Khamis, 15 Ogos 2024

APAM PUTERI AYU


Bahan-bahan:

3 biji telur
1 cawan gula
1 cawan santan
5 helai daun pandan
Pewarna hijau
2 cawan tepung gandum
1 paket Eno biru
Kelapa Parut
1 biji kelapa saiz kecil (kalau besar 1/2 biji)
1 sudu besar tepung ubi
1/2 sudu teh garam halus
.
Cara-cara:

1. Kacau kelapa dengan tepung ubi & garam
2. Isi kelapa di dlm acuan puteri ayu, Ambil satu acuan & tekan ke atas acuan lain supaya kelapa jadi padat, jadi tak payah susah2 tekan dengan jari
3. Blend daun pandan dengan santan. Kemudian, tapis dua kali
4. Pukul telur & gula hingga kembang selama 5 minit
5. Tuang santan + air daun pandan tadi & pewarna hijau. Pukul rata
6. Ayak tepung gandum, pukul sekadar sebati saja..jangan lama2..
7. Campur eno & kacau perlahan2.. Biarkan 30 minit hingga adunan kembang
8. Didihkan air di dlm pengukus dulu. Kukus selama 20 minit api sederhana
9. Hidangkan..
.
source: Nor Al Fatihah

Acuan Apam Puteri Ayu :-
https://s.shopee.com.my/1fyUJ9yOBq

Tiada ulasan:

Catat Ulasan