Selasa, 1 Jun 2021

BERGADUH DI HARI PERSANDINGAN


Ini memang kisah aku. Sebenarnya bibit-bibit ini aku dah nampak pada hari pertunangan lagi. Tapi sebab  aku muda berhingus lagi, nerd, poyo, pemalu (aku tk pernah dating!...) dan bukan dominant...maklumlah aku ni karkun Tabligh masa tu...

Masih ingat hari pertunangan, ada suara kedengaran... "hissh.... Wuishhhh... berserban ko... muda-muda lagi...betul ke tu ahli agama...?. Itu ditujukan pada aku lah. Gerumm jugak aku. Pedehal...kan pakai serban tu sunnah. 

Aku masa tu memang aktif dalam Belia 4B, Tabligh, Arqam, Abim dan Rakan Muda (KBS). Aku dibina kepimpinan dalam SEMUA organisasi NGO2 politik dan group dakwah itu.
Nanti aku cari foto2 Rakan Muda, aku share.

Yang kata itu tetamu... bukan ahli keluarga pihak perempuan. Sebab sedara aku yang duduk di luar rumah,  dekat beranda dengar komentar tersebut...  Hati aku tak sedap la.

Namun aku cool. Pujuk diri. Sebab nampaknya calon Mak Mertua dan Pak Mertua aku sangat2 mesra, meraikan sungguh2 dan tinggi amat santunan budi akhlak mereka...🌹🌹

Dalam tempoh pertunangan itulah aku bekerja di Ipoh. Cari duit nak cukupkan hantaran wehh. Kau orang boleh baca kisah dalam SMSMD ini masa aku kerja kilang di Ipoh...iaitu kisah "aku rajin pergi kerja" tapi.... hari tersebut adalah Cuti Umum sebab Perak jadi  pastikan pertama Juara FA. Malu oiii.... terasa sampai hari ini. Cari...ada dalam SMSMD ini. Darah manis masa  tu...

Berbalik cerita nak kenduri kahwin. Tentunya aku  blur apa yang pihak perempuan akan sediakan. Mereka pun kurang jelas aura pengantin lelaki.Aku la tu. Sebab?... Masalah komunikasi. Guna public phone. Dulu mana ada HP. Yang ada telefon bergerak ATUR tu. Berat. Macam bawa seketul bateri kereta.

Tapi ada perbincangan dengan calon kakak ipar aku dalam telefon. Dia pensyarah kanan UIA di Petaling Jaya. Masa tu UIA baru lagi. Aku cakap padanya "no sanding2... bukan untuk dipamerkan pada orang ramai, bukan sombong, tapi Ustaz yang kata macam tu. Kalau untuk ahli keluarga sahaja, tak per..."

Kakak  ipar akur. Dia pun sokong amat. Pensyarah UIA tu. Arif dia, juga sayang aku amat. Aku tau la... sebab dia mudahkan banyak urusan birokrasi perkahwinan...Dia anak sulong dari 12 beradik. Matang habis. ...dan.... isteri aku adalah anak bongsu. Korang bayangkanlah...

Hari kenduri... Wahhhhhh....grand habis. Bukan grand Lavina. Maksud  aku memang besar dan meriah. Bayangkan Pak Mertua dan Mak Mertua aku orang ada nama di kampung tu, anak "last sekali" i.e yang ke-12 nak kawin.  Tentulah sanak saudara sebelah ibubapa mertua aku berderet ratusan orang datang...

Orang kampung jangan cakap la. Abang ipar aku yang sulong pula Tauke ternak ayam daging. Reban besar dia berderet2. Ayam daging beribu2 ekor. Dia Ketua Umno Cawangan lagi, juga Iman surau kampung itu. Surau pula hanya sebelah rumah. Maka.... pembaca boleh bayangkanlah "populariti kenduri" aku masa tu.... walaupun aku bukan artis! Tapi aku hanya mat poyo, nerd dan pemuda kurus berserban yang naive ...

"Penat jer kita buat...habiss pelamin tu untuk apa.? Ingat saya buat tu(pelamin) sekejap sajer ker? Senang2 jer ubah (tak nak sanding). Baik....saya takkan datang jejak dah rumah ni...tak payah datang!.... Jomm balikkk!!..." . Itu kata-kata Kak Ngah  biras aku (isteri kepada abang ipar) . Menyonyong dia belah balik...

Ayah Mak Mertua aku terkesima. Ada tetamu yang perasan...dan ada yang tak perasan. Yang tak perasan tu sebab mereka asyik kusyuk menjamah lazatnya menu kenduri paling special.... 

Aku yang asalnya tenang, gumbira dan sukacita majlis nikah lancar...yang selera nak makan jamuan pengantin, terusss terencat bila tengok reaksi Kak Ngah itu. Terbayang lagi bulat jegil matanya pada aku masa dia menuruni tangga rumah sambil hendak2 kaki...nak blah balik.... Jari telunjuknya ditudingkan pada aku. Ya... aku puncanya. Ustaz kecik raja sehari... Aduhhhh....tolong lah Ya Allah...

Jap aku nak hantar barang2 kpd asnaf jap... Nnti AKU SAMBUNG KAT SINI JUGAK...PLZZ🙏🙏🌹✅✅ tungguuu....

Sumber:
Facebook Page Rasmi
Sejahtera Malaysiaku , Suatu Masa Dahulu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan