06 Oktober

RESEPI APAM BALIK πŸ˜‹


Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum
1 sudu besar susu pekat
1/4 cawan gula
1 sudu kecil yis
1/2 cawan air suam
2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil soda bikarbonat
Sedikit garam
1 biji telur saiz kecil
1 cawan susu segar

Bahan topping :

Jagung dalam tin
Kacang tanah disangai dan ditumbuk kasar
Gula
Sedikit majerin untuk disapu pada permukaan apam balik setelah masak

Cara memasak :

1. Campurkan gula, yis dan air suam di dalam satu cawan dan tutup permukaan cawan dan biarkan 5 minit. Campuran boleh diletak dalam adunan tepung nanti.
2. Pecahkan telur dan kacau sehingga berbuih dan campur bahan yang telah dibuat di dalam satu cawan, kacau sehingga sebati.
3. Biarkan adunan dalam masa 30 minit dan boleh dioles pada permukaan nonstick pan dalam satu senduk atau lebih sedikit.
4. Setkan api pada kadar sederhana sahaja. Apabila tepung sudah nampak separuh kering, taburkan gula, jagung dan kacang tanah. Lipat dua tepung tersebut.
5. Sapu sedikit majerin pada kulit apam balik.

Selamat mencuba dan semoga berjaya !

Kredit resepi : Siti Nadirah

Dulang buat apam balik
πŸ‘‰ https://shope.ee/q8UEjfr7q

RESEPI ROTI BUTTER GOLOK VIRAL


Bahan
1 Cawan air suam
1 Peket yis
4 Sudu gula
2 Sudu susu pekat
2 sudu planta
3 1/2 cawan tepung roti ,sya pakai tepung roti
1 biji telur

Caranya
1. Campurkan yis dan air , biarkan yis rehat dan berbuih.

2. Telur dipukul sedikit.

3. Campurkan susu pekat, gula , planta dan telur ke dalam bekas berisi tepung. kacau sebati.

4. Curah bancuhan yis sedikit-sedikit ke dalam tepung tadi ( Ikut pada keperluan tepung, ada masa tak perlu guna kesemua air bancuhan yis tadi. Asalkan uli menjadi doh yang lembut dan tidak melekat ditangan dah ok).

5. Rehatkan dalam sejam atau sehingga doh kembang 2 kali ganda.

6. Kemudian tumbuk2 doh yang sudah
kembang tadi dan uli hingga cantik licin.

7. Boleh lah dibentuk dan diletakkan dalam bekas.

8. Rehatkan doh sekali lagi. Biar naik 2 kali ganda.

9. Bakar menggunakan api atas dan bawah lebih kurang 20 minit atau sehingga masak dengan suhu 150c.

10. Keluarkan dan sejukkan atas redai, kemudian sapu permukaan roti dengan marjerin atau butter cup dan tabur dgn gula halus.

Siap...

kt azlina ina

Beli Butter Disini
πŸ‘‰ https://shope.ee/1VO9x1z8Bt

05 Oktober

Karipap Roti Sedap dan Sempoi


sumber:Canteq.blogspot

Bahan-Bahan :

1. Roti gardenia (berapa keping korang nak)

2. Inti (resepi ni guna inti karipap)

3. Tepung jagung (kalo xde guna tepung gandum pon bole)

4. Air

*sila bancuhkan tepung jagung dgn air dgn kelikatan yg agak likat jugak macam gam

Cara-caranya:

1. Mula2 kita prepare kulit nya dulu

Roti gardenia sekeping demi sekeping digelek, untuk kasi nipis, make sure bhgn tepi tu ditrim

lepas tu sapukan bancuhan tepung jagung dengan air tadi di sekeliling roti (tengok pic), untuk tujuan menge'gam' kan dia

2. Then letak inti kat tengah2 roti tadi

Kemudian sila la cantumkan hujung ke hujung roti membentuk segitiga. alah cam nak buat sandwich tu.

3. Pastu amik garfu then tekan2 kan kat keliling bahagian yang dicantumkan tadi.

Tujuannye nak kasi tutup rapat, lagi satu elok sikit menengoknye dak.

So sila la buat utk kesemua roti anda satu demi satu.

4. Peh tu goreng.sila jgn guna minyak yg terlalu banyak ok.

5. Daaaa. Inilah dia karipap roti anda yg dah siap untuk dingap

Roti Gardenia
πŸ‘‰https://shope.ee/7UfMfLGkJ0

03 Oktober

RESEPI AYAM MASAK KUZI


Bahan-bahan :
1½ ekor ayam potong biasa, gaul garam kunyit goreng separuh masak.
Bwg kecil dlm 20bji dimayang halus
bahagi 2, satu utk buat bwg goreng
Lagi satu masa nk menumis
Kismis hitam( rendam)
Kacang gajus sangai

Bahan-bahan blender :
Daun pudina
Daun ketumbar skali akar
Cili hijau 4,5 bji
Cili padi merah 5biji
Cili padi hijau 7'8 bji

4 sekawan :
Susu cair agak²
susu pekat dlm 3,4 sudu

Serai 2,3btg ( ketuk )
Daun pandan( simpul)

Bahan blender :
Bwg besar 2@3 labu
b.putih dlm 3, 4 ulas
Halia.dlm seinci

Serbuk jintan manis 2 sudu besar
Serbuk jintan putih 2 sudu besar
Serbuk ketumbar 2 sudu besar
(campoq semua buat pes)
Serbuk Lada hitam kasar 1 sudu Bsr
Cili blande dlm 3,4 sudu besar

Cara-cara :
1.Guna minyak yg sama goreng ayam,  tambah minyak sapi 2 sdu besar..Minyak lebih pun xpa nk tumis segala rempah tu...tumis 4 skwn, daun bay kalo ada....bwg merah yg dimayang tadi sikit... agak² kekuningan masukkan serai n daun pandan dah wangi masukkan bwg blander, tumis sampai agak garing masukkan cili blnder & segala rempah semua tu...slow api masak bgi sampai hilang bau rempah..
2.Dah pecah minyak elok, da hilang bau rempah, masukkan ayam ...pastu masuk kismis yg direndam lada hitam sikit garam n gula, kiub pati ayam..pastu masukkan daun yg di blander..reneh dlm 10 @ 15 minit masukkan susu cair & susu pekat last tabur bwg goreng.. cabai hijau kacang gajus n daun ketumbar.. Dah siap...

Credit : Qasih Jue Aisya

Rempah dan Herba
πŸ‘‰https://shope.ee/A9g4eN3sS9

RESEPI MASH POTATO πŸ˜‹


Bahan-bahan Resepi Kentang Putar:

8 biji kentang
1 kotak kecil susu segar
sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)
secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah

Cara-caranya

1. Kentang dikupas kulitnya dan dipotong 2. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 10 hingga 15 minit dengan api sederhana

2. Bila kentang sudah empuk, toskan air

3. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.

4. Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.

5. Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata..sy guna hand blender nk senang.. Dpt texture halus.

Bahan-bahan Resepi Sos (Gravy)

- 1 labu bawang besar (dadu)
- 2 ulas bawang putih (dadu)
- 4 sudu butter
- 2 sudu tepung gandum@ jagung
- 2 kiub ayam
- lada hitam dan sulah
- 2 1/2 cawan air

Cara-cara:

1. Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang ( api sederhana ) . Biarkan dia bertukar warna sedikit perang (warna caramel )

2. Masukkan tepung gandum/ jagung kacau terus ye sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga warna sos yang korang suka.

3. Masukkan air ( sikit2 smbil kacau ) dan kacau sehingga sebati.tutup api masuk blender.. Blend sampai semua hancur.
Masak balik atas api sederhana

4. Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa

kredit : Nuraqiyla

Instant Mash Potato Mix
πŸ‘‰ https://shope.ee/9p3DRXr30i

01 Oktober

RESEPI MEE GORENG BASAH


Bahan-bahan
1. Mee stgh kilo
2. Cili blend 1 senduk(kena byk.. So cari yg tk pedas la)
*cili blend biasa dh siap blend dgn bwng putih dan merah
3. Sawi
4. Sotong/udang/ayam/daging ikut selera masing2
5. Sos tiram 2 sudu besar
6. Sos cili 1 sudu besar
7. Kicap manis
(bahan2 ni sy guna.. Kalau nak tambah tauhu2 blh je)
Cara2
1. Mula2 tumis cili blend sampai garing.. Mcm buat sambal tumis. Cili kena byk bru kuah pekat cantik
2. Masukkan ayam/daging. Tggu sampai ayam masak..tuang kicap, sos tiram dan sos cili.. Tumis lg sampai pekat.
3. Masukkan sedikit perasa kemudian masukkan mee..gaul rata...masukkan 1 cawan air panas. Baru masukkan sotong dan udang sebab tk nak overcooked..masukkan sawi...
4. Tunggu sampai udang dan sotong masak.
Siap!

Pes Mee Goreng Basah
πŸ‘‰https://shope.ee/7zbWsBzL4i

30 September

ASB FINANCING 2022 - MAYBANK

ASB Financing rate 3.95% dengan maksimum tenure 35 tahun, akan memberikan peluang kepada anda untuk mendapat pulangan yang optimum.
.
Keuntungan ASB Financing bukan sahaja dari dividen, malahan ianya juga dari nilai "principal". Lebih lama kita melabur, lebih tinggi nilai pulangan "principal" yang kita terima.
.
🏷️PROMO  RATE 3.95%
🏷️PROMO  RATE 3.95%
🏷️PROMO  RATE 3.95%
.
Komitmen bulanan yang rendah.
.
⚡RM50K bulanan RM220
⚡RM100K bulanan RM440
⚡RM150K bulanan RM660
⚡RM200K bulanan RM880
.
ASB Financing mampu memberi pulangan berganda. Ini adalah kerana dividen tahunan ASB Financing dikira berdasarkan jumlah pembiayaan.
.
Kelebihan ASB Financing
⭐ Dividen berdasarkan pembiayaan
⭐ Dividen tahunan
⭐ Pulangan nilai semasa (Principal)
⭐ No lock in period
⭐ Rendah risiko
⭐ Interest rate 3.95% (Promosi 2022)
⭐ Takaful Optional
⭐ Islamic Financing
.
Syarat-syarat ASB Financing
✅ Khas kepada Bumiputera sahaja
✅ Kakitangan kerajaan, swasta dan peniaga
✅ Tempoh maksimum 35 tahun
✅ Kelulusan segera
✅ CCRIS PTPTN, boleh lulus
✅ High komitmen, boleh lulus
.

Mohon segera! 
.

πŸ“²Boleh buat ASB Financing Maybank Disini πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

#asbf #asbfinancing  #asbfmaybank #maybank