keluarga sentiasa sihat dan dimurahakn rezeki.Terima kasih kerana melayan baik bekas2 pencuri komik kedai anda dengan baik. // 7 April 2021,Pekan Bahau,Negeri Sembilan.

Sumber:
Facebook Group Official
Malaysiaku Dulu-Dulu Official

Kawasan Perkampungan Setinggan..Kampung Bumiputra, Datuk Keramat, Kuala Lumpur.


Pemandangan kawasan perkampungan setinggan..
Kampung Bumiputra, Datuk Keramat, Kuala Lumpur.
Paip air utama yg menjadi kegunaan harian penduduk kampung, digunakan secara bergilir2, setiap satu rumah tanam getah paip dari paip utama ni terus ke bilik air rumah masing2.

(Sebagai contoh utk gambaran):-

Siapa pernah tengok cerita lawak seram yg bertajuk 'SETINGGAN', dilakonkan Arwah Yusni Jaafar & S.Samsudin.. (Al-Fatihah)
Dlm cerita tu 100% menunjukkan tentang realiti sebenar kehidupan masyarakat, keadaan, situasi & suasana setinggan di Kuala Lumpur pada zaman tu..

Tahun gambar ni di ambil tak pasti, sbb dlm album gambar lama.. mungkin awal 80an.

Sumber :
Facebook Group Page
Sejahtera Malaysiaku Dulu - Dulu Official

Keranda Terbang Part 2


       Suasana mlm serta merta berubah di kala itu ..hembusan angin mula beralun lembut namun menyeramkan..aku mula merasakan sesuatu yg tidak di ingini akan terjadi..pengalaman lalu aku menguatkan lagi naluri aku..di kala itu serta merta aku teringat cerita yg telah heboh di perkatakan org..namun aku tiada pilihan..

    Aku terpaksa meneruskan langkah aku..rela dlm terpaksa berani dalam takut..terus menapak sambil mendorong basikal togel aku..saat aku mula menuruni bukit menuju ke arah paya..pandangan aku tertumpu pada sesuatu tak kala secara spontan aku mendongak ke atas..di kala itu ada angin yg mendesir di ikuti sekilas bayang..seakan² ada sesuatu yg sedang lalu di atas kepala aku nun di atas melepasi pucuk pokok getah.." apa benda pulak tu " hati aku berdetik..aku tak berfikir panjang..dlm samar mlm aku heret basikal aku sambil berlari..jalan tu jalan aku setiap hari jadi walau pon dlm kesamaran aku masih tau kadaan jalan tu..mana ada lubang mana ada parit bekas laluan air..hampir 300 meter aku berlari sambil mengheret basikal..aku tiba ke kawasan paya..ini bermakna aku terpaksa pulak melalui satu kawasan yg agak lapang dlm jarak lebih 100 meter..masa tiba di tepi antara kebun getah dan paya entah apa yg membuatkan aku sekali lagi mendongakan kepala ke atas..dan di kala tu aku lihat sendiri dgn mata aku..tiga buah bebola api terapung di udara dan seperti sedang menampung sesuatu..dan dlm seketika bebola api itu meluncur membelah gelap mlm melintasi paya menuju destanasi di mana cerita " keranda terbang " heboh di perkatakan org bersama bunyi yg seakan² org sedang mendayu..namun aku tak pasti apa yg aku nampak tu adalah keranda atau bukan sebab suasana mlm dan ditambah dgn aku yg dah mengeletar ketakutan..macam² yg aku rasa masa tu..nak terkencing ada dan fikiran berkecamuk memikirkan sesuatu yg buruk akan menimpa aku..dlm hati aku berkata..kenapa lah aku di perlihatkan dgn semua tu..aku tak kacau sesiapa..aku hanya sendirian..kenapa duga aku dgn sesuatu yg sedemikian rupa.. 

    Berbekal sisa² keberanian yg makin menipis aku terus mengorak langkah..utk melintasi paya..dan sekali lagi aku di duga..dlm samar sinar bulan dari jauh aku nampak sesosok tubuh berada betul² atas jambatan..( di tengah paya tu ada sungai kecil dan ada jambatan kecil merintangi nya )..

    Aku rasa aku dah tak mampu utk bergerak..seakan² mau aje aku tinggal kan basikal togel aku tu dan lari sekuat² hati..tapi aku sayang basikal aku tu..hanya tu aje harta yg aku ada utk bawa aku ke sana sini..

   Kaki terus melangkah..hampir dan semakin hampir..degup jantung rasa seperti nak luruh..takut yg tadi belum pon hilang dah tambah pula muncul makhluk yg lain di depan aku..

   Mujur juga aku tak banyak minum air mlm tu..kalau tak rasa nya dah lama seluar aku lencun dgn air yg mengalir keluar tanpa sedar
 
    Akhir nya aku tiba juga ke tempat di mana lembaga yg aku nampak tu berada..terpegun tidak bergerak²..hati aku berkata² lagi.." orang ke bukan"..kalau org siapa kah dia dan apa di buat nya mlm² buta dok atas jambatan sorang diri..

    Dan saat aku melewati nya baru aku tau..memang btl² manusia dan bukan makhluk lain..dia yg aku panggil pakcik E sebenar nya kurang siuman..tinggal dlm sebuah pondok kecil di tepi paya tu..ikut cerita org tua² kampong dulu masa muda nya dia normal..

    Dia berubah jadi tidak siuman setelah pada satu ketika dia kencing di atas seketul batu hitam yg terdapat di hujung paya tu ( batu tu masih lagi ujud hingga kini )..dan sejak dari hari tu dia mula bertukar jadi tidak siuman dan sering bercakap bahasa yg tidak di fahami dan seolah² sedang berkata² dgn seseorang..menurut cerita nya dia berkahwin dgn org bunian dan punya anak² bersama isteri bunian tu..aku pon tak pasti sejauh mana sahih nya cerita tu. 

   Lega rasa hati aku...aku terus berjalan dan akhir nya sampai ke hujung paya..di sebelah atas tu rumah pak su aku dan lantas aku tumpangkan basikal togel aku di rumah nya agar mudah aku baiki nya pada esok hari dulu kalau pancit upah tampal baru beberapa sen aje..dari rumah dia aku harus melalui satu lagi kawasan rawang yg lebih gelap..satu km dari rumah pak su aku tu..tapi melalui tmpt tu aku tak berapa takut ..tu kawasan aku dan aku mmg dah biasa lalu di situ lewat² mlm  ( kan aku dah cerita dulu masa aku usia 10 ke 12 tahun aktiviti aku waktu cuti hujung minggu..

     Alhamdulillah aku selamat tiba di rumah hampir jam 1.30 pagi..masuk rumah basuh kaki dan terus tidur..

  Pagi esok nya baru aku ceritakan apa yg aku lalui mlm tadi pada mak aku..apa lagi panjang lebar lah mak berleter kan aku namun mak tak pernah marah..aku kan anak emas dia..

   Begitu lah kisah yg pernah aku lalui..sebenar nya apa yg aku rasai ketika tu memang antara yg paling menyeramkan di antara bnyk² pekara mistik yg aku tempuhi dan aku minta maaf sebab aku tak pandai nak bawak rasa seram yg aku rasa tu di hayati oleh pembaca semua di ruangan nie..namun pembaca boleh merasai sendiri apa yg aku rasai tak kala aku lalui jln seperti yg aku tunjuk sebelum nie..

    Rasa nya cukup hingga di sini kisah aku kali nie.. terima kasih pada semua sahabat² yg terus menyokong aku agar terus menulis walau pon hasil tulisan aku tidak sehebat mana..

    Ada masa aku akan terus bercerita lagi..slmt mlm...

12.15 mlm

Sumber:
Facebook Group Rasmi,
Sejahtera Malaysiaku, Suatu Masa Dahulu

02 Jun

Si Jaket Biru


Apa kaitan dengan zaman dulu??
Kisah bermula sewaktu pertama kali saya berjumpa dengan dia, reaksi saya masa tu "apa pelik fesyen dia ni", soalku dalam hati, dengan t-shit putih & berjaket biru,  malah berseluar jeans ketat, rambut belah tepi, pakej simpan sikat di poket, tu belum lagi helmet Bell yg dia pakai menaiki moto yamaha FZ lampu bulat.

Sah, dia mesti dah berusia lebih dari usiaku. Baru saya tahu rupanya inilah fesyen pada tahun 80an, maklumlah jarak usia kami 12tahun. Kemana saja dia pergi tidak pernah tak berjaket biru bersama helmet Bell kesayangannya.

Siapa "dia" si jaket biru dalam kisah ni? Dia ni sekarang dah menjadi suami yg sah 5tahun lepas. Fesyen dia tak pernah berubah hingga kini, seolah olah saya berada di tahun 80an. 2tahun lepas suami mula bela rambut, dengan gaya rockers rambut panjang cecah bahu sambil petik gitar depan rumah, serupa macam dalam filem Rock Oo 😆

Jaket biru tu masih digantung rapi, sayang katanya, walaupun baju bundle tapi "nilai" kenangan tu tiada bandingnya.

Helmet bell tu dah macam muzium dah saya tengok 😅, viser dah takda, span pon dah takda, tapi masih lagi simpan rangka helmet tu buat kenangan.

Mesti ramai otai2 dalam ni, jemput datang ke ruangan komen pasal fesyen dulu2 😀
Sumber:
Facebook Group Rasmi
Sejahtera Malaysiaku, Suatu Masa Dahulu

BUKIT KAMAL MENJERIT V


Salam sejahtera tuan-tuan. Dalam siri kali ini saya akan menceritakan mengenai gangguan yang menghantui kami semasa peringkat awal latihan rekrut di KD Pelandok. Ada banyak jenis gangguan yang menjadikan sesetengah daripada kami murung dan cemas bila malam menjelang. Begitu pun ramai yang tabah, yang masih boleh mengheret gitar kapok ke hulu ke hilir, bernyanyi dan menjerit siang malam bila berpeluang, walaupun semasa rakan sedang dirasuk. Sam Angela antaranya, yang berani berseorangan di bilik berbeza walaupun rakan-rakan yang lain duduk berkelompok dan berhimpitan apabila tidur di atas tilam yang dihampar secara berdekatan.

Rakan-rakan dormetri lain yang tidak sekelas dengan kami juga berdepan dengan gangguan-gangguan yang agak serius di waktu malam. Kami terpaksa mandi beramai-ramai kerana tak ramai yang berani masuk bilik mandi berseorangan. Bilik mandi tidak berpintu dan semua orang boleh melihat orang lain yang sedang mandi. Semua mandi berbogel dan istilah malu tidak wujud pada kami masa tu. Ada seorang rakan yang aku sudah lupa namanya tiba-tiba menjerit kuat ketika sedang bersabun. Dia melompat dan bersilat. Suaranya garau serta merta. Beberapa rakan yang juga sedang menunggu giliran untuk mandi menerpa dan menjatuhkan rakan pertama tadi. Malangnya yang cuba menolong juga dirasuk. Bilik air itu riuh rendah dengan jeritan kerana 5 orang rakan-rakan kami itu dirasuk serentak. Salah seorang yang dirasuk itu menjerit supaya kami semua tinggalkan kawasan mereka.

“Ini kawasan aku bodohhhhh!! Keluar!! Keluar!!!” Jerkahnya.

Jenuh juga kami cuba mententeramkan rakan-rakan yang dirasuk dalam keadaan kami yang setengahnya berbogel dan hanya seorang dua bertuala. Kami usung rakan-rakan yang berlima itu ke luar dan beberapa orang di atara kami yang kebetulannya baru selesai bersembahyang magrib membaca ayat-ayat quran dan menghembuskan ke muka mereka. Kami mendengar dengan jelas suara kanak-kanak mengilai dan mengekek di koridor dan hujan yang semakin lebat. Rakan kami itu pulih setelah azan dilaungkan berkali-kali.  

Dalam satu kejadian lain, seorang rakan yang sedang menyidai pakaiannya di koridor ditarik dan dihumban dari tingkat dua  hingga terpelanting ke atas tanah. Kejadian ini juga berlaku di awal maghrib. Beberapa orang rakan yang kebetulannya sedang berborak di koridor melihat rakan itu dihumban. Bunyi dia terjatuh dan menjerit kuat juga, mengejutkan rakan-rakan di dormetri lain. Semua menerpa ke koridor, dan berlari menuruni anak tangga untuk menyelamatkan rakan yang sedang terguling itu. Rakan kami yang dihumban itu tidak cedera pun, malah bangun membuka langkah silat dan menyepak sesiapa yang cuba menghampiri. Seorang dua kena penumbuk tetapi dia akhirnya berjaya ditenteramkan, juga dengan laungan azan.

Dalam satu peristiwa lain, seorang senior yang ditugaskan untuk menjadi sentry dan berkawal di unit penyimpanan peluru (armoury) pada waktu malam melepaskan beberapa tembakan rambang ke arah hutan. Rakannya yang turut berkawal bersama menjerit dan berlari keluar dari situ untuk menyampaikan berita kepada pegawai bertugas. Kami tidak mendengar bunyi tembakan yang dilepaskan tetapi keesokannya kami diberitahu senior kami itu terserempak dengan beberapa orang askar yang berpakaian seperti tentera Jepun dan tidak berkepala. Mungkin kerana diancam, senior kami itu pun memetik picu senjata.

Tiada yang cedera dalam peristiwa ini tetapi senior kami itu juga demam meracau dan dirujuk ke hospital angkatan tentera. Seminggu juga dia admitted dan selepas keluar (discharged), dia juga menjadi pendiam dan sugul, tidak mahu bertegur sapa dengan kawan-kawan, juga menjadi seperti Nirwan.

Dalam satu peristiwa lain, ketika kami sedang bertungkus lumut mengilat boot masing-masing untuk dipakai keesokannya, kami mendengar jeritan dari dormetri laskarwati (perempuan). Dormetri mereka agak jauh dari dormetri lelaki dan kami memang ditegah dan tidak dibenarkan melewati atau berkunjung ke dormetri perempuan ini. Jeritan itu kuat dan jurulatih kami bergegas berlari ke arah dormetri. Jeritan dan pekikan ini bersahutan. Beberapa lagi suara turut menjerit. Dan akhirnya menjadi suara jeritan yang ramai dan membingitkan. Kami melihat dari dormetri kami, beberapa orang laskarwati berlari keluar dari kediaman mereka. Beberapa orang lagi mengejar. Perempuan yang dikejar itu meredah Bukit Kamal yang juga tidak jauh dari kediaman mereka dan menghilang. Jurulatih menjerit memanggil kami untuk membantu. Tergesa-gesa juga kami menuruni anak tangga dan berlari ke asrama laskarwati dan turut meredah hutan kecil di Bukit Kamal. Pencarian itu berlangsung hingga tengah malam, dan laskarwati yang menghilang itu tidak dijumpai, sementara beberapa orang laskarwati lain yang dirasuk menjerit tidak keruan. Ustaz TLDM menjengah dalam kekecohan dan pasir berterbangan dilempar dari arah entah mana mengena muka dan badan ustaz, diiringi ketawa mengekek sinis dari seorang laskarwati yg sedang dirasuk. Ustaz tenang membaca ayat-ayat suci dan keadaan menjadi tenang hampir 2 jam kemudian.

Esoknya, laskarwati yang hilang itu dijumpai terbaring di tepi pantai, di pekan Lumut yang jaraknya kira-kira 3 kilometer dari tempat kejadian. Kejadian ini juga menimbulkan persoalan yang tidak boleh dijawab oleh kami. Ia tinggal misteri.

Saya tutup dulu kisah rekrut kami kali ni. Banyak kejadian lain yang menghantui kami sepanjang 10 hari terawal bergelar rekrut. Saya juga turut diganggu berkali-kali dan sebagai penguat semangat, saya bawa surah Yassin ke mana saja saya pergi, meletakkan surah Yassin itu di atas dada dan hujung kepala ketika tidur tetapi gangguan tetap terjadi juga. Dan saya juga tidak tahu siapa yang saya tendang ketika saya dirasuk. Esoknya rakan saya menjerit, “kau tendang muka aku la weiiii…”

InsyaAllah pada episod akan datang, saya akan ceritakan pengalaman di atas kapal, bermula dengan kapal KD Ganyang dan kemudiannya KD Sri Kelantan. Kedua-dua kapal ini banyak memberikan pengalaman berharga kepada saya, terutama berdepan dengan peristiwa mistik dan misteri semasa bertugas, samada di laut atau di daratan.

Terima kasih kerana memberikan sokongan untuk saya menulis dan mengutip pengalaman.

Keterangan gambar:

Antara rakan-rakan yang bernyanyi siang malam, tanpa takut pada gangguan. Mereka adalah penghibur dan penghilang resah gelisah bila malam menjelma. Baharti, Amir Hamzah Mohd Wazir dan Ibrahim Mat Jadi ada dlm gambar.

Sumber: 
Facebook Page Rasmi
Malaysiaku Dulu-Dulu Official

01 Jun

BERGADUH DI HARI PERSANDINGAN


Ini memang kisah aku. Sebenarnya bibit-bibit ini aku dah nampak pada hari pertunangan lagi. Tapi sebab  aku muda berhingus lagi, nerd, poyo, pemalu (aku tk pernah dating!...) dan bukan dominant...maklumlah aku ni karkun Tabligh masa tu...

Masih ingat hari pertunangan, ada suara kedengaran... "hissh.... Wuishhhh... berserban ko... muda-muda lagi...betul ke tu ahli agama...?. Itu ditujukan pada aku lah. Gerumm jugak aku. Pedehal...kan pakai serban tu sunnah. 

Aku masa tu memang aktif dalam Belia 4B, Tabligh, Arqam, Abim dan Rakan Muda (KBS). Aku dibina kepimpinan dalam SEMUA organisasi NGO2 politik dan group dakwah itu.
Nanti aku cari foto2 Rakan Muda, aku share.

Yang kata itu tetamu... bukan ahli keluarga pihak perempuan. Sebab sedara aku yang duduk di luar rumah,  dekat beranda dengar komentar tersebut...  Hati aku tak sedap la.

Namun aku cool. Pujuk diri. Sebab nampaknya calon Mak Mertua dan Pak Mertua aku sangat2 mesra, meraikan sungguh2 dan tinggi amat santunan budi akhlak mereka...🌹🌹

Dalam tempoh pertunangan itulah aku bekerja di Ipoh. Cari duit nak cukupkan hantaran wehh. Kau orang boleh baca kisah dalam SMSMD ini masa aku kerja kilang di Ipoh...iaitu kisah "aku rajin pergi kerja" tapi.... hari tersebut adalah Cuti Umum sebab Perak jadi  pastikan pertama Juara FA. Malu oiii.... terasa sampai hari ini. Cari...ada dalam SMSMD ini. Darah manis masa  tu...

Berbalik cerita nak kenduri kahwin. Tentunya aku  blur apa yang pihak perempuan akan sediakan. Mereka pun kurang jelas aura pengantin lelaki.Aku la tu. Sebab?... Masalah komunikasi. Guna public phone. Dulu mana ada HP. Yang ada telefon bergerak ATUR tu. Berat. Macam bawa seketul bateri kereta.

Tapi ada perbincangan dengan calon kakak ipar aku dalam telefon. Dia pensyarah kanan UIA di Petaling Jaya. Masa tu UIA baru lagi. Aku cakap padanya "no sanding2... bukan untuk dipamerkan pada orang ramai, bukan sombong, tapi Ustaz yang kata macam tu. Kalau untuk ahli keluarga sahaja, tak per..."

Kakak  ipar akur. Dia pun sokong amat. Pensyarah UIA tu. Arif dia, juga sayang aku amat. Aku tau la... sebab dia mudahkan banyak urusan birokrasi perkahwinan...Dia anak sulong dari 12 beradik. Matang habis. ...dan.... isteri aku adalah anak bongsu. Korang bayangkanlah...

Hari kenduri... Wahhhhhh....grand habis. Bukan grand Lavina. Maksud  aku memang besar dan meriah. Bayangkan Pak Mertua dan Mak Mertua aku orang ada nama di kampung tu, anak "last sekali" i.e yang ke-12 nak kawin.  Tentulah sanak saudara sebelah ibubapa mertua aku berderet ratusan orang datang...

Orang kampung jangan cakap la. Abang ipar aku yang sulong pula Tauke ternak ayam daging. Reban besar dia berderet2. Ayam daging beribu2 ekor. Dia Ketua Umno Cawangan lagi, juga Iman surau kampung itu. Surau pula hanya sebelah rumah. Maka.... pembaca boleh bayangkanlah "populariti kenduri" aku masa tu.... walaupun aku bukan artis! Tapi aku hanya mat poyo, nerd dan pemuda kurus berserban yang naive ...

"Penat jer kita buat...habiss pelamin tu untuk apa.? Ingat saya buat tu(pelamin) sekejap sajer ker? Senang2 jer ubah (tak nak sanding). Baik....saya takkan datang jejak dah rumah ni...tak payah datang!.... Jomm balikkk!!..." . Itu kata-kata Kak Ngah  biras aku (isteri kepada abang ipar) . Menyonyong dia belah balik...

Ayah Mak Mertua aku terkesima. Ada tetamu yang perasan...dan ada yang tak perasan. Yang tak perasan tu sebab mereka asyik kusyuk menjamah lazatnya menu kenduri paling special.... 

Aku yang asalnya tenang, gumbira dan sukacita majlis nikah lancar...yang selera nak makan jamuan pengantin, terusss terencat bila tengok reaksi Kak Ngah itu. Terbayang lagi bulat jegil matanya pada aku masa dia menuruni tangga rumah sambil hendak2 kaki...nak blah balik.... Jari telunjuknya ditudingkan pada aku. Ya... aku puncanya. Ustaz kecik raja sehari... Aduhhhh....tolong lah Ya Allah...

Jap aku nak hantar barang2 kpd asnaf jap... Nnti AKU SAMBUNG KAT SINI JUGAK...PLZZ🙏🙏🌹✅✅ tungguuu....

Sumber:
Facebook Page Rasmi
Sejahtera Malaysiaku , Suatu Masa Dahulu