Selasa, 6 Ogos 2024

RESEPI PUTU MAYAM


BAHAN-BAHAN:

Tepung Beras 1 kg.
Air Panas lebih kurang 1 1/2 liter.
Garam secukup rasa.
Alat atau acuan muruku (yang mata paling halus).
.
CARA MEMBUAT:

1. Masukan tepung beras dalam sebuah bekas.
Didihkan air dan masukkan garam supaya larut.
Masukkan air panas sedikit demi sedikit kedalam
tepung beras dan kacau sehingga sebati menjadi
doh. Boleh adunkan dengan menggunakan tangan
dan doh yang dibentuk perlulah tidak melekat pada
tangan anda. Bahagikan doh kepada 3 atau 4
bahagian.

2. Panaskan air dalam bekas kukus. Lapikan kain
putih bersih sebagai pelapis pada bekas
pengukus. Masukkan bahagian doh kedalam
acuan muruku dan dan mulakan pemutaran atau
pemerahan mengikut saiz yang perlukan.
Putuskan bahagian terakhir di setiap kepingan
dengan menekan sedikit kepada putu mayam
supaya tidak terbarai apabila sedia masak.

3. Kukus 5-10 minit. Hidangkan dengan kelapa
parut (100gm) dan Gula perang (100gm). Kalau
ingin warna hijau atau berwangi pandan masukan
dua helai daun pandan dalam air mendidih dan
campurkan perwarna hijau.

Tepung Putu Mayam :-
https://s.shopee.com.my/qODFJoVlo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan