Selasa, 1 Mac 2022

KERABU AYAM

 



Ada yng nak minta kongsi resepi. Kak As pun main torai je. Hihi... Sebenarnya, sama je macam korang buat kerabu sotong tu. Kak As pun manipulasi je bahannya.

RESEPI KERABU AYAM

Hirisan daging ayam (ambil bahagian dada).
*rebus dgn air yg sedikit. Masukkan garam semasa merebus

Lobak
Timun jepun
Serai
Bunga kantan
Bawang besar holland
(semua bahan ni dihiris kecil-kecil)

Suun
Brokoli
*rebus guna air ayam tadi

Satukan semua bahan-bahan.
Letakkan garam qaseh himalaya (guna garam biasa pun boleh).
Perahkan limau.

Sapa nak pedas, hiriskan cili.

*Nota kaki.
Kuantiti setiap bahan terpulang ikut citarasa masing-masing.
Sayuran pun boleh dipelbagaikan.

Cdt asmuliaty supian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan