25 Mac

KERABU JANTUNG PISANG


BAHAN-BAHAN :
1 biji jantung pisang
1/2 cawan ikan bilis kecil - boleh ditambah
1 biji bawang besar
kerisik secukupnya
Garam secukup rasa
jus limau nipis secukupnya

BAHAN DITUMBUK LUMAT :
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 biji cili merah - boleh ditambah
1 inci belacan dibakar

CARA PENYEDIAANNYA:
1. Kopek jantung piasng sampai ke bahagian yang lembut . MAsak air dalam dalam periuk samapi mengelegak dan potong jantung pisang , masukkan jantung pisang ke dalam air rebusan serta masak sampai jantung pisang empuk lembut . Tos dan ketepikan dulu .
2. Tumbuk lumat semua bahan . Kalau nak lagi pedas boleh ditambah cili api .
3. Masukkan bahan ditumbuk ke dalam mangkuk yang sesuai bersama jantung pisang , kerisik secukup rasa , ikan bilis secukupnya dan jus limau nipis secukupnya .
Masukkan garam dan gula secukup rasa , dah siap kerabu ni dan boleh dihidangkan .

23 Mac

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH


Bahan2 :
Bawang putih
Serai
Halia
Lengkuas
(Blender semua)
Serbuk cili
Serbuk kari daging
Jintan manis(biji bkn serbuk)
Garam
Gula sikit
Tepung jagung
Daun kari

Cara-cara :
Gaul semua bhn dgn ayam dan perap.
Nk dapatkan ayam yg cantik dan serdak² xhangus tu kena pandai main api lah, masa minyak dah panas kecilkan api masukkan ayam, biar lbih kurang 10minit api kecil, baru besarkan api, daun kari tu tabur dlm kuali masa nk angkat ayam tu, jgn ltk awal nnti daun kari hangus x cantik...bila dh angkat ayam tu nk tambah lg ayam dlm kuali kecilkan api lg dan begitulah seterusnya....

Kuah:

Rempah empat sekawan(kayu manis+bunga lawang+bunga cengkih+buah pelaga)

Bawangmerah+bwgputih+lengkuas+halia(blender)

Serbuk kari daging+serbuk rempah kerutuk
Cili kering yg direbus blender
Serbuk cili sedikit
Kerisik
Santan
Ayam potong kecik²

Tumis 4 sekawan dlm minyak yg dh panas
Pastu masukkan bhn blender+cili kering+serbuk cili+serbuk kari daging+rempah kerutuk, tumis sampai pecah minyak, masukkan air ckit, biar jd mcm pes tu kacau², pastu masukkan ayam, santan, kerisik, kuah jgn cair sgt..perasakan dgn garam dan gula, biarkan menggelegak dan bhn td sebati masak...tutup api. Siap.

Credit : as rashid

22 Mac

KEPAK AYAM MANIS & PEDAS


Bahan-Bahannya:

Kepak Ayam dibersihkan

kicap manis

sos tiram

madu

sos cili pedas

serbuk sweet paprika@serbuk cili

serbuk black pepper

bawang putih n halia (termasuk kunyit tu yang kuning..ehehehe..tumbuk lumat yer)

halia tu dalam 2ruas..bwg putih dalam 10 ulas utk 10ketul chicken wings

perencah cukup rasa..klo xnak boleh letak garam n gula secukup rasa.

Cara-Cara Memasak:

campurkan semua bahan secukup rasa.

perap selama sejam atau lebih

panaskan minyak dalam kuali (sikit ajer)

tuangkan semua masuk.guna api perlahan saja.

so biarkan masak.alih2kan untuk elakkan hangit.Sedia untuk dihidang!

Selamat Mencuba!

Kredit: Amira Hasan

21 Mac

RESEPI AYAM GORENG KARI

Biasa kan kalau ayam goreng kita goreng kunyit je kan. Kalau rajin sikit jadi ayam goreng berempah. Tapi kalini bella nak share resepi campak campak ayam goreng kari. Jom kita mulakan.

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam
Bahan A
•••••••••
3 ulas bawang putih
1 inci halia
5 tangkai cili kering
5 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan lada sulah
Garam secukup rasa

Bahan B
•••••••••
1 biji telur
1 tangkai daun kari
6 sudu makan tepung jagung
6 sudu makan tepung gandum

Cara-cara
1. Kisar kesemua bahan A
2. Gaul ayam bersama bahan A dan B
3. Perap selama sejam
4. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak
5. Sedia dihidangkan

Ayam goreng kari ni kalau makan dengan kari kosong je pun memang layan habislah.
Selamat mencuba πŸ“·

Credit : Bella Shabuddin

RESEPI MEE SOTO AYAM


Bahan-bahan:

500gm mee kuning (mee hoon/sohun pun boleh) – dicelur

100 gm/50 sen taugeh – dibersihkan dan dicelur

1 ekor ayam dibelah dua atau empat

3-4 liter air

3 sudu makan ketumbar*

3 sudu makan jintan kasar*

2 sudu makan jintan halus* (*disangai & dikisar halus)

1 sudu teh serbuk lada putih

1 batang kayu manis

4 biji buah pelaga

4 biji bunga cengkih

garam&secukup rasa

minyak untuk menumis

1 biji bawang besar hiris

1 kuib ayam dan 1 sup bunjut adabi

Bahan Kisar

3 biji bawang besar

8 ulas bawang putih

5 cm halia

Bahan Sampingan

secukupnya daun sup & daun bawang

bawang goreng

begedil

sambal kicap cili padi

isi ayam (disiat-siat)

Sambal Kicap Cili Padi –

25 biji cili padi merah/cili api

4 ulas bawang putih

125 ml (dalam 1/2 cawan) kicap lemak manis

jus dari perahan 2 biji limau kasturi

Cara Membuat:

Kuah Soto πŸ‘‡

1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang besar tadi hingga kuning sedikit.

2. Masukkan rempah tumis (kayu manis, cengkih & pelaga) yang telah dititik.

3. Kemudian, masukkan rempah yang telah dikisar. Kacau hingga garing dan naik baunya.

4. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus, jintan kasar dan lada putih. Kacau hingga rata.

5. Masukkan ayam, air, kiub ayam, rempah sop punjot dan garam. Kacau sekali-sekala dan biarkan hingga mendidih.

6. Kemudian, keluarkan ayam yang telah empuk dari periuk.

Sambal KicapπŸ‘‡

1. Goreng cili padi dan bawang putih bersama sedikit minyak.

2. Toskan dan kisar/tumbuk dan perahkan jus limau)

Cara Menghidangkan Mee Soto:

1. Ambil mee/bee hoon lalu bubuhkan dalam mangkuk. Bubuhkan juga taugeh celur.

2. Tuangkan kuah soto dan taruklah isi ayam yg telah disiat ke atas mee tadi.

3. Taburkan daun sup/bawang dan bawang goreng. Bubuh sebiji begedil dan sedikit sambal cili padi.

Sumber resepi:FB

Airtangan dan gambar: Eniza M. Salim

20 Mac

PERKARA WAJIB BUAT SEBELUM TRAVEL KELUAR NEGARA


Guys, memandangkan ramai yang bertanya aku tentang kad bank yang aku guna semasa travel ke luar negara. Kalau sorang or 2 orang bertanya ok la lagi tapi kalau dah sampai 20 orang duk bertanya benda yang sama jenuh aku menaip and explain la kan..?? So aku terpanggil untuk buat posting sekali lagi.

Selama aku terjebak dalam dunia travel, aku memang guna kad BigPay. BigPay ni adalah Debit Card tapi bila kita guna di overseas exchange rate yang digunakan adalah lebih rendah berbanding dengan kita menukar wang di money changer. Ia sangat berbaloi.

Contoh, tukaran wang tunai di money changer adalah RM430 untuk 100USD. Tetapi bila gunakan BigPay exchange rate nya adalah RM419 untuk 100USD. Nampak tak perbezaan nya..??

BigPay jugak seperti Credit Card sekiranya kita nak ke luar negara tak perlu notify mereka. Boleh terus guna seperti biasa. Jika menggunakan Debit Card like Maybank etc etc. kita kena maklumkan kepada pihak bank yang kita akan ke luar negara dengan cara mengaktifkan kad bank kita sebelum fly dan kad bank kita perlu diaktifkan sepanjang tempoh kita berada di luar negara, nampak agak leceh sikit.

Kekurangan bila menggunakan Debit Card untuk Bank dalam Negara kita, pengguna kad tersebut tidak dapat melakukan transaksi setiap jam 12 malam waktu Malaysia selama sekurang-kurangnya 1/2 jam atau ada ketika maintenance dilakukan sehingga beberapa jam la. Pernah sehingga 8 pagi waktu Malaysia..!! Selama itulah kad bank kita tidak boleh digunakan semasa di luar negara. Aku ada pengalaman kawan yang tersadai di tepi jalan dek kerana kad bank dia tidak berjaya mengeluarkan cash semasa di luar negara, dalam masa yang sama dia tidak mempunyai wang untuk check-in Hotel. So bayangkanlah kalau negara yang korang pergi tu masih siang dan Malaysia sudah malam. Mereput la korang menunggu segala sistem Malaysia di aktifkan semula.

Part yang paling seronok, bila kita  pulang dari luar negara. BigPay akan membuat rumusan berapakah perbelanjaan kita sepanjang perjalanan tersebut dan di manakah ianya dibelanjakan contoh Apple Store, Tommy Hilfiger, Hotel, etc etc.

Perbezaan menggunakan Credit Card & Bigpay. Penggunaan BigPay boleh mengawal perbelanjaan kita agar tidak boros kerana kita berbelanja menggunakan berapa jumlah yang ada di dalam kad itu sahaja. Melainkan kalau korang top up amount tu terlebih banyak la, idokkk la den dapat nolong nya🀣🀣

BigPay diterima disemua kedai yang menerima Debit & Credit Card. Asalkan kedai tu ada mesin untuk swipe then should be can la🀣🀣 Aku beli barang 1 dollar pun swipe wehh😜

Ohh ya..!! BigPay ni bukan boleh guna kat overseas je kat Malaysia Tanah Tumpah darah ku pun boleh tak dak masalah😊

Macamana nak apply BigPay card ni? korang boleh follow step ni yer.

STEP 1 :

Sila Click link di bawah😊

Sign up at :

http://bigpay.link/referrals?referralcode=DT67XADWQC

STEP 2 :

Install Apps BIGPAY

STEP 3 : 

Selepas sudah Install di handphone korang

Sila Klik pada butang "Sign Up" untuk mula mendaftar.

STEP 4 :

Pilih lokasi, "Malaysia" atau "Other" jika korang kini menetap di Luar Negara.

STEP 5 :

Seterusnya sila masukkan nombor telefon korang.

STEP 6 :

Kemudian tekan butang "Send code".

Kod verification akan dihantar ke nombor telefon yang korang masukkkan itu.

STEP 7 :

Seterusnya, masukkan Password yang akan korang guna sampai mati😜

Jika smartphone korang mempunyai fungsi fingerprint, korang boleh set fingerprint.

STEP 8 :

Klik butang "Agree" pada bahagian Terms & Condition.

(Korang dinasihatkan untuk membaca seimbas terma & syarat itu)

STEP 9 :

Teruskan untuk melengkapkan butir-butir peribadi diri korang (Tell us about yourself)

Butir-butir yang diperlukan adalah seperti:

Nama seperti dalam IC/MyKad
Alamat email
Tarikh Lahir
Jantina
Warganegara
Nombor IC/MyKad (masukkan nombor sahaja)
Pekerjaan (Pilih daripada senarai yang disediakan)
Industri pekerjaan
Seterusnya, lengkapkan bahagian alamat (Whats’s your home address?).

STEP 10 :

Selepas alamat adalah bahagian "Referral code".

Jika korang masukkan Referral code, korang dan empunya kod akan sama-sama menerima RM10.

Aku tersangat terharu kalau korang menggunakan referral kod aku ini: DT67XADWQC

STEP 11 :

Masukkan referral code jika ada.

STEP 12 :

Seterusnya korang akan diminta untuk mengambil gambar IC/MyKad, gambar selfie dan juga video korang bercakap.

(Tips untuk gambar IC, gunakan kertas putih sebagai latar gambar IC korang)

(Tips untuk selfie, selfie je time tu juga make sure time apply pakai la tudung kalau untuk kaum hawa ni, tutup aurat kan wajib😊)

(Tips untuk video bercakap? aku dah tak ingat aku cakap apa🀣🀣 janji korang cakap la, tak payah lama-lama sekejap sudah la buat video tu. Itu hanya sebagai proof pihak dorang je)

STEP 13 :

Langkah seterusnya: Top up RM20 dalam BigPay korang.

Usah khuatir dan bimbang kerana, RM20 tu tetap akan menjadi milik korang dan boleh digunakan kelak.

(Tujuan Top Up adalah untuk proses verifikasi sahaja, BigPay nak tahu korang betul-betul nak guna atau tidak itu je. Kemudian barulah mereka akan hantar VisaCard kepada korang.

STEP 14 :

Tibalah masa mereput menunggu kad sampai dan aktifkan kad tersebut. Kad korang akan sampai ke alamat yang diberikan dalam masa 5-7 hari berkerja.

Kalau dah lebih 14 hari dan kad tak sampai-sampai, hubungi BigPay melalui chat dalam aplikasi mereka sahaja. Kalau nak selamat letak je alamat office, senang dorang nak trace. Aku tuari letak alamat office je, tak sampai berapa hari dah muncul depan pintu office.

STEP 15 :

Bila korang dah terima kad BigPay, buka apps di handphone korang dan klik pada "I have receive my card"

Masukkan 3 digit CVC yang tertera pada belakang kad yang baru korang terima tadi dan terus set nombor pin kad dan kad korang berjaya diaktifkan.

STEP 16 :

Dah ada kad BigPay so kena la topup kalau nak guna yer😊

Cara- cara nak Top Up akaun BigPay

Untuk top up @ tambah baki akaun BigPay, korang boleh buat di apps sahaja. Buka apps korang atas sekali sebelah kiri then klik butang tambah (+)

STEP 17 :

Masukkan jumlah yang ingin di topup tapi AWAS..!! BigPay hanya benarkan Max RM 5,000 sahaja untuk tempoh 1 bulan. So kalau korang nak pakai duit berpuloh ribu, better ready topup awal la yer. Bulan seterusnya topup lagi.

Tapi nasihat aku guna sampai habis tak payah la simpan beribu-ribu dalam BigPay.

STEP 18 :

Selesai masukkan jumlah, sila la memilih transaksi apa yang ingin korang guna untuk topup BigPay korang.

Online Banking (Local Bank)
Kad kredit / Kad Debit

STEP 19 :

Seperti biasa la, masukkan no OTP bagai then berjaya!! so boleh la pergi shopping bawa kad BigPay itu🀣🀣

Sebelum terlupa, korang boleh gunakan kad ini di seluruh dunia KECUALI Korea Utara & Israel. Asalkan tempat yang korang gunakan itu menerima VisaCard.

Bagi yang bertanya kad BigPay boleh keluarkan duit dari Mesin ATM or tak? Jawapan ya boleh!! ia sama je macam kad bank yang selama ini korang guna. Korang boleh gunakan kad ini untuk keluarkan wang dari mana-mana mesin ATM! dengan syarat, mesin ATM tersebut menerima VisaCard.

Nota: Caj RM6 rasanya akan dikenakan untuk pengeluaran cash dari ATM di Malaysia dan RM10 untuk luar negara.

Sekian Terima Kasih....

Khidmat pesanan masyarakat ini dibawakan oleh Syafiqah Aslah Sohaimi yang sentiasa membantu memudahkan urusan kawan-kawan untuk Travel😊

"Kembaralah dengan jiwa dan kau akan dapati di mana letak-nya maha pencipta"

#TravelogAslah
#BigPay

Credit to : Syafiqah Aslah

NOTA UNTUK SUAMI

Nota untuk encik suami 😘

Sebenarnya nak membahagiakan isteri bukan lah susah pun..selain jd pendengar setia..sesekali tu blh r beli something untuk die.. bkn untuk orang lain pun kan...untuk isteri kite jugaπŸ˜„πŸ˜„

kalau ada bajet lebih, hadiahkan isteri anda https://shp.ee/4vijr87 ❤️ confirm isteri anda suka hehee

Kredit: trb