01 Mac

Kerabu Kerang

 


Sedapnya kerabu kerang. Kalau makan kat kedai tak puas makan. Jom cuba buat sendiri.

Resepi kerabu kerang.

Cara membuatnya..

-sediakan kerang segar 1kg
-rebus kerang 1minit
-sejuk kan kerang dengn air sejuk
-lepas dh sejuk trus kopek.
sos
-air limau nipis
-sos tomyam (mae pra nhom)
-sos ikan

pastu kacau-kacau bagi rata.

sayur
-serai potong kecik-kecik
-bawang merah potong dadu
-cili potong dadu
-daun ketumbar potong dadu

lepas dah buat smua tu.
buh kerang ,daun limau nipis ,daun selasih dan last sekali campur sos yg buat td..kacau2 ..last sekali buh bawang goreng.. siap..bolh hidang😘😘

kredit: resepi viral terbaik

Kerabu Mentah Ikan Tamban



Ada yg panggil umai,ada yg kata lawa ikan..tp kmi cakap kerabu mentah ikan tamban...apa pun benda yg sma,,ni favourite ayah ngn abg kmi...pantang jumpak ikn ni mesti jd kerabu...

kami...? Ratah jer...😃

Nih rsepinya..sblum tu kami nk bgtau..
1- ikn mesti fresh
2-tarik ikan selarikan tulang( ni klau org yg pndai mkn ikan bnyk tulang mesti tau)
3-pisau kna tajam
4-klau isi ikan lembik susah nk potong, caranya,bersihkan ikn elok2(last cuci)simpan frozen kejap,,separuh beku agk keras mcm ais cream baru potong.
4- potong senipis2 yg mampu..chewah..😅 bkn apa tkut angpa tcekik ja.msa ni angpa xpyh risau tulang bceranggah sbb tulang tu pun da terpotong skali.kmi ptong 1.5mm sbb suka saiz tu, agak la xperlu ukur pembaris..
5 dah potong tu ktepikan nyah beku kjap jer..

Resepi
Ikan tamban( fresh)
Cili padi merah/ hijau
Bwg merah/ bwg bsar
Limau nipis
Gula
Garam
Belacan
Ajinamoto( optional)
Cuka( optional)

Cara
1- campur smua bhn
Gula,garam,aji,air limau,cuka,belacan,cili padi,picit2 sebatikan
2-msukkan ikan yg dah d potong td, msa ni perap dlm 15 minit,biar limau dan cuka bkerja..( air limau nnti akan masak isi ikan smpai jd putih)
3- msukkan bwg potong..gaul sebatikan.. ok slamat mencuba...🤗

Cdt zadariah zakaria

RESEPI KERABU TELUR DADAR

 



Bahan-bahan :

3 biji Telur
1/2 camca Teh Serbuk Lada Hitam
Secubit Garam
1 sdu teh tepung jagung
Satukan dan kacau sebati. Dadarkan guna non stick pan. Dadar nipis2. Gulung kemudian hiris nipis2

1 biji bawang besar - hiris nipis
1 kuntum bunga kantan - mayang halus
1 genggam daun kesom atau daun selom -mayang halus

1 biji tomato buang biji n potong kecil2
1 genggam ikan bilis goreng
Sedikit sos ikan
2-3 biji limau kasturi ambil jusnya
Sedikit gula

Bahan tumbuk
1 biji cili merah
10 biji cili padi
1 ulas bwang putih dibakar
1/2 inci belacan

Cara-cara :

Masukkan semua bhn dlm mangkuk kecuali ikan bilis
Gaul hingga rata.
Renjiskan sedikit sos ikan
Masukkan sedikit gula, jus limau kasturi dan akhir sekali ikan bilis goreng, gaul rata2 dan sesuaikan rasa.
Selamat mencuba.

Credit to Razainiza saad

Resepi: Kerabu daging

 



Bahan-Bahan:
300g daging, rebus smpai lembut
1 biji bawang besar, hiris nipis
1 batang serai, hiris nipis
1 biji tomato, hiris nipis
5-7 biji cili padi, hiris nipis
2 sudu besar sos ikan
1 biji limau nipis, ambil jus
3 helai daun limau purut, hiris halus
garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:
1. Hiris daging rebus nipis-nipis dengan cara melintang urat.
2. Gaulkan daging bersama kesemua bahan di atas.
3. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Lebihkan sedikit gula
kerana dapat mengimbangi rasa masam dan pedas.
-
Kredit: iResepi

KERABU AYAM

 



Ada yng nak minta kongsi resepi. Kak As pun main torai je. Hihi... Sebenarnya, sama je macam korang buat kerabu sotong tu. Kak As pun manipulasi je bahannya.

RESEPI KERABU AYAM

Hirisan daging ayam (ambil bahagian dada).
*rebus dgn air yg sedikit. Masukkan garam semasa merebus

Lobak
Timun jepun
Serai
Bunga kantan
Bawang besar holland
(semua bahan ni dihiris kecil-kecil)

Suun
Brokoli
*rebus guna air ayam tadi

Satukan semua bahan-bahan.
Letakkan garam qaseh himalaya (guna garam biasa pun boleh).
Perahkan limau.

Sapa nak pedas, hiriskan cili.

*Nota kaki.
Kuantiti setiap bahan terpulang ikut citarasa masing-masing.
Sayuran pun boleh dipelbagaikan.

Cdt asmuliaty supian

KERABU BUNGA KANTAN

 



BAHAN-BAHAN:
10 kuntum bunga kantan | dimayang halus
2 batang serai | dimayang halus
2 ulas bawang merah | ditumbuk
30gm halia | ditumbuk
10 biji lada hitam | ditumbuk
20gm udang kering | ditumbuk
½ biji kelapa parut
2 sudu makan gula
Garam secukup rasa
Air asam jawa secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Masukkan bunga kantan dan serai ke dalam sebuah bekas.
2. Selepas itu masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi.
3. Masukkan kelapa parut, air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Gaulkan kesemuanya hingga sebati.
4. Sedia dihidangkan.

Majalah rasa

Resepi kerabu nangka muda stail kenduri di Kedah

 




Sekilo isi nangka muda... Potong2 basuh bersih.. rebus masak..

Bhn tumbuk
3 Biji cili besar merah
15 Biji cili api( ikut pedas korang suka ye)
2 inci lengkuas
2 inci halia
5 batang serai ambik lembut saja
Seinci belacan bakar
Segenggam ikan bilis..basuh bersih dulu
( Tumbuk lumat ye)

Bgn lain
Sebiji bwg besar saiz besar( potong nipis2)
2 Biji limau nipis( tk masam buh lg..kalau tkt masam kurang kan)
Sikit gula
Sikit garam
Perasa
Pati ikan bilis ikut la
Sebiji kelapa parut blander sekejap dgn sedikit air.j gn Jadi santan ..skjp jer ye

Caranya
Leraikan nangka muda yg direbus supaya lebih halus..masukkan bhn tumbuk dgn semua bhn...
Perasa limau nipis..Rasa kan..tk cukup apa2 blh tambah
Selamat mencuba

Cdt rosma ros