16 Mac

KETAM MASAK CILI

BAHAN-BAHAN :

5 ekor ketam

Bahan kisar
12 ulas bawang merah
2 ulas bawang merah

4 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 biji telur
1/2 sudu kecil tepung jagung
3/4 cawan air
Sedikit belacan
Garam
Gula

CARA MASAK :

Tumiskan bahan kisar, cili dan belacan. Korang tak suka belacan tak payah letak. Tumis hingga pecah minyak.

Masukkan sos cili & sos tomato . Tumis seketika.

Korang masukkan pulak ketam. Potong la ikut suke ketam tuh. Masukkan sedikit air. Biar ketam tu sampai masak. Perasakan dengan garam & gula.

Barulah korang pecahkan telur pukul sikit dengan. Tuang dalam kuali. Kacau lah ketam tuh. Bila nampak bintil-bintil telur. Masukkan air yg dibancuh dengan tepung jagung. Gaulkan ketam hingga kuahnya menyaluti cik ketam.

Tujuan tepung jagung nak bagi kuahnye pekat sikit.

Mencari kuali yang berkualiti dan tahan haba ??..Granite Aluminium pulak tu..πŸ‘‰πŸ»πŸ‘‰πŸ»https://shp.ee/hjtg4z7

15 Mac

RESEPI SET NASI MINYAK

Nasi minyak ramai orang suka makan tiap Kali kenduri,mesti rindukan NK makan nasi minyak..,malah,sekarang musim PKP,kenduri pula perlu ditangguhkan,Yang teringin Nak makan nasi
minyak..boleh la Cuba masak dirumah,saya sertakan RESEPI NASI MINYAK & DAGING MASAK HITAM & ACAR TUMIS

πŸ‘©πŸ»‍πŸ³πŸ‘©πŸ»‍🍳Beras basmati 5 pot
Susu Cair =1 cawan
Bawang merah 5 biji dihiris halus
Bawang putih 3 biji dihiris halus
Halia 2cm dihiris/atau ditumbuk
Serai 1 batang (dikatok)
Bunga lawang 1 biji
Buah pelaga 3 biji
Kayu Manis 1 batang kecil
Bunga cengkih 3 biji
Minyak sapi 2@3 sudu besar
Sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit(hujung sudu)
Garam Dan serbuk perasa(agak2)

✨✨rendamkan beras basmati selama 30-45 minit Dan toskan
P/S sukatan air = 1 pot beras basmati= 1 ¼ pot air

πŸ‘©πŸΌ‍πŸ³πŸ‘©πŸ»‍🍳🐐RESEPI DAGING MASAK HITAMπŸ„
Bahan bahan
1 kg daging(direbus sehingga empuk)
Kacang peas Dalam tin 4@5 sudu besar(jika suka)
Kismis 1 kotak kismiss @ 4 sudu besar
½botol kecil kicap Manis(cap kipas udang saya Guna)
1 batang serai dikatok
Daun kari 2 batang
1 sudu besar air asam jawa
2 biji bawang besar dihiris halus
2 sudu besar Serbuk Kari daging
1 sudu besar serbuk sup
1 batang kayu Manis,1 biji buah pelaga,1biji Bunga lawang,2 biji Bunga cengkih
Gula pasir@gula Melaka 3 sudu besar
Garam Dan serbuk perasa
Minyak masak untuk menumis
Air rebusan daging 4 senduk

Bahan Kisar:
5 batang batang serai
10 tangkai cili kering - boleh tambah jika suka pedas
Halia sebesar ibu jari
20 biji bawang merah atau @ biji bawang besar
4 biji buah keras
10 biji bawang putih

Caranya
1)panaskan minyak,Dan masukkan daun kari, serai,bawang Yang dihiris,Bunga lawang,buah pelaga,Bunga cengkih,kayu manis, masak sehingga Naik bau atau sedikit kekuningan
2.masukkan bahan Yang dikisar Dan masak sehingga pecah minyak Dan masak
3.apabila Sudah pecah minyak,masukkan serbuk Kari,Dan serbuk sup.(masak seketika)
4.masukkan air asam jawa 1 sudu besar
5.masukkan kicap Manis Dan air rebusan daging(4 senduk) Dan masukkan sekali daging Yang telah direbus
6.masukkan kismis ,kacang peas Dan masakkn agak sedikit kering ..(Kalo suka.berkuah Pon tak pe)
7.perasakan dengan gula melaka,gula putih,garam,Dan serbuk perasa(Rasakan secukup rasa Yang dimahukan)
8.siap dihidang...

πŸ‘©πŸ»‍πŸ³πŸ‘©πŸ»‍🍳RESEPI ACAR TIMUN BERTUMIS
Timun 1 biji(dipotong)
Lobak merah 1 biji(dipotong)
Bawang kecil 15 biji
Bawang putih 15 biji
Halia 2 cm dihiris halus2
Biji sawi 1 sudu besar
Cili kisar 3 sudu besar
Rempah Kari ikan 1 sudu besar
Gula melaka 1 sudu besar
Gula putih 1 sudu besar
Kismis 2 sudu besar
2 sudu besar cuka
Garam(agak
Serbuk perasa
Daun kari 1 batang
Minyak masak 3 sudu besar

Caranya
1.panaskan minyak masak,Dan masukkan biji sawi dam daun kari
2.Tumis cili kisar sehingga pecah minyak,
3.Masukkan serbuk Kari Dan masak seketika
4.masukkan ,halia,bawang kecil Dan bawang putih,masak sehingga lembut(API perlahan)
5.apabila Sudah lembut,masukkan cuka,garam,gula melaka,gula putih,serbuk perasa,Dan kismis...
6.masukkan lobak merah Dan timun..masak lembut sehingga masak ..
P/s=sesuai dimakan dengan daging/kambing masak hitam ,ayam masak tomato,ayam masak merah,Kari ayam,Kari daging,masak kurma ayam,daging,kambing,atau telur,..atau ikut Yang disukai😍😍

Mencari tempat simpan beras yang terhindar dari kutu dan kotoran sehingga 12KG?..πŸ‘‰πŸ»πŸ‘‰πŸ» https://shp.ee/t3yptw7

Resepi: Nurul Ateekah

KUAH SATAY ATAU KUAH KACANG

Untuk juadah Hujung Minggu

》600 gm kacang tanah ~ digoreng, dibuang kulit dan separuh blender halus dan separuh lagi tumbuk kasar dengan batu lesung.

Bahan Kisar

》4 biji buah keras
》1 sudu kecil serbuk jintan putih ~ di sangai dan kisar halus
》1 sudu besar biji ketumbar ~ di sangai dan kisar halus
》20 gm udang kering ~ rendam sebentar dan cuci bersih
》5 biji bawang merah ros ~ belah 4 dan di goreng dengan sedikit minyak
》3 ulas bawang putih ~ di belah 2 dan di goreng dengan sedikit minyak
》20 tangkai cili kering ~ di goreng dengan sedikit minyak
》3 batang serai ~ ambil bahagian putih sahaja
》3 cm lengkuas
》1/2 inc belacan bakar

Sangai jintan dan biji ketumbar dahulu, angkat dan ketepikan

Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan goreng bawang merah dan bawang putih

Setelah layur angkat dan ketepikan
Kemudian goreng pula lada kering, jangan sampai hangus ya nanti kuahnya pahit.
Satukan semua bahan dan kisar halus.

Bahan Lain

》1 cawan gula Melaka atau gula kabung
》1/2 cawan minyak untuk menumis
》1/2 cawan santan
》1 batang serai ~ di titik
》40 gm asam jawa ~ di campur air dan ambil jusnya
》Garam dan gula secukup rasa
》Air secukupnya ~ air anggaran 5 cawan bila di campur dengan air lebihan perapan daging
》Air lebihan perapan daging

Panaskan sedikit minyak dan tumiskan serai yang telah di titik

Kemudian masukkan bahan kisar dan masak hingga harum dan terbit minyak
Masukkan air perapan daging, renihkan hingga terbit minyak

Kemudian masukkan kacang tanah yang di tumbuk halus sedikit-sedikit sambil di kacau hingga kacang sebati dan betul-betul masak.
Jika kuah agak pekat, tambahkan air. Kuah satay ni kalau dia sejuk nanti dia akan pekat, jadi pandai-pandai agak sukatan air.

Renihkan hingga mendidih
Kemudian masukkan gula Melaka, air asam , garam dan gula secukup rasa.

Kuah satay ni dia kena manis-manis pedas baru sedap!
Akhir sekali masukkan santan

Masak hingga kuah sedikit pekat
Dah siap boleh lah di hidangkan bersama satay kita tadi.

Tapi biasa buat kuah dahulu tau sebelum bakar satay. Kuah dah siap baru kita bakar satay, baru sedap makan satay panas dengan kuah lemak manis!

Periuk Batu Granit Original πŸ‘‰πŸ»πŸ‘‰πŸ» https://shp.ee/x942x6p

RESIPI NASI LEMAK SAMBAL IKAN BILIS

Bahan-bahan nasi
3 cawan beras
3 cawan air
½ cawan santan pekat
2 helai daun pandan (disiat dan disimpul) atau 1 batang serai (diketuk)
⅓ sudu kecil garam

Bahan-bahan sambal ikan bilis
1 cawan ikan bilis
20 biji cili kering
½ cawan minyak masak
5 biji bawang merah kecil
2 biji bawang besar
1 cm halia
Sedikit belacan
Air asam jawa
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa

Bahan-bahan lain
Kacang tanah yang telah digoreng

Ikan bilis goreng
Telur rebus
Timun

Persediaan Bahan-bahan
Basuh ikan bilis dan tuskan.
Potong cili kering, buang biji dan rebus atau rendamkan dalam air panas hingga kembang. Kemudian kisar bersama halia.
Kisar bawang merah bersama bawang besar.
Kupas telur rebus dan belah dua. Potong serong timun.

Cara Membuat Nasi Lemak
Berikut adalah langkah-langkah menyediakan nasi lemak yang peroi, lemak & wangi dan sambal tumis ikan bilis yang sangat sedap.

Memasak nasi
Bersihkan beras dan tuskan.
Masukkan beras ke dalam rice cooker dan masak sehingga air kering.
Kemudian masukkan air, garam dan daun pandan. Kacau sebati. Teruskan memasak seperti biasa.
Bila air hampir kering, masukkan santan dan kacau sekata.
Tutup balik periuk dan tunggu sehingga nasi masak.

Membuat sambal ikan bilis
Panaskan minyak dalam kuali atau periuk.
Tumiskan bawang kisar sehingga naik bau.
Masukkan cili kisar dan belacan, dan tumis menggunakan api kecil sehingga pecah minyak.
Masukkan gula dan teruskan menumis sehingga sambal berwarna merah gelap dan berkilat.
Kemudian masukkan ikan bilis, air, air asam jawa dan garam. Kacau rata.
Biarkan mereneh selama 10 minit atau sehingga sambal pekat, kemudian angkat.

Cadangan Hidangan
Hidangkan nasi lemak panas-panas bersama sambal ikan bilis, telur rebus, kacang tanah goreng dan hirisan timun. Boleh juga ditambah lauk lain seperti ayam goreng, rendang, sambal sotong atau telur goreng.

Dapatkan Shine Vitamin C untuk kanak-kanak tambahkan stamina dan imun badan πŸ‘‰πŸ»πŸ‘‰πŸ»

Sumber: anekaresepi

14 Mac

RESIPI AYAM MASAK MERAH MACAM KAT KENDURI KAHWIN


Ayam seekor, gaul garam kunyit n goreng dulu jgn garing sgt

Bahan blend

Cili kering 2 genggam, akk cmpur dgn cili kering tk pedas (rebus dulu )

Bwg besar 1 stgh bij

Bwg putih 6-7 ulas

Halia stgh ibu jari

Belacan stgh ibu jari

Buah tomato size besar 2 biji

Bahan tumis

Tiga sekawan

Bwg besar sebiji hiris2

Serai 1-2 btg titik kan

Daun pandan 4-5 helai kerat atau simpul

(wajib ada)

Cara memasak

Cedok minyak dr goreng ayam td dlm 3 senduk

Tumiskan dulu bahan tumis hingga semua layu , kemudian tuangkan bahan blend

Tumis hingga bahan2 menggaring dan pecah minyak..

Agak2 nmpak kurang miyak, tambahkan lagi sikit2..

Lepas dh garing, tambahkan gula, garam dan perasa

Kemudian tuangkan sesenduk susu cair

Biarkan pecah minyak lagi sekali, tambah air kalau terlalu pekat

Dh cukup rasa dn sebati, last masukkan ayam goreng gaul sekata

Taburkan hirisan bwg besar

Kecilkan api, tutup sekejap kuali biarkan ayam mereneh dgn sambal..

Siap tuk dihidangkan..

Silakan mencuba..😊

kredit: Nor Haidah Md

PIZZA MINI

BAHAN-BAHAN
-πŸ• 250ml cawan air suam
-πŸ• 1 peket yis mauripan
-πŸ• 1sk gula
-πŸ• 1sk susu pekat
-πŸ• 4 cawan tepung gandum
-πŸ• 1 biji telur
-πŸ• 1/4 sk garam
-πŸ• 1 cawan majerin

CARA-CARA
1. Campurkan gula, susu pekat ke dalam air suam dan masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi.
2. Dalam mangkuk Yang lain masukkan 4 cawan tepung gandum, majerin, garam, telur ke dalam mangkuk dan gaul sehingga menjadi serbuk roti.
3. Kemudian baru masukkan yis yang dah naik tuang sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekat ditangan.
4. Bila doh dah tak melekat ditangan boleh tutup biar dalam 20 atau 30 minit untuk bagi doh naik 2x ganda.
5. Letak topping dan bakar pada suhu 190°C selama 20 minit.

TOPPING
* Tomato puri
* Vages campur
* Sosej
* cheese cheddar atau mozarella
* sos cili
* mayonis

Kredit: Natasha Jeffre

AYAM GORENG SERINGGIT


Bahan-bahan perap:

Ayam seekor potong 24

5 ulas bawang putih

1 biji bawang besar

1 inci halia

1 sudu kecil lada hitam

1 sudu kecil lada putih

1 sudu besar serbuk kari

Garam

Serbuk perasa adabi

Bahan-bahan tepung salut ayam:

1 cawan tepung bestari pedas

2 cawan tepung gandum jenama ros

1 sudu tepung ubi/tepung beras

Cara-cara:

1. Kisar bawang putih, bawang besar dan halia.

2. Perap ayam dengan bahan-bahan perap.

3. Sediakan bekas untuk gaul ayam. Masukkan sedikit tepung. Kemudian masukkan ayam 5-6 ketul. Sendukkan tepung salut ke atas ayam. Gaul ayam sehingga sebati.

4. Goreng ayam dengan minyak sederhana panas. Goreng ayam dengan minyak yang banyak sehingga ayam tenggelam.

5. Tutup periuk semasa ayam digoreng. Agak-agak dah hampir masak, buka penutup supaya ayam rangup diluar, lembut di dalam.

Kredit : Murni Rahmat