Guys, memandangkan ramai yang bertanya aku tentang kad bank yang aku guna semasa travel ke luar negara. Kalau sorang or 2 orang bertanya ok la lagi tapi kalau dah sampai 20 orang duk bertanya benda yang sama jenuh aku menaip and explain la kan..?? So aku terpanggil untuk buat posting sekali lagi.
Selama aku terjebak dalam dunia travel, aku memang guna kad BigPay. BigPay ni adalah Debit Card tapi bila kita guna di overseas exchange rate yang digunakan adalah lebih rendah berbanding dengan kita menukar wang di money changer. Ia sangat berbaloi.
Contoh, tukaran wang tunai di money changer adalah RM430 untuk 100USD. Tetapi bila gunakan BigPay exchange rate nya adalah RM419 untuk 100USD. Nampak tak perbezaan nya..??
BigPay jugak seperti Credit Card sekiranya kita nak ke luar negara tak perlu notify mereka. Boleh terus guna seperti biasa. Jika menggunakan Debit Card like Maybank etc etc. kita kena maklumkan kepada pihak bank yang kita akan ke luar negara dengan cara mengaktifkan kad bank kita sebelum fly dan kad bank kita perlu diaktifkan sepanjang tempoh kita berada di luar negara, nampak agak leceh sikit.
Kekurangan bila menggunakan Debit Card untuk Bank dalam Negara kita, pengguna kad tersebut tidak dapat melakukan transaksi setiap jam 12 malam waktu Malaysia selama sekurang-kurangnya 1/2 jam atau ada ketika maintenance dilakukan sehingga beberapa jam la. Pernah sehingga 8 pagi waktu Malaysia..!! Selama itulah kad bank kita tidak boleh digunakan semasa di luar negara. Aku ada pengalaman kawan yang tersadai di tepi jalan dek kerana kad bank dia tidak berjaya mengeluarkan cash semasa di luar negara, dalam masa yang sama dia tidak mempunyai wang untuk check-in Hotel. So bayangkanlah kalau negara yang korang pergi tu masih siang dan Malaysia sudah malam. Mereput la korang menunggu segala sistem Malaysia di aktifkan semula.
Part yang paling seronok, bila kita pulang dari luar negara. BigPay akan membuat rumusan berapakah perbelanjaan kita sepanjang perjalanan tersebut dan di manakah ianya dibelanjakan contoh Apple Store, Tommy Hilfiger, Hotel, etc etc.
Perbezaan menggunakan Credit Card & Bigpay. Penggunaan BigPay boleh mengawal perbelanjaan kita agar tidak boros kerana kita berbelanja menggunakan berapa jumlah yang ada di dalam kad itu sahaja. Melainkan kalau korang top up amount tu terlebih banyak la, idokkk la den dapat nolong nya🤣🤣
BigPay diterima disemua kedai yang menerima Debit & Credit Card. Asalkan kedai tu ada mesin untuk swipe then should be can la🤣🤣 Aku beli barang 1 dollar pun swipe wehh😜
Ohh ya..!! BigPay ni bukan boleh guna kat overseas je kat Malaysia Tanah Tumpah darah ku pun boleh tak dak masalah😊
Macamana nak apply BigPay card ni? korang boleh follow step ni yer.
STEP 1 :
Sila Click link di bawah😊
Sign up at :
http://bigpay.link/referrals?referralcode=DT67XADWQC
STEP 2 :
Install Apps BIGPAY
STEP 3 :
Selepas sudah Install di handphone korang
Sila Klik pada butang "Sign Up" untuk mula mendaftar.
STEP 4 :
Pilih lokasi, "Malaysia" atau "Other" jika korang kini menetap di Luar Negara.
STEP 5 :
Seterusnya sila masukkan nombor telefon korang.
STEP 6 :
Kemudian tekan butang "Send code".
Kod verification akan dihantar ke nombor telefon yang korang masukkkan itu.
STEP 7 :
Seterusnya, masukkan Password yang akan korang guna sampai mati😜
Jika smartphone korang mempunyai fungsi fingerprint, korang boleh set fingerprint.
STEP 8 :
Klik butang "Agree" pada bahagian Terms & Condition.
(Korang dinasihatkan untuk membaca seimbas terma & syarat itu)
STEP 9 :
Teruskan untuk melengkapkan butir-butir peribadi diri korang (Tell us about yourself)
Butir-butir yang diperlukan adalah seperti:
Nama seperti dalam IC/MyKad
Alamat email
Tarikh Lahir
Jantina
Warganegara
Nombor IC/MyKad (masukkan nombor sahaja)
Pekerjaan (Pilih daripada senarai yang disediakan)
Industri pekerjaan
Seterusnya, lengkapkan bahagian alamat (Whats’s your home address?).
STEP 10 :
Selepas alamat adalah bahagian "Referral code".
Jika korang masukkan Referral code, korang dan empunya kod akan sama-sama menerima RM10.
Aku tersangat terharu kalau korang menggunakan referral kod aku ini: DT67XADWQC
STEP 11 :
Masukkan referral code jika ada.
STEP 12 :
Seterusnya korang akan diminta untuk mengambil gambar IC/MyKad, gambar selfie dan juga video korang bercakap.
(Tips untuk gambar IC, gunakan kertas putih sebagai latar gambar IC korang)
(Tips untuk selfie, selfie je time tu juga make sure time apply pakai la tudung kalau untuk kaum hawa ni, tutup aurat kan wajib😊)
(Tips untuk video bercakap? aku dah tak ingat aku cakap apa🤣🤣 janji korang cakap la, tak payah lama-lama sekejap sudah la buat video tu. Itu hanya sebagai proof pihak dorang je)
STEP 13 :
Langkah seterusnya: Top up RM20 dalam BigPay korang.
Usah khuatir dan bimbang kerana, RM20 tu tetap akan menjadi milik korang dan boleh digunakan kelak.
(Tujuan Top Up adalah untuk proses verifikasi sahaja, BigPay nak tahu korang betul-betul nak guna atau tidak itu je. Kemudian barulah mereka akan hantar VisaCard kepada korang.
STEP 14 :
Tibalah masa mereput menunggu kad sampai dan aktifkan kad tersebut. Kad korang akan sampai ke alamat yang diberikan dalam masa 5-7 hari berkerja.
Kalau dah lebih 14 hari dan kad tak sampai-sampai, hubungi BigPay melalui chat dalam aplikasi mereka sahaja. Kalau nak selamat letak je alamat office, senang dorang nak trace. Aku tuari letak alamat office je, tak sampai berapa hari dah muncul depan pintu office.
STEP 15 :
Bila korang dah terima kad BigPay, buka apps di handphone korang dan klik pada "I have receive my card"
Masukkan 3 digit CVC yang tertera pada belakang kad yang baru korang terima tadi dan terus set nombor pin kad dan kad korang berjaya diaktifkan.
STEP 16 :
Dah ada kad BigPay so kena la topup kalau nak guna yer😊
Cara- cara nak Top Up akaun BigPay
Untuk top up @ tambah baki akaun BigPay, korang boleh buat di apps sahaja. Buka apps korang atas sekali sebelah kiri then klik butang tambah (+)
STEP 17 :
Masukkan jumlah yang ingin di topup tapi AWAS..!! BigPay hanya benarkan Max RM 5,000 sahaja untuk tempoh 1 bulan. So kalau korang nak pakai duit berpuloh ribu, better ready topup awal la yer. Bulan seterusnya topup lagi.
Tapi nasihat aku guna sampai habis tak payah la simpan beribu-ribu dalam BigPay.
STEP 18 :
Selesai masukkan jumlah, sila la memilih transaksi apa yang ingin korang guna untuk topup BigPay korang.
Online Banking (Local Bank)
Kad kredit / Kad Debit
STEP 19 :
Seperti biasa la, masukkan no OTP bagai then berjaya!! so boleh la pergi shopping bawa kad BigPay itu🤣🤣
Sebelum terlupa, korang boleh gunakan kad ini di seluruh dunia KECUALI Korea Utara & Israel. Asalkan tempat yang korang gunakan itu menerima VisaCard.
Bagi yang bertanya kad BigPay boleh keluarkan duit dari Mesin ATM or tak? Jawapan ya boleh!! ia sama je macam kad bank yang selama ini korang guna. Korang boleh gunakan kad ini untuk keluarkan wang dari mana-mana mesin ATM! dengan syarat, mesin ATM tersebut menerima VisaCard.
Nota: Caj RM6 rasanya akan dikenakan untuk pengeluaran cash dari ATM di Malaysia dan RM10 untuk luar negara.
Sekian Terima Kasih....
Khidmat pesanan masyarakat ini dibawakan oleh Syafiqah Aslah Sohaimi yang sentiasa membantu memudahkan urusan kawan-kawan untuk Travel😊
"Kembaralah dengan jiwa dan kau akan dapati di mana letak-nya maha pencipta"
#TravelogAslah
#BigPay
Credit to : Syafiqah Aslah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan