22 Julai

Al-Fatihah Untuk Arwah Ayah Ustaz Ebit Lew - Ebit Lew


Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Bapak saya yang tercinta baru sahaja meninggal dunia. Ya Allah beratnya rasa ujian ini. I love you bapak. Bapak pergi dulu. Nanti ebit sampai yer.  Ya Allah ampunilah bapak. Sayangilah beliau, rahmatilah beliau,hadiahkan syurga Firdaus untuk beliau. Ya Allah temukanlah bapak dengan mak dekat sana. Letakkanlah mereka bersama. Ya Allah,inilah ayahku yang sangat baik. Terima kasih pinjamkan dirinya untuk kami sekeluarga.

Saya dalam perjalanan ke Gleanagle Hospital untuk bawa jenazah ayah untuk dimandikan di Masjid Bandar Baru Ampang. Kemudian terus bawa ke Muadzam Shah Pahang. Pohon doakan buat ayah saya dan hadiahkan AlFatihah..

Sumber:
Facebook Page Rasmi
Ustaz Ebit Lew

Ustaz Ebit Lew Buat Live Menjawab Semua Fitnah Pada Dirinya


Doakan yer esok pukul 12 tengah hari saya akan live menjawab kepada semua fitnah yang melampau dan langsung tak berasas terhadap saya. 

Saya bersyukur pada Allah kerana dia Maha Baik dan Maha Besar. Saya cuma orang biasa dan pendosa. Syukur direzekikan dapat menjadi sebahagian kecil usaha kasih sayang ini. Saya diajar untuk tidak menjawab dan bergaduh dari kecil.

Tapi semenjak di Mesir fitnah dan kata sinis terus menimpa saya. Dari dulu lagi saya dah biasa difitnah dan dikata begini. Saya bersyukur kerana apalah sangat ujian ini. Tapi bila anak saya menangis, arwah ayah saya menangis, isteri saya menangis,isteri kepada team saya menangis. Kami cuma manusia biasa. Penat, letih dan berat ujian. Ratusan ribu orang melihat fitnah tentang saya. Hari ini masih belum habis. Pagi ni anak saya peluk saya menangis. Cukuplah. 

Saya Redha pada Allah. Saya diam belum ada sepatah atau kenyataan dari saya. Makin ramai buat kenyataan tentang saya. Ini tentang saya,keluarga dan team saya.. Menyebabkan arwah bapa saya menangis. Isteri dan anak saya menangis tertekan. Saya benar-benar kecewa dan sedih..

Saya berdoa dan serahkan semuanya pada Allah.

Sumber:
Facebook Page Rasmi
Ustaz Ebit Lew

19 Julai

Ustaz Ebit Lew membantu seorang pakcik 75 tahun tidur dalam kereta dah 2 bulan di bawah jejantas dekat central market KL.


Terkejut sebak kasihan sangat dengar seorang pakcik 75 tahun tidur dalam kereta dah 2 bulan di bawah jejantas dekat central market kl. Baik sangat orangnya. Jaga kucing dalam kereta. Sedih tengok keadaan pakcik ni. Tiada sesiapa dah. Katanya hidupnya jatuh ditimpa tangga. Tiba-tiba jer menangis.

Pakcik esok dah Raya Haji. Raya dalam ni jer ke. Ada sesiapa saya boleh hubungi. Tiada ustaz. Hidup sendirian je. Nak tak saya sewakan rumah untuk pakcik dan kucing-kucing ni semua. Baik ustaz. Bila tu ustaz. Sekarang kita gerak. Saya nak pakcik hari raya haji dalam rumah selesa.

Pakcik terus menangis. Kenapa menangis pakcik. Ramai juga bantu. Tak sangka boleh dapat rumah terus. Terus ajak cari peti ais,mesin basuh, dan katil. Pakcik kata takperlah ustaz. Dapat rumah pun dah cukup. Banyak sangat ni. Malu saya. Macam mana saya nak bayar semula. Cukup doa jer pakcik. 

Ini berkat pakcik sayang kucing. Allah bagi rezeki. Kita bertemu. Beri sedikit duit belanja. Dan saya bawa ke elewsmart beli makanan kucing,pasir kucing, dan sedikit bekalan makanan. 

Semoga Pakcik sentiasa sihat dan dimudahkan segala urusan. Semoga menjadi asbab kebaikan.

Sumber:
Facebook Page Rasmi
Ustaz Ebit Lew

18 Julai

Bakul Prihatin Negara di Kompleks Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Putrajaya.


Hari ini saya berpeluang meninjau pusat penyimpanan dan agihan Bakul Prihatin Negara di Kompleks Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Putrajaya. Ini adalah inisiatif terbaharu kerajaan bersama sektor korporat untuk membantu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Alhamdulillah, pelaksanaan Bakul Prihatin Negara ini yang merupakan kesinambungan kepada Program Bantuan Bakul Makanan yang dilaksanakan Kerajaan telah mendapat sambutan menggalakkan daripada syarikat-syarikat korporat. Setakat ini, sejumlah RM16 juta telah disumbangkan oleh lima syarikat korporat yang tampil untuk menjayakan inisiatif ini. 

Terima kasih saya ucapkan kepada Yayasan PETRONAS atas sumbangan sebanyak RM5 juta, AEON (RM4 juta), Pharmaniaga (RM3 juta) serta Tenaga Nasional Berhad dan Telekom Malaysia yang masing-masing menyumbang RM2 juta. Sebagai komitmen di pihak Kerajaan, pejabat saya juga menyumbang sebanyak RM5 juta. Saya berharap lebih banyak syarikat  korporat akan tampil memberi sokongan selepas ini, agar lebih ramai yang memerlukan dapat dibantu.

Kepada rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan bantuan Bakul Prihatin Negara, anda bolehlah menghubungi Talian Kasih di 15999, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah di seluruh negara atau Whatsapp ke 019-2615999. Permohonan juga boleh dibuat terus melalui Media Sosial Rasmi (Facebook/Twitter/Instagram KPWKM). Maklumat lanjut seperti Soalan Lazim (FAQ), borang dan carta alir permohonan serta nombor telefon Bilik Gerakan JKM boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang http://www.jkm.gov.my.

Sukarelawan Skuad Prihatin Negara di bawah kendalian JKM bersedia untuk menghantar bantuan kepada pemohon sebaik sahaja mod penghantaran Bakul Prihatin Negara diaktifkan mulai Isnin, 19 Julai depan.

#MalaysiaPrihatin
#PrihatinBersamaHari ini saya berpeluang meninjau pusat penyimpanan dan agihan Bakul Prihatin Negara di Kompleks Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Putrajaya. Ini adalah inisiatif terbaharu kerajaan bersama sektor korporat untuk membantu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Alhamdulillah, pelaksanaan Bakul Prihatin Negara ini yang merupakan kesinambungan kepada Program Bantuan Bakul Makanan yang dilaksanakan Kerajaan telah mendapat sambutan menggalakkan daripada syarikat-syarikat korporat. Setakat ini, sejumlah RM16 juta telah disumbangkan oleh lima syarikat korporat yang tampil untuk menjayakan inisiatif ini. 

Terima kasih saya ucapkan kepada Yayasan PETRONAS atas sumbangan sebanyak RM5 juta, AEON (RM4 juta), Pharmaniaga (RM3 juta) serta Tenaga Nasional Berhad dan Telekom Malaysia yang masing-masing menyumbang RM2 juta. Sebagai komitmen di pihak Kerajaan, pejabat saya juga menyumbang sebanyak RM5 juta. Saya berharap lebih banyak syarikat  korporat akan tampil memberi sokongan selepas ini, agar lebih ramai yang memerlukan dapat dibantu.

Kepada rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan bantuan Bakul Prihatin Negara, anda bolehlah menghubungi Talian Kasih di 15999, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah di seluruh negara atau Whatsapp ke 019-2615999. Permohonan juga boleh dibuat terus melalui Media Sosial Rasmi (Facebook/Twitter/Instagram KPWKM). Maklumat lanjut seperti Soalan Lazim (FAQ), borang dan carta alir permohonan serta nombor telefon Bilik Gerakan JKM boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang http://www.jkm.gov.my.

Sukarelawan Skuad Prihatin Negara di bawah kendalian JKM bersedia untuk menghantar bantuan kepada pemohon sebaik sahaja mod penghantaran Bakul Prihatin Negara diaktifkan mulai Isnin, 19 Julai depan.

Sumber:
Facebook Page Rasmi
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Perdana Menteri Malaysia

Vaksinasi adalah kunci utama kejayaan kita melawan COVID-19.

Jadi, apa yang Kerajaan buat?

Menempah lebih 76.1 juta dos vaksin – 70% Pfizer, 23.4% Sinovac, 10% Astrazaneca, 10.9% CanSino dan 10% daripada fasiliti COVAX. 

Setakat ini kita telah terima 20 juta dos dari keseluruhan jumlah vaksin yang ditempah. Dijangkakan kita akan menerima jumlah keseluruhan 30 juta dos pada akhir bulan ini, 40 juta dos pada bulan Ogos, 53 juta dos pada bulan September dan 58 juta dos pada bulan Oktober.

Jadual asalnya, 80% penduduk Malaysia akan menerima dos lengkap vaksin menjelang suku pertama 2022. Sasaran ini kemudiannya dipercepatkan ke Disember 2021.

Kini, dengan penemuan varian-varian baharu COVID-19 yang lebih ganas dan kes-kes positif meningkat dengan mendadak, sasaran program vaksinasi dipercepatkan lagi.

- 100% populasi dewasa di Selangor dan Kuala Lumpur akan menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin pada 1 Ogos 2021 di bawah Operasi Lonjakan Kapasiti. 

- 100% populasi dewasa di Sarawak akan menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin pada akhir Ogos.

- Hampir semua negeri akan mencatatkan kadar vaksinasi melebihi 50% pada akhir bulan Ogos 2021.

- Semua negeri akan mencatatkan kadar vaksinasi melebihi 70% pada bulan September 2021.

- 100% populasi dewasa di Malaysia akan menerima dos lengkap vaksin pada bulan Oktober 2021. 

- Peningkatan kapasiti untuk mencapai kadar suntikan 500,000 dos sehari. 

InsyaAllah. Kita terus istiqamah.

Sumber:
Facebook Page Rasmi
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Perdana Menteri Malaysia

#MalaysiaPrihatin
#MenangBersama
#LindungDiriLindungSemua

02 Julai

PM Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengadakan mesyuarat secara maya bersama Encik Xie Jian, iaitu Pengerusi dan Presiden Syarikat Risen Energy Co. Ltd, sebuah syarikat pengeluar kelima terbesar dunia bagi penghasilan solar module


Pagi ini, saya telah mengadakan mesyuarat secara maya bersama Encik Xie Jian, iaitu Pengerusi dan Presiden Syarikat Risen Energy Co. Ltd, sebuah syarikat pengeluar kelima terbesar dunia bagi penghasilan solar module.

Mesyuarat ini turut disertai Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), YBrs Encik Arham Abdul Rahman. 

Berpengkalan di Republik Rakyat China, syarikat ini melalui Risen Solar Technology Sdn. Bhd. telah diluluskan Lesen Pengilang dan Galakan Insentif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bagi aktiviti rekabentuk, pembangunan dan pengilangan solar cells dan solar modules di Malaysia dengan jumlah pelaburan sebanyak RM42.2 bilion. 

Insya-Allah, pelaburan untuk tempoh 15 tahun dari 2021 hingga 2035 ini dijangka akan menjana 3,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia selain syarikat itu juga akan menjalinkan kerjasama dengan universiti/ institusi tempatan dalam menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D), termasuk pengambilan pelajar secara internship. 

Saya yakin kehadiran Risen Solar ini akan menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluaran berintegrasi bagi produk solar. Ketika ini terdapat beberapa syarikat pengeluar global solar seperti Jinko Solar, Longi Solar, JA Solar, Hanwha Q Cell, First Solar dan Sun Power sedang beroperasi di Malaysia. 

Saya turut berkongsi dengan Encik Xie Jian bahawa Kerajaan Malaysia mengamalkan prinsip mesra pelaburan dan sentiasa mengalu-alukan kemasukan pelaburan baharu dan berkualiti ke negara ini dengan pelbagai galakan dan insentif disediakan kepada pelabur dan bakal pelabur dan menegaskan akan memastikan pelaksanaan projek yang telah dirancang oleh syarikat tersebut berjalan dengan lancar. 

Pelaburan daripada syarikat Risen Energy ini merupakan satu kejayaan besar buat negara, sekaligus menunjukkan keupayaan pengurusan ekonomi Malaysia ketika dunia sedang bergelut dengan cabaran pandemik COVID-19. 

Alhamdulillah, trend kemasukan berterusan pelaburan asing berimpak tinggi ini tentunya menyuntik lebih keyakinan dalam kalangan komuniti pelabur luar terhadap prospek pemulihan ekonomi Malaysia selari dengan aspirasi Pelan Pemulihan Negara. Ini pastinya akan membawa manfaat besar kepada masyarakat dari segi peluang pekerjaan dan penjanaan pendapatan.

Sumber:
Facebook Page Rasmi
PM Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin

PM Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) OKU-pandu lalu yang pertama di dalam negara bagi meninjau proses pemberian vaksin kepada komuniti orang kurang upaya (OKU).

Hari ini saya telah ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) OKU-pandu lalu yang pertama di dalam negara bagi meninjau proses pemberian vaksin kepada komuniti orang kurang upaya (OKU).

Hadir bersama-sama saya ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dan Pengerusi OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi.

PPV OKU-pandu lalu yang dikendalikan oleh pertubuhan bukan kerajaan OKU Sentral ini dibuka khas untuk membantu ahli komuniti OKU menerima suntikan vaksin mengikut kesesuaian dan keadaan mereka dengan dibantu oleh sukarelawan OKU yang berpengalaman berurusan dengan komuniti OKU.

Proses vaksinasi golongan OKU bukanlah suatu tugas yang mudah kerana sifat atau tidak balas mereka yang tentunya berlainan daripada biasa. Kesabaran petugas kesihatan dan sukarelawan di PPV ini mendepani karenah mereka amat dihargai. Langkah menyediakan bilik bertenang atau 'calm room' yang dilengkapi permainan dan juga alunan muzik juga adalah satu inisiatif yang amat baik dalam membantu 'menenangkan' anak-anak OKU ini.

Usaha Kerajaan dengan penglibatan NGO dan juga sektor swasta ini amat diperlukan dalam memastikan seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang mendapat suntikan vaksin COVID-19.

Terima kasih kepada semua petugas kesihatan, OKU Sentral sebagai pengendali, para sukarelawan OKU, Sime Darby Plantation dan Yayasan Sime Darby yang membantu menaja lokasi dan perkhidmatan logistik sepanjang program vaksinasi OKU ini dijalankan.

Saya amat berharap agar lebih banyak syarikat berkaitan kerajaan atau GLCs dan pertubuhan bukan kerajaan dapat berganding bahu serta memberikan sokongan kepada usaha kerajaan untuk menjayakan program vaksinasi ini.

Alhamdulillah sehingga 20 Jun 2021, sebanyak 280,904 daripada 579,150 individu OKU yang berdaftar di bawah sistem maklumat OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat telah pun mendaftar dengan MySejahtera untuk menerima vaksin COVID-19. Daripada jumlah itu, sebanyak 15,914 individu telah menerima dos pertama manakala kira-kira 4,000 individu telah menerima dos kedua.

Saya amat berbangga dengan kesedaran ahli keluarga dan penjaga kepada individu OKU tentang ancaman virus COVID-19 serta menghargai sokongan mereka terhadap program imunisasi COVID-19.

Pada program ini, saya turut mengumumkan sukarelawan OKU juga akan menikmati kenaikan kadar elaun harian kepada RM100 sehari, sebagaimana yang bakal diterima sukarelawan kesihatan bermula hujung bulan ini seperti yang saya umumkan di Pagoh, Selasa lalu.

Sumber:
Facebook Page Rasmi
PM Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin