Bahan-Bahan:
1½ cawan tepung gandum
1½ tepung beras
½ cawan tepung ubi
1½ cawan gula pasir
8 cawan santan sederhana pekat ( 1½ biji kelapa parut )
1 sudu kecil garam
Pewarna merah, kuning, ungu dan hijau
Cara Menyediakan:
1. Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.
3. Masukkan pewarna ke dalam setiap bahagian.
4. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan dan kukus loyang sebentar. Jika tidak mahu kuih melekat pada loyang, alaskan loyang dengan plastik.
5. Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
6. Lapiskan pula 1 senduk adunan kuning dan kukus lagi selama 5 minit.
7. Lapiskan warna ungu dan kukus selama 5 minit dan diikuti warna hijau.
8. Lapiskan adunan berselang-seli hingga habis. ( Bagi adunan terakhir, balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 20 minit. )
9. Setelah masak, angkat dan sejukkan selama 2 jam. Pastikan kuih betul-betul sejuk barulah dipotong dengan menggunakan pisau plastik / pisau potong kek.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan