31 Oktober

Bagaimana Dato Seri Najib Razak Lihat Adegan YB Lim Guan Eng ?


Tak tahan dengan adegan Guan Eng ini yang saya lihat amat buruk sekali.

Semalam, Wee Ka Siong bersetuju dengan TV3 untuk tetapkan tarikh 2 November sebagai tarikh debat dengan Guan Eng, iaitu selepas Bajet 2022 dibentang dalam Dewan Rakyat, tapi Guan Eng tak puas hati.

Guan Eng kata Ka Siong tak perlu beri alasan Bajet negara untuk "tangguhkan" debat biarpun tarikh 2 November itu cuma sekitar 2 minggu dari sekarang.

Guan Eng mahu tarikh 23 Oktober - bukan 2 November. Beza 10 hari

Bajet negara tak penting ke, Guan Eng? Adakah beza tempoh 10 hari itu benar-benar terlalu lama? 

Ko fikir Ka Siong sebagai Menteri Pengangkutan tidak perlu sumbang kepada bajet negara ke?

Untuk rekod, debat kali ini berhubung isu kabotaj adalah kali ketiga Ka Siong cabar Guan Eng untuk debat.

Kali pertama pada tahun 2018 di mana Guan Eng enggan debat dengan Ka Siong berhubung skandal terowong dengan memberi alasan Ka Siong masa itu bukan presiden parti dan dia sebagai boss DAP hanya akan debat dengan boss MCA.

Kalu kedua pada tahun 2019 dan sekali lagi Ka Siong cabar Guan Eng untuk debat berhubung isu dana untuk KUTAR di mana Guan Eng sebagai Menteri Kewayangan telah salurkan dana bagi KUTAR kepada yayasan yang dikuasai oleh geng-geng dia dan bukan terus kepada Universiti yang akhirnya banyak memarahkan komuniti pelajar KUTAR.

Kali kedua ni, Guan Eng langsung tak layan dengan memberi alasan tiada keperluan untuk debat isu ini.

Sebab itu, Guan Eng janganlah cuba berlagak hero sebab kamu sudah dua kali lari.

Anak dengan ayah berdua ini sama saja.

Sama seperti pada tahun 2019 juga di mana Kit Siang ajak saya debat. Akhirnya Kit Siang larikan diri selepas saya bersetuju debat.

Alasan diberikan Kit Siang masa itu lagi tak masuk akal - kononnya debat antara dia dengan saya akan menimbulkan masalah perkauman.

Sumber:

Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia

23 Oktober

ASB Financing Maybank


🐯🐯PROMOSI ASB Maybank hanya serendah 3.30%‼️‼️🐯🐯

🌸 Pelaburan Berisiko rendah
🌸 Bulanan Serendah RM 50 sahaja
🌸 Dilindungi oleh Takaful
🌸 Pulangan Dividen Berdasarkan Nilai Sijil

Bagi Mereka Yang ada Asb Financing Dengan Maybank anda boleh juga dapatkan Rate serendah 3.30% :

Kelebihan apabila membuat Asb Plus :

‼️ Sijil Asb Anda akan dikekalkan
‼️ Dapat Pulangan Tunai secara cashback
‼️ Bayaran Bulanan Akan menjadi lebih rendah

Anda boleh buat pembiayaan patuh shariah terus di website Maybank 
πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»


🐯ASB FINANCING MESTILAH HANYA DI MAYBANK🐯

Tan Sri Muhyiddin Yaasin Mendapatkan Dos Penggalak Covid-19

Pagi ini, saya dan isteri telah ke PPV Axiata Arena untuk menerima suntikan dos penggalak atau "booster dose" vaksin COVID-19.  

Pemberian dos secara sukarela dan percuma di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) ini telah bermula di Sarawak sejak 13 Oktober lepas.  

Bagi warga Lembah Klang, 'roll out' janji temu  telah dikeluarkan sejak semalam dan pemberian dos penggalak dijangka dapat dilaksanakan selewat-lewatnya pada 27 Oktober ini.

Objektif pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 ialah untuk memastikan tempoh perlindungan yang optima diperolehi oleh penerima vaksin COVID-19 di Malaysia.

Dos penggalak ini diberi kepada penerima vaksin "Cominarty" (Pfizer) yang telah lengkap menerima vaksin sekurang- kurangnya 6 bulan yang lalu dengan keutamaan kepada anggota barisan hadapan kesihatan dan keselamatan, warga emas berusia 60 tahun dan ke atas dan individu yang mempunyai komorbiditi. 

Sehingga 21 Oktober, seramai 66,672 individu telah menerima dos penggalak. 

Malaysia merupakan antara negara yang awal di dunia dalam melaksanakan suntikan dos penggalak vaksinasi COVID-19, dan ini selari dengan kejayaan Kerajaan yang sudah memberikan lebih 48 juta dos vaksinasi kepada populasi di Malaysia.

Setakat hari ini, 94.3 peratus populasi dewasa sudah lengkap divaksinasi, manakala 71.6 peratus daripada kesuluruhan populasi rakyat di negara kita juga telah menerima suntikan lengkap COVID-19. 

Kemampuan Malaysia memberi dos penggalak secara percuma kepada barisan hadapan dan golongan berisiko tinggi ini adalah hasil daripada perancangan Kerajaan yang efektif dalam menempah dan membeli dos suntikan vaksinasi daripada kombinasi pengeluar vaksin utama dunia sejak akhir tahun lepas. 

Ketika di PPV Axiata Arena, saya  berkesempatan menyantuni golongan remaja berusia di bawah 18 tahun yang turut menerima suntikan vaksin. Majoriti mereka ditemani ibu bapa masing-masing, satu situasi yang menggambarkan kesedaran dalam kalangan masyarakat kita mengenai kepentingan vaksinasi untuk melindungi diri, keluarga dan komuniti.  

Kepada mereka yang masih belum menerima suntikan vaksinasi, segeralah mendapatkan suntikan ini. Buat mereka yang sudah dan bakal menerima janji temu untuk menerima dos penggalak, saya doakan proses vaksinasi anda berjalan dengan lancar. 

Ayuh, bersama lindungi diri, lindungi semua!

Sumber
Facebook Page Rasmi
YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
MANTAN PERDANA MENTERI

21 Oktober

Dato Seri Najib Razak Jawab Tun Dr Mahathir Berkenaan Langkawi vs Pulau Batu Puteh


Bagi mempertahankan diri daripada langkah tidak masuk akal kerajaan PH dahulu untuk tarik balik tuntutan ke atas Pulau Batu Puteh beberapa hari sebelum perbicaraan bermula, Tun Mahathir menggunakan alasan bahawa tidak menghormat perjanjian bermaksud negara adalah negara pariah.

Lalu, dia cuba alihkan isu Pulau Batu Puteh ke isu penjualan air oleh Malaysia ke Singapura pada harga amat murah.

Jika kita ingat kembali, isu harga penjualan air ini menjadi isu besar ketika kerajaan PH mula mentadbir selepas PRU14, 

Lepas itu, senyap je memanjang. Langsung tidak diselesaikan oleh kerajaan PH atau kita diberi apa-apa update berkenaannya.

Kenapa? 

Sebab perjanjian permisahan Singapura dari Malaysia yang dibuat pada tahun 1965 di United Nations secara sangat spesifik menyatakan bahawa Malaysia bersetuju untuk menghormati perjanjian penjualan air - terutamanya bagi perjanjian air tahun 1962 yang menetapkan harga air mentah yang dijual ke Singapura pada harga 3 sen bagi setiap 1,000 gelen.

Perjanjian ini tamat 100 tahun kemudian pada tahun 2061 tetapi membenarkan semakan harga dibuat oleh kedua-dua negara pada tahun 1987 iaitu 25 tahun selepas perjanjian dibuat tahun 1962.

Namun masa itu, PM4 pilih untuk tidak semak semula harga pada tahun itu seperti dibenarkan dalam perjanjian.

Hanya sekali sahaja PM4 pernah jawab kenapa dia lepaskan peluang untuk semak harga pada tahun 1987 apabila dia ditanya pada tahun 2002.

Dia jawab bahawa dia bimbang bahawa Singapura akan naikkan harga air terawat yang dijual kepada Johor sekiranya Malaysia naikkan harga air mentah. Masa itu (dan sekarang juga), ketergantungan Johor dengan bekalan air terawat dari Singapura adalah tinggi.

Ya, kita terikat dengan perjanjian permisahan yang dibuat dengan Singapura di United Nations.

Tak takut jadi pariah pula, PM4 dan PM7 apabila dia jadikan isu harga air ini sebagai modal politik dia selama berpuluh tahun.

Masa itu dia tak pulak kata kita perlu hormat perjanjian antarabangsa pulak.

Cuba tanya dia sekali lagi kenapa dia tidak semak semula harga air mentah ke Singapura pada tahun 1987.

Tanya juga kerajaan PH dan kerajaan PN dahulu juga kenapa harga air mentah ke Singapura juga tidak dapat diselesaikan masa mereka memerintah.

Sumber:

Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia

20 Oktober

Mukjizat Nabi Muhammad

MUKJIZAT SETIAP ORANG PERLU TAHU BERKENAAN NABI MUHAMMAD (S.A.W)

SELAIN ALQURAN MUKJIZAT AGONG BAGINDA..

1) TAHUKAH ANDA > 

"Tubuh Nabi SAW tidak pernah di hinggapi atau digigit oleh sebarang serangga spt lalat, serangga, semut dan nyamok. 

2) TAHUKAH ANDA >

Nabi SAW tidak pernah menguap sepanjang hayat Baginda.

3) TAHUKAH ANDA >

Binatang jinak dan buas tidak pernah menunjukkan rasa marah kpd Baginda (S.A.W)

4) TAHUKAH ANDA  >

Semasa “tidur” Baginda boleh mendengar segala “perbualan” 

5) TAHUKAH ANDA >

Baginda SAW boleh melihat segala pemandangan di hadapan dan di belakang pada waktu yang sama tanpa perlu menoleh. 

6) TAHUKAH ANDA >

Baginda SAW sentiasa “satu kaki lebih tinggi” daripada sesiapa sahaja yang mendekati diri Baginda.

7) TAHUKAH ANDA >

Baginda SAW telah “di khatankan, di mandikan dan dibersihkan” didalam perut ibunya sebelum dilahirkan ke dunia lagi. 

8) TAHUKAH ANDA >

Baginda SAW tidak mempunyai sebarang bayang daripada matahari, bulan atau sebarang pengcahayaan. 

9) TAHUKAH ANDA >

Baginda SAW sentiasa dilindungi oleh awan setiap kali berjalan di kawasan terbuka. 

Terdapat ganjaran pahala walaupun anda tidak berkongsi, tetapi sekiranya anda berkongsi, anugerah pahala adalah amat besar !!! Inshaallah 

"Allahummasolli ala Muhammad wa’ala aali Muhammad” 

“Sallallahu Alaihi-Wa Salam”

16 Oktober

Dalam 2-3 tahun ini, lanskap politik kita berubah-ubah.


Pentadbiran berubah tangan beberapa kali. Perdana Menteri pun sudah ada 3.

Sejujurnya, kita tidak tahu apakah gabungan atau persefahaman apabila PRU15 nanti.

Atau adakah ada lagi perubahan politik selepas PRU15 nanti.

Saya ada pendapat sendiri tetapi saya akan bersama dengan keputusan parti UMNO BN nanti.

Bagi saya, jagalah diri dan rumah kita sebaik-baiknya dahulu.

Sebagaimana yang ahli-ahli setia UMNO dan BN buat pada tahun 2018 sehingga ke hari ini.

Dan utamakan rakyat dalam apa jua keadaan.

Sepertimana yang saya dan penyokong setia UMNO dan BN lakukan.

Saya tulis, saya cakap, saya berhujah dengan fakta walaupun ada musuh politik yang mahu mendiamkan saya.

Kerana apa?

Kerana saya percaya dan berpegang teguh kepada JANJI dan PENCAPAIAN kita selama ini.

JANJI kita tepati. PENCAPAIAN kita utamakan.

Rekod kita jelas. Tidak ada sesiapa yang boleh pertikaikan KEBAJIKAN yang BN berikan dan perjuangkan.

Kita akar umbi UMNO BN tetap sama dan saya mahu kita kekal seperti ini. 

Akan bangkit dan lawan mereka yang menzalimi rakyat. Akan pertahankan hak dan kebajikan rakyat.

Insya-Allah, UMNO BN akan kekal di sisi rakyat.

Merasmikan persidangan UMNO cawangan-cawangan Pekan tadi.

Sumber:

Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia

Pelanggan Maxis dan Hotlink Kini Boleh Akses Rangkaian 5G di Singapura, Thailand dan Indonesia


Minggu lepas, Menteri Kewangan mengaku dalam parlimen bahawa kos RM11 bilion bagi membina syarikat infrastruktur 5G kerajaan bernama Digital Nasional Berhad (DNB) adalah lebih tinggi berbanding anggaran awal sebanyak RM7.5 bilion yang dibuat panel khas kerajaan.

Ini jawapan menteri:
"Tengku Zafrul berkata bahawa laporan Pasukan Petugas Khas 5G Kebangsaan sebanyak RM7.5 bilion hanya untuk sebuah rangkaian liputan dan tidak mengambil kira apa-apa pelaburan dalam kapasiti yang diperlukan.

"Laporan Pasukan Petugas tersebut turut menyatakan bahawa kos yang dinyatakan merupakan anggaran indikatif dan bukan anggaran yang pasti tertakluk kepada beberapa andaian subjektif seperti rundingan dengan vendor.

"Berdasarkan anggaran yang dinyatakan juga, pelaksanaan rangkaian 5G secara kolektif oleh kesemua operator rangkaian mudah alih sedia ada berkemungkinan melibatkan kos melebihi RM30 bilion bagi negara secara keseluruhannya, berbanding hanya RM11 bilion bagi DNB.

"13 Okt 2021: MP dakwa kontrak 5G berganda mahal, menteri jawab sebaliknya"
https://www.malaysiakini.com/news/595286

Namun, CEO DNB (yang juga orang kuat Ananda Krishnan) memberi jawapan berlainan dalam wawancara dia bahawa kos DNB dianggar antara RM16.5 bilion dan dijangka akan naik ke RM20 bilion (jauh lebih besar banding anggaran awal RM7.5b atau RM11b yang dijawab Menteri Kewangan) - termasuk kos pengurusan sebanyak RM4 bilion yang juga mengambil kira kos gaji sebanyak RM2.5 bilion bagi 600 pekerja bagi tempoh 10 tahun (atau RM420,000 setiap pekerja setahun).

"But through DNB, he says the total cost is expected to be just about RM16.5bil, although it may swell to RM20bil between 2021 and 2030.

The network cost is forecast to be RM12.5bil, of which RM4bil is for network equipment and RM12.5bil is for network infrastructure.

Some RM4bil is for corporate costs, which Marshall explains include startup costs, consultant fees as well as RM2.5bil for staff compensation for over 600 workers (RM420k per staff per year)."

"16 Okt 2021: DNB gets Malaysia ready for 5G"
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2021/10/16/dnb-gets-malaysia-ready-for-5g

Biarpun perbezaan kos yang agak besar itu (jika ada songlap, ianya akhirnya akan terkantoi), isu utama ialah Malaysia terlambat dengan 5G selepas PRU14 dan juga model perlaksanaan 5G yang diputuskan kerajaan.

Negara-negara jiran kita sudah ada 5G.

Sebab itu, hari ini kita boleh dapati perkhidmatan roaming dengan 5G di Indonesia, Thailand dan Singapura dengan syarikat telco Malaysia walaupun negara sendiri masih belum ada 5G.
 
Kenapa kita lambat? 

Sebab kita lebih suka tubuh jawatankuasa kerajaan untuk buat kajian sahaja pada masa kerajaan PH.
"15 April 2019: SKMM perlu masa untuk siapkan kajian 5G"
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1716755

Lepas itu, sekejap kerajaan PN beri lesen 5G kepada telco tempatan.
"2 Jun 2020: Malaysia awards 5G spectrum to key domestic telecoms firms"
https://www.reuters.com/article/malaysia-5g-idINL4N2DG0V4

Sekejap lagi kerajaan PN batalkan pemberian lesen 5G itu.
"3 Jun 2020: Malaysia delays 5G by 12 months as spectrum allocations nullified"
https://asia.nikkei.com/Business/Telecommunication/Malaysia-delays-5G-by-12-months-as-spectrum-allocations-nullified

Dan sekejap lagi, kerajaan PN kata 5G bukan keutamaan. Memanfaatkan 4G sedia ada lebih penting, kata mereka.

"But speaking to the StarBizWeek, Communications and Multimedia Minister Datuk Saifuddin Abdullah explains that perhaps 5G is not the priority now. For now, the main focus is not on 5G. I am not saying that 5G is not important. But I don’t think the priority is to roll out 5G now. The priority is to make full use of the 3G and the 4G (networks) and ensure full connectivity because that is what is required, ” he says.

"6 Jun 2020: Telco troubles"
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2020/06/06/telco-troubles

Oleh kerana kita sudah ketinggalan jauh ke belakang, pada awal tahun ini kerajaan PN berputus pada awal tahun untuk menggunakan model untuk kerajaan membiayai dan membina keseluruhan infrastruktur 5G dalam negara melalui syarikat kerajaan DNB untuk disewakan kepada syarikat telco-telco tempatan.

Model monopoli "Single Wholesale Network" (SWN) ini bukan perkara baharu sebab 6 negara dalam dunia pernah cubanya untuk perlaksanaan 4G termasuk Mexico, Belarus, Rwanda, Kenya, Russia dan Afrika Selatan.

Oleh sebab model ini lemah, 3 negara (Kenya, Russia dan Afrika Selatan) telah batalkan usaha mereka manakala baki 3 negara (Belarus, Rwanda dan Mexico) mengalami pelbagai lagi masalah kelewatan, ketidakcekapan servis dan kerugian bagi usaha perlaksanaan 4G mereka.

Susulan itu, hanya Malaysia satu-satunya sahaja dalam dunia yang gunakan model ini bagi perlaksanaan 5G.

"July 2021: Malaysia cuts a lonely figure in approach to 5G roll-out"
https://www.gsma.com/asia-pacific/wp-content/uploads/2021/07/Malaysia-5G-SPV-spotlight-report.pdf

Lain-lain negara dalam dunia gunakan model seperti yang digunakan oleh kerajaan BN dahulu dalam perlaksanaan 3G/4G - iaitu menawarkan lesen kepada telco-telco tempatan melalui tender.

Selepas menang tender dan membayar harga lesen kepada kerajaan, Telco-telco pula akan bersaing untuk berlumba-lumba untuk membina infrastruktur dengan kadar yang paling laju, servis yang paling baik, paling murah ataupun liputan yang paling luas bagi menarik pelanggan.

(Wang lesen yang dibayar kepada kerajaan ini juga antara sebab kerajaan BN dahulu mampu memberi 1.7 juta netbook 1Malaysia masa dahulu. Jika dulu kerajaan dibayar wang oleh telco, kerajaan perlu keluarkan duit dulu untuk bina infrastruktur dengan model SWN hari ini tanpa mengutip satu sen).

Biasanya syarikat swasta yang bersaing antara satu sama lain adalah lebih cekap dan laju berbanding syarikat monopoli kerajaan.

Selain memastikan infratstuktur boleh dilaksanakan dengan kadar paling laju, persaingan telco juga akan memberi pilihan kepada pelanggan.

Jika kos sesuatu telco kurang baik, servis pelanggan tak baik atau signal lemah di rumah, mereka boleh tukar dengan mudah ke telco lain tanpa keperluan tukar nombor mobile.

Tapi dengan cara perlaksanaan secara monopoli DNB ini, pelanggan takde pilihan jika servis network disesuatu tempat adalah lemah. Tukar ke telco mana pun, servis network tetap lemah kerana ianya network yang sama.

Seperti yang saya sudah tulis beberapa kali sebelum ini dan seperti apa yang saya bahas dalam parlimen beberapa minggu lalu, saya amat bimbang bahawa Malaysia akan ketinggalan lebih jauh ke belakang sekiranya perlaksanaan 5G di Malaysia melalui syarikat monopoli DNB ini.

Jika kita gagal, impak ekonomi mungkin trilion-trilion Ringgit besarnya sebab ekonomi masa depan semakin beralih ke Digital.

Namun, nasi sudah menjadi bubur. 

Kerajaan PN sudah putuskan dan tubuhkan DNB. Kontak bernilai sebanyak RM11 bilion sudah diberi dan duit berbilion sudah dibelanja.

Nak batal kaedah ini pun terlambat melainkan negara mahu lebih lewat lagi untuk melaksana 5G atau sudi membazir berbilion-bilion ringgit yang sudahpun dibelanja.

Sebab itu, saya sekali lagi seru bahawa syarikat telco-telco tempatan diberi peluang untuk membeli sebahagian saham dalam syarikat DNB dan diberi peranan untuk mengurus dan memantau DNB agar perlaksanaan 5G adalah lebih terjamin.

Selain kerajaan mendapat wang serta-merta untuk bantu Rakyat dalam pandemik ini dengan penjualan saham tersebut, syarikat-syarikat telco adalah lebih berpengalaman dengan perlaksanaan infrastruktur telco, lebih memahami keperluan pelanggan dan akan lebih mementingkan infrastruktur rangkaian yang cekap dan laju.

Sebab syarikat-syarikat telco faham bahawa jika DNB gagal, mereka juga akan gagal pada masa depan.

Sila lah buat demikian.

Jika DNB gagal dan akibatnya negara mengalami kerugian impak ekonomi bertrilion-trilion Ringgit besarnya untuk tempoh 10 tahun depan, siapa nak tanggung?

NOTA: Pada ketika ini, Menteri Kewangan kata mereka tiada rancangan untuk menjual saham kepada telco-telco tempatan seperti disaran saya dalam parlimen bulan lepas.

"No plans to sell DNB shares for 5G infrastructure funding"
https://themalaysianreserve.com/2021/09/23/no-plans-to-sell-dnb-shares-for-5g-infrastructure-funding/

Sumber:

Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia