Hari ini dikatakan Hari Basikal Sedunia. Kalau ikut sejarahnya basikal pertama dicipta oleh Karl Von dari German, 1817.
Sebenarnya di kalangan kita banyak kenangan menggunakan basikal, terutama semasa zaman persekolahan.
Di masa lalu untuk memiliki basikal bukan sesuatu yang mudah. Zaman dulu dulu di awal kemerdekaan kalau ada basikal tu, kira orang beradalah juga. Justeru pada masa itu kebanyakan berjalan kaki sahaja. Yang ada kereta lembu tu kebanyakan di pekan pekan (bandar).
Bagi yang seangkatan Lanbayu memanglah ke sekolah Menengah Maras (sekarang Tengku Mizan) menaiki basikal 7 batu pergi dan 7 batu balik. Selama 5 tahun juga bersekolah dan kayuh basikal melalui Wakaf Tengah, Balai Mara's,.Gelong, Maras dan.Padang Kemunting,.lalu sampailah ke sekolah. Kalau tidak silap hampir satu jam juga.
Laluan itu masa pertengahan 1970an dan awal 1980an tidak sibuk...laluan kawasan pertanian (sawah padi) dan kebun sayuran.
Lucunya zaman itu selalu ambil buah jambu batu (jambu butir banyak) yang tumbuh meliar di pingir jalan.
Namun sebenarnya kebanyakan kami pandai berbasikal sejak di bangku sekolah rendah lagi, semasa darah 6 terutamanya. Tidak kiralah basikal tua ke, basikal copper ke, basikal buruk ke, tidak kisah sangat waktu itu. Bila dah ke sekolah menengah adalah perasaan malu malu kalau basikal kita agak buruk, terutama bagi murid perempuan.
Zaman kami tidak ada pun basikal subsidi. Yang tidak mampu memiliki basikal tumpang kawan kawan, malah ada sahabat yang berjalan kaki ke.sekolah sejauh itu . Juga terdapat seorang murid perempuan sanggup guna basikal tua (besar) ayahnya untuk ke sekolah...ini kisah benar masa sukar & susah dulu dulu....sekarang Alhamdulillah kebanyakan dah hidup senang.
Tempat baiki basikal zaman kami kalau sebelah Kg Kolam/Kg Tengah di kedai Cina Hoki, manakala kalau sebelah Wakaf Tengah, kedai Arwah Bakar.
Jika anda ada kenangan dan pengalaman BASIKAL boleh kongsikan di sini.
Sumber:
Facebook Group
Gabungan Anok Mengabang Telipot
Lanbayu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan