Rabu, 2 Mac 2022

Resepi Kepak ayam yogurt airfryer




Bahan2 :
8 keping kepak ayam dipotong dua menjadi drumette & wingette
2 inc halia diparut/kisar
2 ulas bawang putih diparut/kisar
2 1/2 sdm yogurt asli / mayonis
1 sdm sos lada hitam
1 sdm sos tiram
1 sdm kicap pekat
1 sdm madu
1 sdm minyak masak / butter
1/2 sdk herba kegemaran (akk guna thyme)
1/2 sdk serbuk cili
1/2 sdk garam

Cara2 memasak
1. Perap kepak ayam dengan bahan2 diatas selama 1 jam atau seeloknya semalaman
2. Panaskan airfryer pada suhu 160c & airfry kepak ayam selama 15minit. Balikkan ayam, naikkan suhu ke 180c dan airfry lagi selama 8-10min atau hingga nampak sedikit garing
3. Hidangkan bersama sos kegemaran

πŸ“ utk oven bakar pd suhu 180c selama 30min atau hingga masak. Boleh guna magic pan jgk, hepi meneraiiii πŸ˜‰

Credit : Keroroyz Royz

Tiada ulasan:

Catat Ulasan