Rabu, 9 Mac 2022

RESEPI KUIH KERIA


Bahan-bahan:
Ubi keledek
Tepung gandum
Baking powder
Minyak masak
Bahan sira:
Gula kasar
Air

cara-caranya:-

Ubi keledek - bersihkan dan rebus sehingga empuk. Sejukkan. Buangkan kulit, potong kecik2. Lenyekkan sehingga hancur.

Masukkan tepung gandum & baking powder. Gaul rata. Tambah tepung gandum sehingga adunan tak melekat.

Ambik sikit bulatkan agak2 besar bola ping pong. Buat lubang ditengah guna jari telunjuk.

Terpulanglah nak besar mana. Kalau melekat guna tepung sikit.
Dah siap dibentuk. Sediakan kuali. Panaskan minyak.

Masukkan adunan tadi. Goreng sehingga warna keemasan.
Toskan & biarkan sejuk.

Sediakan kuali. Masukkan beberapa sudu gula dan sedikit air. Kacau sehingga gula tadi berbuih & pekat. Masukkan kuih yang telah digoreng tadi.

Kacau rata sehingga gula kering. Tutup api dapur. Biarkan sejuk.
Siap untuk dimakan.

Selamat mencuba

Tiada ulasan:

Catat Ulasan