Sabtu, 10 Ogos 2024
RESEPI SET NASI TOMATO, AYAM MASAK MERAH, ACAR TIMUN NENAS DAN PAPEDOM
Menu Khas Untuk Aidiladha.
A. RESEPI NASI TOMATO
BAHAN-BAHAN :
5 cawan beras biasa
5 cawan air
2 batang kulit kayu manis
1/ 4 cawan minyak masak
2 sudu besar mentega
1/2 cawan susu cair
1 sudu besar gula
1/ 2 sudu besar garam
3 sudu besar tomato puri
4 biji tomato
(kisar dengan sedikit air)
2 biji bawang besar*
8 ulas bawang putih*
2 ketul halia sebesar ibu jari*
Bahan bertanda * dikisar atau dihiris halus
CARA MEMASAK :
1. Rendam Beras
Mula-mula rendamkan beras supaya beras masak elok bila dah dicampur dengan bahan-bahan lain.
Saya guna beras biasa saja, rendam selama 15-20 minit.. Kemudian, basuh dan toskan.
2. Tumis Bahan
Cairkan mentega dan minyak masak dalam sebuah periuk di atas api yang sederhana. Tumiskan kayu manis.
Seterusnya masukkan bahan yang di hiris dan kacau hingga berbau wangi.
3. Masukkan Beras
Kecilkan api dan masukkan beras. Kacau rata-rata selama 1 hingga 2 minit.
Seterusnya masukkan air, susu cair, tomato puri, gula dan garam secukup rasa.
4. Pindahkan Ke Rice Cooker/Masak Seperti Biasa
Last sekali pindahkan semua bahan dalam periuk ke rice cooker dan masak seperti biasa.
Nak masak terus guna periuk atas api pun boleh. Sementara tu kita buat pula lauknya.
B. RESEPI AYAM MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam
3 biji bawang besar (saiz besar tau)*
4-5 ulas bawang putih*
1 1/2 inci halia*
15-20 cili kering*
5 sudu besar sos cili
2 biji tomato
2 batang serai – diketuk
1 kulit kayu manis
Garam dan gula secukupnya
Kisar semua bahan
bertanda *
CARA MEMASAK :
1. Tumis Rempah & Bahan Kisar (Saya tak goreng ayam dahulu sebab saya tak berapa suka. Ikut citarasa sendiri kalau rasa nak goreng pun boleh )
Kemudian tumis kulit kayu manis dan bawang sampai naik bau.
Masukkan serai, kacau sekejap. Lepas tu masukkan bahan kisar yang bertanda*. Tumis sampai garing.
2. Seterusnya masukkan cili kisar dan tumis lagi sampai garing. Kalau nak buat kuah lebih boleh tambah air sedikit.
3. Perasakan
Akhir sekali perasakan dengan gula, sos cili dan tomato. Biar sekejap dan kacau sesekali.
Perasakan dengan garam pulak. Lepas tu bolehlah masukkan ayam
Kacau semua dan gaul sebati.Tunggu sehingga ayam masak dan mendidih buleh tutup api..
Siap ayam masak merah.
C. RESEPI ACAR TIMUN DAN NENAS
BAHAN-BAHAN :
Lobak merah
Bawang merah
Timun
Cili
Nenas
Gula & Cuka Secukupnya
CARA MEMBUATNYA :
1. Hiris
Basuhkan semua bahan bersih-bersih dan hiris semua bagi memanjang.
2. Perasakan.
Kemudian perasakan dengan gula dan sedikit cuka dan air ikut.
Utk nasi tomato nk guna beras biasa atau basmathi (pilihan)
Kredit : Fatin Elina
Air tangan dan gambar:
Eniza M. Salim.
Selamat Mencuba π
Nasi Tomato :-
https://s.shopee.com.my/9UgONaAVYv
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Senarai Nama2 TUKANG URUT Di (TERENGGANU) Terima kasih Dah Tahniah Sape Yg Buat Senarai Ni... 1) Encik Mad Ali Kampung Paya Res...
-
☑️ Amik telefon picit nombor 03-516 13228. Telefon kilang gardenia dan mintak lah nak cakap dengan Puan Farah. Jangan kedekut cr...
-
(Semua cerita aku ini berdasarkan kisah benar yang berlaku pada diri aku sendiri, atau kawan-kawan rapat terdekat. Ia berlaku se...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan