Oleh: Che' Nom
Bahan-Bahan:
2 inci lengkuas, dititik
2 batang serai, dititik
500 gram udang
1 kotak santan segera
ATAU santan dari 1/2 biji kelapa
1 batang karot, potong panjang
7-8 batang kacang panjang, potong
1/2 biji sengkuang
1 bungkus tempe, potong kiub
3 ketul tauhu, potong kiub
1 genggam suun
3-4 keping fucuk, rendam lembut dan potong 1 inci panjang
sedikit kubis cincang (anggaran 1/4 bahagian)
Bahan untuk kisar halus:
1 biji bawang besar
2 inci kunyit hidup
ATAU 2 sudu kecil kunyit serbuk
1 inci halia
3 ulas bawang putih
3 sudu besar udang kering, rendam bersama air seketika
Bahan untuk dihidang bersama:
nasi impit, rebus
telur, rebus
tempe, hiris nipis dan goreng garing (optional)
ikan bilis kecil, goreng (optional)
Cara-cara
Bersihkan udang, buang kepala dan kulit (jika suka).
Panaskan 3 sudu besar minyak dan tumis bahan kisar halus sehingga kekuningan dan naik bau dan kemudian masukkan lenkuas dan serai yang dititik.
Masukkan udang dan kacau seketika. Kemudian tuang santan cair dan masak hingga mendidih.
Masukkan sayur karot, kacang panjang, sengkuang sehingga lembut.
Masukkan pula tempe, tauhu, suun, fucuk dan kubis sehingga lembut.
Setelah lembut masukkan pula santan pekat dan masak di atas api yang perlahan. Teruskan mengacau perlahan-lahan supaya santan tidak berketul. Tambahkan air yang secukupnya jika kuah terlalu pekat.
Hidangkan bersama nasi impit, telur rebus, tempe goreng dan ikan bilis goreng.
Sudukan sambal ikan bilis atau sambal sotong rendam untuk melengkapkan hidangan.
Tips:
Dicadangkan supaya anda gunakan kunyit hidup sebagai bahan utama kerana rasa dan aroma kunyit hidup menambahkan lagi kesedapan kuah lodeh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan