Sotong hitam ialah resepi Yang mudah Dan cepat memasak setiap Hari.senang Dan mudah untuk menyediakanya๐Apa Yang pasti,ianya Salah satu kegemaran masakan sotong Yang saya suka.
Bahan-bahan
Sotong 500g
Dakwat sotong
Cili kisar 5 sudu besar
Perahan Asam jawa 1 sudu besar
Serai 1 batang ( dikatok )
Halia 1 cm ( dihiris )
Lengkuas 1 cm ( dihiris )
Daun limau purut 2 keping
Serbuk belacan 1 sudu kecil
Cili padi hijau 10 batang
Bawang putih 3@4 ulas ( dikatok )
Bawang besar 1 biji(dipotong bulat)
Garam
Serbuk perasa
Serbuk kunyit
Cara Masak
1. Masak air sehingga mendidih dan masukkan sotong (2-3minit)kemudian toskan .
2. Panaskan minyak secukupnya , tumis bawang putih dan serai sehingga naik bau
3. Masukkan cili kisar ,masak sehingga pecah minyak,kemudian masukkan cili padi hijau ,daun limau purut , halia , lengkuas dan serbuk belacan Dan diikuti dengan perahan air asam jawa
4. Masukkan sotong ,dakwat sotong Dan bawang ,Gaul rata Dan masak seketika.perasakan dengan garam Dan secukup rasa.
6. Angkat dan siap untuk dihidang
Lantai dapur korang licin? Bahaya sgt tu kalau anak² menonong ke dapur. Kalau tak nak licin, cuba pakai ni ๐ https://shp.ee/c5t7gef
Credit FB : Nurul Ateekah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan