Tayangan lewat malam.. Alhamdulillah kuey Teow Hong Kong style mkn mlm kami...teringat 10 thn lepas saya n suami suka sangat ke kedai Natam....saya tak pernah jemu mengorder kuey teow HK yg mmg kene dgn selera saya .. tokey kedai yang sangat baik dan pemurah orangnya.. saya pernah bertanya pada tokey kedai ni resepi KTHK ni...mashaallah dan dan tu jugak dia panggil tukang masak orang kelantan atau orang siam tak pasti (rambut kerinting)... siap suruh tukang masak tu bgtau resepi ni..semoga Allah memajukan bisnis kedai tersebut..sungguh bermurah hati!
Resepi 1 orang makan - (kalau dlm kluarga tu ada 6 orang agak2 la ye)
kuey tiaw untuk seorang makan
2 biji telor (kalau taruk 1 biji mcm kurang garing nanti )
Panaskan minyak dlm kuali mcm nak goreng ikan tu minyak nya
kacau 2 biji telor guna garfu dan taruk kuey tiaw dlm telor tersebut..biar bercampur
goreng campuran kuey tiaw dengan telor..goreng masak atau garing (saya suka garing) bila makan kruk krak kruk krak.. angkat dan toskan minyak.. ketepikan
Kuahnya
1-2 ulas bawang putih
1 @ 2 biji cili api diketuk
air secukupnya
1-2 sudu besar tepung jagung (bancuh dgn sedikit air ye) kene agak2 kepekatan kuah ye..tak cair sangat dan tak terlalu pekat)
1/2 kiub pati ayam
sayur kailan
lobak
jagung muda dibelah 4
cendawan butang di potong
kobis dipotong
isi ayam dipotong dadu
sotong dipotong bulat
udang dibuang bahagian mulutnya
lada sulah
garam
ajinomoto bagi siapa yang nak taruk sbgai penyedap rasa(saya tak taruk)
* Panaskan kuali..masukkan 1 sudu minyak masak.. masukkan bawang putih yang
diketuk sahaja...goreng sehingga naik bau..
* kemudian masukkan air (anggaran tuk sorang makan tp kalau nak buat satu famili
pandai2 la gandakan apa yang perlu ye)
* masukkan isi ayam, kemudian sotong dan udang..
* masukkan bancuhan tpg jagung tadi. kepekatan kuah ni sperti yg saya bgtau tak
pekat tak cair sangat..
* kemudian masukkan sayuran yang dipotong dan lada sulah..dan taruk garam dan
perasa..
* perhatikan keadaan kuahnya ye..kalau cair tambah sikit lagi bancuhan tpg jagung
dan air
masukkan dlm pinggan kuey tiaw..curah kuahnya atas mee tadi.. dan tabur lada merah dan limau serta daun sup dan sedap dimakan dgn cili potong
#resepikueyteowhongkongtahrunnisah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan