16 April

TEPUNG PELITA VERSI KACAU

Bahan lapisan bawah (hijau) :
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air daun pandan (kisar 7 helai daun pandan)
1 sudu teh air kapur
Sedikit pewarna hijau

1. Satukan ke semua bahan. Kacau sebati hingga tiada bintil2 tepung.

2. Masak guna api perlahan hingga adunan meruap, pekat dan meletup2.

3. Tutup api kemudian tuang ke dalam acuan atau bekas kecil, ketepikan.

Bahan lapisan atas (putih) :
1/2 cawan tepung beras
4 cawan santan
Garam secukup rasa

1. Satukan ke semua bahan, sebatikan hingga tiada bintil2 tepung.

2. Masak adunan guna api kecil hingga meruap, pekat dan meletup2. Pastikan adunan sentiasa dikacau.

3. Padamkan api dan tuang ke dalam acuan berisi lapisan hijau tadi.

4. Sejukkan tepung pelita dan bolehlah dimasukkan ke dalam peti sejuk sebelum dinikmati.

*Sukatan ini akan dapat 25 bekas dadih bersaiz 4oz.

Resepi & foto : Opah Mas Cotek

15 April

WAFFLE

(Anggaran dalam 10 biji)

1 1/2 cawan gandum

1 biji telur

2 sudu besar gula

3/4 cawan susu cair

1/2 cawan minyak masak

1/2 sudu kecil soda bikarbonat

1 sudu kecil baking powder

Secubit garam

Sedikit esen vanila

1 cawan air

1. Kacau semua bahan sehingga sebati dan tapis.

2. Bakar mengikut citarasa. Oles dahulu pembakar mini waffle ni dengan sedikit minyak masak.

3. Nak rangup bagi lama sikit ikut citarasa memasing. Siap bole angkat dan sapu dengan perisa yang digemari.

Resepi & foto : Ummi Wann

KUIH CAKOI & KUAH PANDAN

250gm tepung gandum
140 ml air + 1 biji telur
1/2 paket yis
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar gula
1 1/2 sudu besar minyak masak
1/2 sudu teh garam

1. Satukan tepung, yis, baking powder, minyak, gula dan garam ke dalam bekas besar. Gaul hingga jadi sebati semua.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam bekas tepung. Uli adunan sehingga tidak melekat di tangan dan menjadi doh. Uli lama untuk mendapatkan kuih yang lembut.

3. Canai doh secara memanjang. Tebal lebih kurang 1cm kemudian potong kecil2 secara melintang. Letakkan air di bahagian tengah doh yang telah dipotong kecil dan lapik 2.

4. Perap doh tadi hingga naik 2 kali ganda dari saiz asal.

5. Untuk menggoreng tarik doh memanjang dan terus goreng dengan api sederhana kecil.

6. Bila cakoi sudah garing dan keperangan angkat dan toskan minyaknya.

Kuah pandan :
1 1/2 sudu makan tepung kastard
1 cawan susu segar (guna santan pun boleh)
3 sudu makan susu pekat manis - boleh gantikan dengan gula
Sedikit pes pandan - boleh gantikan dengan air daun pandan

1. Masuk semua bahan ke dalam periuk dan masak guna api sederhana. Sentiasa kacau hingga sedikit pekat angkat dan sejukkan.

2. Sedia dihidangkan bersama kuih cakoi.

Resepi & foto : Sha Roziah Al Yahya

RESIPI AYAM PENYET WONG SOLO


1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik

½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau

½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau

3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau

1 sudu besar Serbuk Kari Ayam

1 sudu besar Serbuk Kunyit

½ sudu besar Serbuk Lada Putih

3 ulas Bawang Putih

1cm Halia

Sedikit Air

1 sudu kecil Garam

Minyak masak untuk menggoreng.

Untuk Sambal

Sedikit minyak masak

10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)

10 biji Cili padi

10 biji Bawang kecil/merah, hiris

3 biji Bawang putih, hiris

5 biji Tomato, potong 4

5 cm Belacan

2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit

3 sudu gula merah/secukup rasa

Untuk Nasi

3 cawan beras dibasuh dan ditoskan

3 ulas bawang putih

satu btg kayu manis

4 biji buah pelaga

2 kuntum bunga lawang

sedikit butter

garam

kiub pati ayam/daging

6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)

Cara-cara

Ayampenyet Untuk Ayam Penyet

Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.

Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.

(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.

Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.

Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Sambal_ayam_penyetUntuk Sambal

Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.

Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.

Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.

Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.

Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.

Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.

Masukkan gula merah dan gaul rata.

Rasa sambal yang terhasil

14 April

NASI HUJAN PANAS

Sukatan dari Pak Engku agak banyak, ita dah kurangkan untuk hidangan ita yang tak berapa ramai ni.
3 cawan beras Basmathi ~ rendam dahulu 20 minit kemudian cuci dan toskan
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar butter
2 1/2 cawan air
1 cawan susu cair
pewarna merah, hijau dan kuning telur
10 gm bawang goreng
garam secukup rasa
Rempah tumis
1 kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji cengkih
3 biji pelaga
1 helai daun pandan di simpul
Bahan ini di goreng tanpa minyak boleh juga jika ingin di bakar dahulu
10 gm badam
10 gm kismis
10 gm gajus
Bahan Kisar
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inc halia
Panaskan minyak sapi dan butter
Tumiskan bahan tumis dan daun pandan hingga terbit bau yang harum
Masukkan bahan kisar dan masak hingga terbit minyak
Tambahkan susu cair, air dan garam secukup rasa
Kacau rata
Masukkan nasi
Kemudian masukkan badam, gajus dan kismis
Gaul rata
Tutup periuk nasi dan tanak nasi seperti biasa
Bila nasi dah masak, ambil chopstik dan lubang-lubangkan
Masukkan sedikit pewarna didalam setiap lubang
Tutup semula periuk nasi dan biarkan ia meresap sebentar
Kemudian gemburkan nasi rata
Sedia di hidangkan bersama lauk - pauk yang sesuai

Kredit: Pak Engku

RESEPI YEE MEE SIZZLING

Bahan-bahannya: (Untuk 3 orang)

3 gulung yee mee
5 ulas bawang putih - dicincang halus
1/2 inci halia - dicincang halus
Ayam - dipotong kecil
6 kuntum cendawan shitake kering - direndam hingga lembut dan dipotong 4
4 biji cili kering - dipotong-potong
4 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap cair
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu teh minyak bijan
2 sudu makan tepung jagung + secawan air
Minyak untuk menumis
4 cawan air

Cara-caranya:

Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga wangi.
Masukkan ayam, goreng sebentar hingga ayam agak masak dan empuk.
Masukkan 4 cawan air. (Kalau nak kuah banyak, boleh tambah air).
Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih dan ayam masak.
Masukkan cendawan. Biarkan 2 - 3 minit.
Masukkan air tepung jagung. Gaul rata dan kuah akan pekat.
Masukkan minyak bijan, gaul rata. Tutup api.
Bila dah nak dihidangkan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali kecil. Masukkan 1 gulung yee mee, sayur sawi dan pecahkan sebiji telur. Jika perlu, tambahkan lagi kuah. Biarkan mee lembut dan telur separuh masak. Tutup api dan angkat mee.

Kredit : Nor Azlindawati Salha Baharudin

MEGI TUMIS SEDAP πŸ˜‹πŸ˜‹

Nak masak ni kena sebungkus²...x boleh masak banyak² terus...lari rase kate org..

#Edit resepi...sebenarnye dh ade share kat group sebelah sebelum ni

Sedap sedap meggi mamak...
Sedap lagi meggi mak kau buat...

Dah tersampuk dgn meggi tumis..πŸ˜‹πŸ˜‹
Rasenye lain macam..mmg sedap..

Resepi senang jer..

Nak try...ni resepi nye...

Sepeket megi kari
Sawi atau apa² sayur kegemaran
Isi ayam..udang atau sotong...semua boleh
Air secawan setengah
1 biji telor
3@4 ulas bawang putih diketuk
*2 sudu sos ikan
*1 sudu kicap
*2 sudu cili sos
*1 susu tomato sos
*Sedikit gula

-Tumis bawang putih sehingga naik bau..
-Masukkan rempah kari yg dlm peket meggi..
-Masukkan bahan² bertanda *
-Masukkan air
-Masukkan sayur...telur...serta meggi
-Biarkan sekejap sehingga semua masak...
-Jangan terlalu lembek...nnt x sedap..

Selamat mencuba😊😊
Kredit: Che Enon Aiskrim