Pantai Pengkalan Maras Mengabang Telipot kampungku...akibat hakisan,
telah hilang 'mengabang' yang menjadi tempat lanbayu & kawan kawan mandi manda di zaman anak anak @ awal remaja...(mengabang tu ialah anak sungai yang mengalir ke laut).
bila musim air limpah (musim.hujan) kami akan bukakan aliran ke laut, maka lajulah air masuk ke laut...bolehlah kami bermain 'air jemela' yang bermaksud air laju umpama di water park'.
Kala itu airnya masih belum tercemar..kini kalau masih ada kini -segala 'mok nenek" dah masuk ke 'mengabang' tak dapat mandi manda seperti dulu lagi
bila musim 'main pantai' orang sebelah kg Maras datang buat bangsal daun nyiur..macam runah teres..
kami tidak balik ke.rumah kegembiraan sama..tidur di tepi pantai (di atas pasir) hingga ke waktu pagi..tanpa selimut pun...tak pasti sejuk ke tidak
kalau lapar semasa 'main panta' hanya mampu beli keropok lekor goreng yg diletak dalam daun jambu laut..kadang kadang ada juga dijual buah berangan goreng dan buah cokok (maninja) goreng pasir.
rasanya di sebelah pantai Tanjung Gelam, ada persamaan juga kisah & kenangan seperti ini
oh kenangan..tinggallah kenangan..
di mana kawan dulu...
kawan dulu.....
yang sama bergandingan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan