Usaha terakhir menyatukan Nusantara dan Melayu dibawah satu Khalifah. Perlu diketahui diutara tanah Melayu terdapat negeri-negeri yang telah jatuh ke tangan penjajah dan diserahkan kepada Thailand, negeri-negeri inilah antara cadangan bermulanya penyatuan tanah Melayu dibawah 1 Khalifah di Nusantara, tetapi usaha ini dihidu musuh maka usaha-usaha penyatuan digagalkan dari dalam alam Mleayu itu sendiri, antara kisah Raja Haji.
Sewaktu para pejuang yang setia bersama Raja Haji sedang mendirikan solat, pengkhianat yang turut sama berpura-pura bangkit tatkala imam dan yang lain masih berada dalam sujud yang panjang, lalu mereka secara khianat menancapkan pisau di belakang antara mereka sehingga syahid.
Surat Raja Haji ;
“Maka pada hari ini, tanggal 19 Rajab 1198 Hijrah bersamaan dengan 17 Jun 1784, di Tanjung Palas Teluk Ketapang inilah warkah yang tertulis. Warkah ini kutulis atas sejadah, mengadap kiblat dalam keadaan berwuduk setelah selesai solat dan doa panjang untuk sekalian umat Melayu. Al-QurĂ¡n di sebelah kananku, kitab Dala-il Khairat di sebelah kiriku. Badik pusaka di pinggangku. Sungguh demikian, aku amat menyedari bahawa terdapat di kalangan armada perang Melayu yang aku satukan dan pimpin ini terdapat golongan Melayu yang menjadi musuh dalam selimut: berwajah Melayu berhati Belanda. Usahlah ditanya bagaimana aku mengetahuinya kerana tahu di angin turun naik.
Apabila Allah menghendaki terjadi sesuatu perkara, maka tiada siapa pun yang dapat mengelaknya. Biar sahaja mereka masuk menyelinap ke dalam kubu kami dan mengepung aku. Syak fasik, yakin salih, batulah yang jadi juadah! Nah, wahai si munafik! Aku sesekali tidak pernah takut kepada kalian. Marilah kita berdepan sebagai lelaki Melayu yang sejati. Engkau kendonglah panji perjuanganmu. Aku junjung panji perjuanganku! Nyawa kita di tangan Allah. Matiku di medan perang ini, tandanya sentiasalah aku hidup di sisi Allah. Matimu di medan perang, tandanya celakalah engkau di Akhirat nanti.
Maka Maha Adillah Allah Taala sebagaimana terdapat golongan yang munafik dan petualang bangsa, akan ada golongan di kalangan umat Melayu sesudah kami yang akan menyambung perjuangan kami. Maka sambutlah panji perjuangan kami dengan penuh harga diri. Dalam hati merekalah aku hidup dan menjadi cita-cita mereka pula mati kerana berjuang. Semangat mereka menyerupai kami, walaupun bilangan mereka tidak seramai bilangan munafik dan petualang.”
Raja Haji menulis pada akhir warkahnya (setelah memperoleh alamat, sebelum peristiwa khianat berlaku), sekiranya perjuangannya itu benar, semoga Allah mengekalkan tulisannya itu dan membutakan mata penajajah daripada menjumpai warkah ini, supaya warkahnya itu sampai kepada seluruh umat Melayu pada generasi mendatang.
Sumber dari Panji hitam.
Al Fatihah buat perjuangan ninda ninda terdahulu..
#nusantara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan