Khamis, 3 Mac 2022

RESEPI IKAN MERAH MASAK CUKA


Memang ramai Yang suka masakan nih,tapi teragak2 Nak masak😊sebabnya risau terlebih masam,terkurang masam,terlebih masin..nampk simple masakan nih Kan..🥰,tapi tak kena pada Cara memasaknya,kemungkinan Kurang selera mahu memakannya😊❤️.

BAHAN-BAHAN

1 kilo potongan ikan merah

3-4 sudu besar cuka masakan

10batang cili padi merah(jangan dikatok)

½ biji timun Di potong

1 Biji tomato(dibelah 6)

1 sudu besar biji sawi

1 Biji bawang besar dipotong bulat

3 ulas bawang putih Di hiris

2 cm halia(dihiris)

1 batang serai(dikatok)

½ sudu kecil garam

400-500ml air

1 sudu serbuk perasa Knorr atau maggi

¼ sudu kecil serbuk kunyit

CARA MEMASAK

1)ikan dicuci bersih Dan direndam sebentar bersama air garam,bilaskan Dan lumurkan bersama garam Dan kunyit untuk mengoreng ikan

2)panaskan minyak didalam kuali,masukkan biji sawi(biarkan biji sawi meletup letup)sebentar

3)masukkan halia,bawang putih Dan serai,masak sehingga sedikit keperangan Dan Dan Naik bau..

4)masukkan bawang merah Dan cili padi merah

5)masukkan cuka Dan air,serbuk kunyit,garam Dan serbuk perasa(Rasakan seperti Yang dimahukan)

6)madukkan ikan,timun Dan tomato...biarkan ianya masak seketika..Dan padam Kan API

7)siap dihidang Dan dimakan bersama nasi 🤗❤️

Kredit: nurul Ateekah mahn

Tiada ulasan:

Catat Ulasan