16 Ogos
RESEPI TEPUNG TALAM TEPUNG BERAS
Selalunya pakai resepi guna tepung gandum ja. Hari ni try tukaq tepung beras pula. Alhamdulillah sedap. Akak sharekan resepi..
BAHAN LAPISAN BAWAH
3 cwn tepung beras
(cap gajah tiga)
2 sb tpg ubi
1 sk kapur mkn
1 cwn gula merah
1/2 cwn gula putih
6 cwn air.
CARA MEMBUATNYA :
Gula merah dan gula putih dimasak dgn 3 cawan air. dah mendidih sejukkan.
Kemudian campurkan air gula ke dlm tepung tadi bersama 3 cwn air. kemudian tapiskan dan kacaukan seketika di atas api.
Loyang hendaklah disapu dgn minyak. bila kukus dah mendidih masukkan loyang dan tuang adunan kedlm nya.
kukus selama 20-30 minit. bila dah masak calarkan ngan garpu bila nk tuang adunan lapisan atas..
BAHAN LAPISAN ATAS :
2 cmn tpg beras
2 sb tpg jagung
5 cwn santan
Sedikit garam.
CARA MEMBUATNYA :
Satukan semuanya dan kacau diatas seketika..
Kemudian blh la dituangkan ke atas lapisan bawah td.
Kukus selama 20-30 minit lg.
Loyang ikut suka.
Kredit: Norlela Abd Lahak
SELAMAT MENCUBA π
Tepung Beras :-
https://s.shopee.com.my/3L72riBU3U
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Senarai Nama2 TUKANG URUT Di (TERENGGANU) Terima kasih Dah Tahniah Sape Yg Buat Senarai Ni... 1) Encik Mad Ali Kampung Paya Res...
-
Sejak masa Rasulullah shallalahu alaihi wasallam diketahui bahwa dinar dan dirham telah menjadi bagian dari kehidupan muslim unt...
-
Assalamualaikum semua. Saya ingin berkongsi pengalaman saya menghadiri Profession Assessment Centre (PAC) atau Ujian Bakat untuk...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan