Bahan-Bahan:Bahan Pau:
250 gm tepung gandum
5 gm yis segera
20 gm shortening
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder
40 gm gula halus
1 sdb susu tepung
110 gm air
Cara buat :
1. Masukkan tepung ke dalam mangkuk adunan.
2. Selepas itu satukan air, yis, shortening, gula dan garam. Uli adunan ini selama 30 minit dalam breadmaker. (Guna tangan pun boleh)
3. Bentuk doh bulat-bulat setiap satu menjadi 40gm. Kemudian simpan doh selama 10 minit dengan ditutup plastik.
4. Setelah 10 minit, ambil doh dan tepekkan menjadi bulat.
5. Kemudian isikan intinya (inti tu saya beli dekat bakery) dan selepas itu ditutup dan dibulatkan. Simpan selama sejam.
6. Selepas sejam barulah digoreng dengan minyak sederhana panasnya. Goreng sehingga warna keperangan.
Kredit : Noor Baini Bakar
Inti kacang merah
https://s.shopee.com.my/LTimREbNa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan