10 Ogos

RESEPI SET NASI TOMATO, AYAM MASAK MERAH, ACAR TIMUN NENAS DAN PAPEDOM


Menu Khas Untuk Aidiladha.

A. RESEPI NASI TOMATO

BAHAN-BAHAN :

5 cawan beras biasa
5 cawan air
2 batang kulit kayu manis
1/ 4 cawan minyak masak
2 sudu besar mentega
1/2 cawan susu cair
1 sudu besar gula
1/ 2 sudu besar garam
3 sudu besar tomato puri
4 biji tomato
(kisar dengan sedikit air)
2 biji bawang besar*
8 ulas bawang putih*
2 ketul halia sebesar ibu jari*

Bahan bertanda * dikisar atau dihiris halus

CARA MEMASAK :

1. Rendam Beras
Mula-mula rendamkan beras supaya beras masak elok bila dah dicampur dengan bahan-bahan lain.
Saya guna beras biasa saja, rendam selama 15-20 minit.. Kemudian, basuh dan toskan.

2. Tumis Bahan

Cairkan mentega dan minyak masak dalam sebuah periuk di atas api yang sederhana. Tumiskan  kayu manis.

Seterusnya masukkan bahan yang di hiris dan kacau hingga berbau wangi.

3. Masukkan Beras

Kecilkan api dan masukkan beras. Kacau rata-rata selama 1 hingga 2 minit.

Seterusnya masukkan air, susu cair, tomato puri, gula dan garam secukup rasa.

4. Pindahkan Ke Rice Cooker/Masak Seperti Biasa

Last sekali pindahkan semua bahan dalam periuk ke rice cooker dan masak seperti biasa.

Nak masak terus guna periuk atas api pun boleh. Sementara tu kita buat pula lauknya.

B. RESEPI AYAM MASAK MERAH

BAHAN-BAHAN :

1 ekor ayam
3 biji bawang besar (saiz besar tau)*
4-5 ulas bawang putih*
1 1/2 inci halia*
15-20 cili kering*
5 sudu besar sos cili
2 biji tomato
2 batang serai – diketuk
1 kulit kayu manis
Garam dan gula secukupnya

Kisar semua bahan
bertanda *

CARA MEMASAK :

1. Tumis Rempah & Bahan Kisar (Saya tak goreng ayam dahulu sebab saya tak berapa suka. Ikut citarasa sendiri kalau rasa nak goreng pun boleh )

Kemudian tumis kulit kayu manis dan bawang sampai naik bau.

Masukkan serai, kacau sekejap. Lepas tu masukkan bahan kisar yang bertanda*. Tumis sampai garing.

2. Seterusnya masukkan cili kisar dan tumis lagi sampai garing. Kalau nak buat kuah lebih boleh tambah air sedikit.

3. Perasakan

Akhir sekali perasakan dengan gula, sos cili dan tomato. Biar sekejap dan kacau sesekali.

Perasakan dengan garam pulak. Lepas tu bolehlah masukkan ayam

Kacau semua dan gaul sebati.Tunggu sehingga ayam masak dan mendidih buleh tutup api..

Siap ayam masak merah.

C. RESEPI ACAR TIMUN DAN NENAS

BAHAN-BAHAN :

Lobak merah
Bawang merah
Timun
Cili
Nenas
Gula & Cuka Secukupnya

CARA MEMBUATNYA :

1. Hiris
Basuhkan semua bahan bersih-bersih dan hiris semua bagi memanjang.

2. Perasakan.
Kemudian perasakan dengan gula dan sedikit cuka dan air ikut.
Utk nasi tomato nk guna beras biasa atau basmathi (pilihan)

Kredit : Fatin Elina
Air tangan dan gambar:
Eniza M. Salim.

Selamat Mencuba 👍

Nasi Tomato :-
https://s.shopee.com.my/9UgONaAVYv

KUAH KACANG SATE KAJANG


Resepi ini merupakan resepi kuah kacang khasnya untuk dimakan bersama sate. Walaubagaimanapun ianya juga sesuai dan sangat sedap dimakan bersama nasi himpit.

Bahan Untuk :
1 kg kacang tanah – buang kulit
2 keping gula melaka
garam secukup rasa
1 mangkuk kecil air asam jawa
15 cili kering – buang biji rendam air panas dan kisar halus
Bahan hiris nipis :
2 inci lengkuas
7 ulas bawang putih
2 batang serai
2 inci halia
11 biji bawang merah
Cara Buat Kuah Kacang Sate Kajang
Panaskan minyak kemudian goreng kacang tanah yang telah dibuang kulitnya.
Kisar kasar kacang tanah goreng tadi setelah sejuk sedikit.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali kemudian goreng bahan hiris nipis hingga harum kemudian angkat dan kisar halus bersama sedikit air.
Panaskan 3 senduk besar minyak dalam kuali dan goreng cili kisar bersama bahan hiris nipis yang telah digoreng dan dikisar halus tadi.
Masukan air secukupnya dan kacang tanah yang sudah dikisar dan masak hingga mendidih.
Masukan air asam jawa, gula melaka dan perasakan dengan garam secukup rasa dan masak hingga kuah menjadi pekat dan pecah minyak.
Akhir sekali, hidangkan kuah kacang ini bersama-sama dengan sate ataupun nasi himpit. Boleh juga dijadikan kuah dan dimakan bersama-sama nasi. Selamat Mencuba !.

Sambal Kacang :-
https://s.shopee.com.my/VlZemOu6n

RESEPI APAM NASI PANDAN

Terima kasih sahabat empunya share resepi ni. Alhamdulilah, sedap sangat ❤️

Resepi Apam Nasi Pandan

Bahannya:

2 cawan nasi sejuk
11/2 cawan gula
2 cawan pati daun pandan

Bahan b:

11/2cwan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 peket mauripan.

Cara buat:

Blend nasi bersama gula dan air pandan bagi sebati dan halus. Satukan tepung gandum dan tepung beras serta mauripan.

Nasi yang dah blend tadi masukkan ke dalam tepung. Kacau sebati dan masukkan pewarna sikit aje nak bagi cntik.

Perap bahan selma satu jam setengah. Masukkan dalam acuan dan kukus dalam 20/15 minit jer.

Selamat Mencuba ❤️

Daripada Fazilah Md Yussop
Moga bermanfaat buat kita semua 🤲 Aamiin

Acuan Apam :-
https://s.shopee.com.my/2LDDVMSFIF

BOLEH BUAT MASA HARI RAYA HAJI NANTI


RESEPI NASI DAGING :-
(Sukatan ikut suka hati ja.!!)🤭🤭
Daging
(Rebus smp empuk.. air rebusan simpan utk msak nasi & sup.)

Nasi :-
Beras
Minyak sapi (optional.. gna butter or mnyk msak pn blh)
Bawang merah*
Halia*
Bawang putih*
K.manis, b.lawang, cengkih& b.pelaga*
Rempah kurma
Daun pandan
Susu cair (optional.. klu nk boh air rebusan daging sja pn xpa..)
Kuib daging
Garam
Air rebusan daging
(tumis bhn bertanda smp agk kuning, masuk rempah kurma& beras.. kcau sebati.. kmdian msuk dlm rice cooker.. msuk air rebusan daging, susu cair& daging yg di rebus tdi.. msuk kiub daging& sdikit garam.. msak cm biasa..)

Air asam kerisik :-
Cili besar*
Cili padi*
Belacan*
Garam*
Air asam jawa
Kerisik
Limau nipis
Tomato
Bawang besar
(Tumbuk bhn bertanda.. kmdian msuk kerisik, air asam jawA& air limau nipis.. tomato& bawang besar.. kcau sebati..)

Sup :-
Gna air rebusan daging.. tmbh bwng.. halia.. garam.. daun sup& daun bawang..

credit : Miera Abd Manaf

Kembara Meal 

KEK BATIK PANDAN 🌿


BAHAN ⬇
* 1 paket biskut marrie
* 100g butter
* 1 cawan nestum(dikisar halus)
* 1/2 tin susu pekat
* 1/2 tin susu cair
* 1 sudu kecil pandan paste
* Sedikit pewarna apple green

CARA ⬇
1. Cairkan butter dgn api sederhana dan kemudian masukkan susu pekat serta susu cair.Kacau sampai sebati.
2. Kemudian masukkan nestum,pandan paste dgn pewarna dan gaul sebati serta menjadi pekat.
3. Tutup api dan akhirnya masukkan biskut marrie serta kacau sebati.Kemudian masukkan ke dlm bekas dan tekan sehingga padat
4. Siap ! Utk disejukkan dlm peti ais.

resepi atin dh olah utk memudahkn sapa yg nak cuba..

Credit : Fatien Zaini

Kek Batik Kampung :-
https://s.shopee.com.my/4KyGQGNekw

RESEPI IBU SAMBAL KICAP MABELESS


1. Bahan-bahan yang diperlukan;
- dua genggam cili padi hijau
- 8 ulas bawang putih

* Tips sambal kicap lebih sedap dan tahan lama,
- Goreng seketika dua bahan di atas.
- Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.

2. Masukkan bahan tadi dalam bekas pengisar.

3. Tambahkan kicap. Cikgu suka guna kicap Jalen lemak manis. Nak guna kicap cap apa pun boleh. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi.

4. Cikgu tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk seimbangkan rasanya.

Bersambung diruangan komen

Sambal Kicap :-
https://s.shopee.com.my/4fb4vtZ8Xo

RESEPI MARTABAK TELUR SAYUR MINI


Bahan-bahan :
12 lembar Kulit lumpia
3 butir telur
4-5 tangkai daun bawang
wortel setengah mangkok di rebus sebentar
1 sdt garam
1 sdt royko
1 sdt lada bubuk
Bahan perekat
tepung trigu + Air

Langkah:
1. Siapkan Semua Bahan
2. Campurkan semua bahan KECUALI kulit lumpia,aduk sampai rata
3. Siapkan 1 lembar kulit lumpia lalu beri isian 1 sdm, lalu lipat dan olesi bahan perekat lipat seperti amplop
4. Panaskan minyak goreng,lalu goreng dengan api sedang sampai berwarna kuning keemasan
5. Siap di nikmati

Murtabak Raja :-
https://s.shopee.com.my/1fxVFQajIM