14 September

Tahniah JDT


Tahniah Johor Darul Ta'zim (JDT) yang sekali lagi dinobatkan sebagai Juara Liga Super malam ini, kejayaan kali kelapan berturut-turut buat Harimau Selatan.

Sebagai anak Johor, saya pastinya turut sama berkongsi rasa bangga serta gembira atas kejayaan dan rekod yang dicipta pasukan ini.

Kejayaan yang dilakar JDT membuktikan dengan perancangan, iltizam dan komitmen tinggi, sesebuah pasukan boleh berjaya dan terus melakar rekod baharu dalam arena bola sepak negara.

Tahniah JDT! 
Syabas juga buat pasukan-pasukan lain.Tahniah Johor Darul Ta'zim (JDT) yang sekali lagi dinobatkan sebagai Juara Liga Super malam ini, kejayaan kali kelapan berturut-turut buat Harimau Selatan.

Sebagai anak Johor, saya pastinya turut sama berkongsi rasa bangga serta gembira atas kejayaan dan rekod yang dicipta pasukan ini.

Kejayaan yang dilakar JDT membuktikan dengan perancangan, iltizam dan komitmen tinggi, sesebuah pasukan boleh berjaya dan terus melakar rekod baharu dalam arena bola sepak negara.

Tahniah JDT! 
Syabas juga buat pasukan-pasukan lain.

Sumber
Facebook Page Rasmi
YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
MANTAN PERDANA MENTERI


04 September

Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik Sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Bertaraf Menteri


KENYATAAN MEDIA

Alhamdulillah, saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada Jemaah Menteri, khususnya Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, atas pelantikan saya sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri. 

Saya juga menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah yang telah memperkenankan pelantikan saya.

Saya berbesar hati menerima pelantikan ini dan akan menjalankan tugas secara sukarela tanpa apa-apa imbuhan.

Kepercayaan yang telah diberikan oleh Kerajaan ini merupakan suatu amanah untuk saya meneruskan segala usaha dan perancangan yang telah dimulakan sebelum ini untuk memulihkan negara daripada kesan wabak COVID-19.

Saya dan anggota Majlis Pemulihan Negara akan berperanan membantu YAB Perdana Menteri dan Kerajaan pimpinan beliau membawa Malaysia melalui fasa-fasa pemulihan sepertimana yang telah digariskan dalam Pelan Pemulihan Negara. 

Ini termasuk menyokong pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, memudah cara pembukaan sektor-sektor ekonomi, sosial, pendidikan dan keagamaan serta mewujudkan kesedaran masyarakat terhadap pematuhan kepada norma baharu kehidupan selaras dengan peralihan pengurusan COVID-19 yang akan memasuki fasa endemik.

Insya-Allah, saya akan memanfaatkan segala pengalaman yang ada dan mengharapkan sokongan semua pihak dalam semangat Keluarga Malaysia bagi memastikan matlamat melindungi nyawa, menjamin kelangsungan hidup dan memulihkan negara akan mencapai kejayaan.

TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
Mantan Perdana Menteri
4 September 2021

01 September

Penghantaran Makanan Disamun, Tangan Terpaksa di Potong

Alhamdulillah, ibu kepada Siti Nur Azizah beritahu anaknya sudah sedar. Dah boleh makan, minum dan tak bergantung lagi pada bantuan oksigen. Siti Nur Azizah pun dah dipindah ke wad biasa.

Sejujurnya, saya masih sedih dengan apa yang menimpa Siti Nur Azizah. Niatnya nak bantu keluarga tetapi menjadi mangsa penjenayah. 

Tempohari saya hulurkan sedikit bantuan wang tunai kecemasan pada keluarga ini. Saya juga menawarkan bantuan guaman, jika mereka memerlukan.

Siti Nur Azizah keluar untuk mencari sesuap nasi dengan menjadi penghantar barang bagi membantu ibunya, seorang ibu tunggal. 

Pedih hati saya, anak ini yang hanya berusia 17 tahun terpaksa menempuh kehidupan seperti ini selepas dizalimi penjenayah. 

Apa dosa adik Siti Nur Azizah sehingga kehilangan tangan? 

Dia keluar untuk mencari rezeki. Untuk bantu ibunya. Untuk bantu keluarganya. Untuk bantu adik-adiknya.

Saya amat yakin pihak polis akan segera menangkap penjenayah penjenayah ini. Mereka perlu dihadapkan ke muka pengadilan. 

Insha Allah, kami akan terus berhubung dengan keluarga adik ini dan saya harap dapat bertemu nanti. 

Saya doakan keluarga ini sentiasa tabah, dan Siti Nur Azizah dikurnikan sebaik baik kesembuhan. 

Di sini juga, saya juga harap pihak berkaitan dapat segera hulurkan bantuan yang sewajarnya bagi mereka.

Sumber:

Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia

26 Ogos

TYT Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Singapura bertanya khabar Tan Sri Muhyiddin Yassin


Hari ini saya menerima panggilan telefon daripada TYT Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Singapura, antara lain bagi bertanya khabar dan mengetahui perkembangan saya selepas tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

TYT Lee Hsien Loong turut merakamkan penghargaan dan terima kasih atas hubungan serta kerjasama baik yang kami sama-sama jalinkan sepanjang lebih setahun bergelar rakan sejawat, dan berdoa saya dapat terus memainkan peranan dalam aspek hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Saya menaruh keyakinan hubungan baik Malaysia-Singapura ini akan terus ditingkatkan di bawah pimpinan YAB Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Perdana Menteri. TYT Lee Hsien Loong juga memberi jaminan langkah memperkasakan hubungan dua hala antara kedua-dua negara dalam pelbagai aspek akan terus diperkasakan.

Secara peribadi, saya amat menghargai nilai persahabatan yang ditunjukkan TYT Lee Hsien Loong, bukan sahaja kebelakangan ini, bahkan ketika kami saling mengenali lama dahulu. Masih segar diingatan pertemuan bersemuka dan bersejarah kami di tengah-tengah Tambak Johor pada Julai tahun lepas, iaitu sejurus saya menjawat jawatan Perdana Menteri, manakala beliau sendiri baru saja mengangkat sumpah bagi menyambung tugas sebagai Perdana Menteri.

Saya doakan TYT Lee Hsien Loong diberikan kesihatan dan dipermudahkan urusan mentadbir Singapura.

Sumber
Facebook Page Rasmi
YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
MANTAN PERDANA MENTERI

Bursa Saham Terbaik di Dunia


Bursa Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.

Indeks bursa telah melonjak naik lebih 80 point dalam tempoh singkat itu. 

Namun pemulihan keyakinan pelabur tempatan dan asing ini dan berasaskan harapan bahawa dasar dan perlaksanaan kerajaan baharu akan berbeza dari dulu.

Malah aliran keluar dana asing yang berbulan-bulan lamanya telah bertukar kepada aliran masuk minggu lepas.

"23 August 2021: Foreign investors turned net buyers on Bursa Malaysia last week after seven weeks of net outflow, with a marginal inflow of RM6.71 million, according to MIDF Research."
https://www.theedgemarkets.com/article/foreign-investors-turned-net-buyers-inflow-rm67m-last-week-%E2%80%93-midf-research

Namun, keyakinan pelabur dan pemulihan ekonomi ketika ini akan terbantut sekiranya kita tidak:
1) menurunkan jumlah kes baharu Covid dan membuka semula ekonomi;
2) membantu peniaga memulihkan modal dan aliran tunai yang telah lama terkesan di bawah lockdown yang sudah 3 1/2 bulan lamanya sejak PKP 3.0 bermula pada 12 Mei.

Sejak minggu lepas, negara masih top 10 dalam dunia tiap-tiap hari bagi kes baharu tanpa mengambik kira saiz penduduk. Dari segi saiz penduduk, kita masih catat kadar antara paling tinggi dalam dunia bagi kes baharu dan kes kematian.

Selagi kes baharu tinggi, ramai pelabur asing dan tempatan akan tidak berani melabur untuk membina business baharu atau mengembangkan business sedia ada jikapun diberi kelonggaran.

Selagi kes baharu tinggi, pelanggan juga akan tidak berani keluar rumah untuk membeli jikapun diberi kelonggaran.

Ada cara dan ada penyelesaiannya.

Insya-Allah, akan disempurnakan oleh kerajaan baharu bagi mengembalikan kesejahteraan dan keselesaan hidup Rakyat yang pernah dikecapi suatu ketika dulu.

Sumber:

Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia



22 Ogos

Slogan Keluarga Malaysia - PM Ismail Sabri


Tahniah PM9 atas ucapan sulung yang penuh keikhlasan dan bermakna.

Pendekatan Keluarga Malaysia dan pelawaan kepada pihak pembangkang untuk sumbang pada pemulihan negara membuktikan sifat inklusif dan keterbukaan kerajaan baharu demi negara dan Rakyat.

PM9 juga telah menggariskan keutamaan negara hari ini - iaitu pendekatan yang lebih menyeluruh untuk melawan Covid, membantu Rakyat dan memulihkan ekonomi.

Bagi mengembalikan kesejahteraan dan keselesaan hidup yang pernah dikecapi suatu ketika dulu.

Saya dan seluruh Rakyat Malaysia akan membantu merealisasikan impian ini.

Kita maju jaya bersama.

Sumber:

Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia



India dilanda varian Delta.



India buat lockdown.  Kes dan kematian turun. India buka semula. 

Menteri-menteri India mengaku kesilapan dan letak jawatan.

Negara jiran Indonesia dilanda varian Delta. 

Indonesia buat lockdown. Kes dan kematian turun. Indonesia mula buka semula.

Presiden dan menteri-menteri  Indonesia mengaku kesilapan dan minta maaf.

Kes dan kematian Covid Malaysia pula semakin naik dan tetap tinggi semakin lama kita laksanakan lockdown.

Sehingga kes aktif Covid Malaysia cecah suku juta pesakit semalam.

Jadi, pengerusi baru MKN dalam kerajaan baharu perlu cari sebab dan perbezaan kenapa lockdown kita gagal dan kenapa negara-negara lain mampu berjaya walaupun menghadapi cabaran yang sama.

Jangan kekalkan dan pandang sahaja pendekatan lama yang tidak berhasil secara berpanjangan.

Adakah kita perlu buat lockdown amat ketat bersama bantuan wajar untuk 7 hari hingga 10 hari bagi negeri-negeri yang masih lapor kes tinggi dengan kadar vaksinasi rendah ataupun melakukan saringan besar-besaran secara percuma mengikut daerah?

Kena perbetulkan sebab Rakyat sudah dikurung 100 hari sejak PKP 3.0 bermula - bersamaan dengan 3 bulan 8 hari. 

Bukan satu tempoh yang pendek atau adil untuk halang Rakyat mencari rezeki.

Sumber:

Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia