Isnin, 12 Ogos 2024

IKAN BAWAL KUKUS HALIA DAN SERAI UNTUK IBU PANTANG


Alia masak Ikan Bawal Kukus Halia dan Serai untuk adik ipar pantang, baru-baru ini.

BAHAN-BAHAN ( 1 orang )
2 sudu besar asam jawa (untuk basuh ikan)
1 sudu besar asam jawa (untuk lumur kepada ikan)
2 ekor ikan Bawal Putih
3 sudu besar serbuk lada hitam
6 cm halia (bersih dan hiris)
2 batang serai
1 sudu teh garam bukit
2 bawang putih (hiris)
2 bawang merah (hiris)

Cara Penyediaan
Basuh bersih ikan Bawal Putih dengan air asam jawa.
Kemudian, letakkan ikan Bawal Putih, ke dalam mangkuk. Lumur rata ikan dengan asam jawa, serbuk lada hitam dan garam bukit. Masukkan juga bawang merah, bawang putih, halia dan serai.
Kukus Ikan Bawal Putih di atas dapur.
Dah masak, siap.

Credit : Alia ali

Kiub Halia :-
https://s.shopee.com.my/20bKhxEfvq

Tiada ulasan:

Catat Ulasan