Khamis, 2 November 2017

TAZKIRAH PENGHULU HARI

*Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepada muslimin serta muslimat yg dikasihi, selamat pagi kepada teman2 yg bukan beragama islam yg di hormati sekalian* 😘😍😎... *TAZKIRAH PENGHULU HARI* *================* *TAJUK: Senyum* *===========* *Senyum hanya menggunakan 17 sahaja otot muka manakala bermasam muka memerlukan lebih 43 otot muka.* *Senyum adalah sedekah yg paling mudah. Terdapat pelbagai jenis senyuman;* *Senyum ikhlas, senyum paksa, senyum malu, senyum sinis,senyum gatal, tersengih seperti kerang busuk dan macam lagi jenis senyum yang tak tersenarai di sini. Namun senyum yg paling baik adalah senyuman yang ikhlas dari hati seperti senyuman Rasullallah S.A.W.* *Para sahabat adalah saksi kehidupan Rasulullah S.A.W yang penuh dengan senyuman. Antara sahabat besar yang pernah menceritakan tentang betapa indahnya senyuman Rasulullah ialah Saidina Umar. Kata Saidina Umar, “Rasullullah S.A.W. tersenyum dan baginda adalah orang yang paling bagus giginya" (diriwayatkan Ibnu Hibban di dalam sahihnya).* *Manakala seorang lagi sahabat Rasulullah S.A.W. yang bernama Abdullah bin Al-Harist menyatakan, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah S.A.W.” (Riwayat At-Tirmidzi)* *Namun begitu, perlu diingatkan kepada para Muslimah untuk berhati-hati apabila senyum. Para Muslimah tidak digalakkan untuk senyum sebarangan kepada kaum lelaki kerana khuatir akan disalah erti dan disalah guna yang boleh menimbulkan fitnah. Senyum seikhlas hati tetapi perlu berhati-hati.* *(Copy Paste: baca-tazkirah.blogspot.my)* *Jumaat 3 November 2017 masihi bersamaan 14 Safar 1439 Hijrah, Cuaca pagi ini agak baik dan bersemangat di sekitar Taman Sentosa Klang Selangor, sari berita ringkas terkini khas utk semua ahli group yg tersayang* 💝... 🇲🇾 *TERKINI SETEMPAT* ================ ✍🏻 *KUALA LUMPUR: Seramai 45,303 calon akan menduduki peperiksaan Penggal 3, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2017 di 683 pusat peperiksaan di seluruh negara bermula 6 November hingga 14 November ini.* ✍🏻 *JITRA: Lelaki warga emas yang maut selepas diserang anak kandungnya di Kampung Baru Sri Muda, dekat Sungai Korok, di sini, disahkan meninggal dunia akibat serang jantung dan bukannya kesan dipukul.* ✍🏻 *SERI ISKANDAR: Seorang abang berusia 20 tahun tergamak melakukan perbuatan terkutuk, meliwat adik perempuannya, yang berusia tujuh tahun, Sabtu lalu.* ✍🏻 *NILAI: Seorang pemilik pusat karaoke ditahan bersama 20 kilogram (kg) serbuk ketamin yang kononnya serbuk 'kunyit' dibeli dari India, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, 13 Oktober lalu.* ✍🏻 *KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal mewujudkan cawangan keselamatan bagi mengendalikan aspek keselamatan dalaman membabitkan aset, staf dan ancaman siber.* ✍🏻 *ALOR SETAR: Rakyat Kedah yang tidak berpeluang ke Stadium Shah Alam, Sabtu ini, masih berpeluang merasai kehangatan saingan akhir Piala Malaysia antara Kedah dan Johor Darul Takzim (JDT) melalui paparan skrin gergasi.* ✍🏻 *KOTA KINABALU: Kepelbagaian etnik di Sabah menjadikan negeri ini kaya dengan sastera, bahasa dan budaya etnik yang perlu terus diperkasakan.* ✍🏻 *LELAKI warga emas ditemui mati tergantung pada tali di ruang tamu di rumahnya di Bagan Selatan, Tanjung Piandang, Parit Buntar di sini, pagi smlm.* ✍🏻 *TUKANG rumah dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu smlm terhadap tuduhan mencederakan isteri pertamanya dengan tangan, bulan lalu.* ✍🏻 *TIGA penyamun melarikan barang kemas bernilai RM15,000 di kedai emas di Lebuh Buckingham, Georgetown, smlm.* ✍🏻 *PENUNTUT wanita sebuah universiti tempatan menjadi mangsa samun dan rogol selepas diperdaya lelaki yang berpura-pura bertanyakan arah jalan malam smlm.* ✍🏻 *POLIS Kelantan menempatkan 1,978 pegawai dan anggotanya untuk berkawal di 521 tempat mengundi sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).* ✍🏻 *SEORANG anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan seorang jurujual berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret Alor Setar smlm terhadap tuduhan membunuh seorang lelaki, bulan lalu.* ✍🏻 *JOHOR BAHRU: Polis membongkar satu makmal memproses dadah di Kampung Kong Kong Laut, Masai dan merampas 238 kilogram dadah serta lebih 50,000 pil ecstacy bernilai RM32.4 juta dalam enam serbuan berasingan.* ✍🏻 *ANGGOTA Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh dikejutkan dengan penemuan mayat lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) ketika membantu membuka pintu yang terkunci dari dalam di rumah di Sri Aman 3, Pasir Puteh, pagi smlm.* ✍🏻 *TANJUNG MANIS: Kegiatan lanun darat terus digempur dengan rampasan kayu balak pelbagai jenis serta saiz, dalam serbuan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Sarawak, di kem pembalakan Kampung Berkakong di sini, semalam.* ✍🏻 *AYER KEROH: Melaka akan membina kompleks jaringan terminal bersepadu pelbagai pengangkutan awam dengan kos RM300 juta menjelang 2026.* ✍🏻 *AYER KEROH: Seorang penuntut sebuah Kolej Vokasional dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, smlm atas tuduhan melakukan kekerasan jenayah ke atas seorang pegawai polis ketika perlawanan akhir bola sepak antara Melaka dan Kelantan di Stadium Hang Jebat, bulan lalu.* ✍🏻 *BUKIT KAYU HITAM: Polis menyiasat mengapa lelaki bergelar 'Datuk Seri' yang ditahan susulan kes pukul anggota RELA di ibu negara, sebelum ini tidak pernah didakwa sedangkan memiliki 10 kes jenayah lampau.* ✍🏻 *PAPAR: Selepas 15 jam bertarung nyawa, remaja perempuan berusia 17 tahun yang parah dalam kemalangan mengorbankan ibu dan bapanya di Jalan Papar - Beaufort berhampiran Kampung Lanas, dekat sini, kelmarin, meninggal dunia pagi smlm.* ✍🏻 *KOTA BHARU: Seramai 31 penunggang motosikal yang tidak memakai topi keledar terpaksa menolak motosikal mereka sejauh 7.5 kilometer ke Balai Polis Kota Bharu, menerusi operasi yang dijalankan malam smlm.* ✍🏻 *SHAH ALAM: Penyokong pasukan Kedah dan Johor Darul Ta'zim (JDT) diberi amaran untuk tidak membawa masuk bahan terlarang pada perlawanan akhir Piala Malaysia, di Stadium Shah Alam, malam esok.* ✍🏻 *BUKIT KAYU HITAM: Kerajaan akan menyelaraskan penggunaan Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) 2017 dengan beberapa akta lain untuk mengekang risiko jenayah di sekitar sempadan Malaysia-Thailand, terutama membabitkan aktiviti penyeludupan.* ✍🏻 *BURUH dipenjara setahun dan dua sebatan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini terhadap tuduhan mencabul anak perempuan rakannya, bulan lalu.* ✍🏻 *PAPAR: Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) akan menutup lintasan kereta api dikenal pasti berisiko tinggi mendedahkan orang ramai kepada kemalangan.* ✍🏻 *KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan sentiasa menambah baik panduan waktu bertugas pegawai perubatan supaya tidak bekerja terlalu lama sehingga menjejaskan prestasi kerja dan kesihatan.* ✍🏻 *PUTRAJAYA: Program Sukarelawan Sekolah Malaysia (SSM) akan mula diperkenalkan menerusi 10 sekolah terpilih di setiap negeri, mulai tahun depan.* ✍🏻 *JOHOR BAHRU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua merampas lebih 40 juta batang rokok seludup bernilai RM2.4 juta, dalam serbuan di kawasan persisiran pantai Tanjung Labuh, Batu Pahat.* ✍🏻 *MELAKA: Seorang lelaki terselamat selepas kereta dipandunya merempuh dinding sebuah rumah di Taman Ozana Impian, Bukit Katil, di sini, smlm.* ✍🏻 *KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka membayar pampasan sehingga RM2.04 bilion kepada Plus Malaysia Berhad (PLUS) susulan pemansuhan kutipan tol di Sungai Rasau dan Batu Tiga, Selangor, mulai 1 Januari tahun depan.* ✍🏻 *KANGAR: Kira-kira 400 sekolah agama dan tahfiz yang masih belum mendaftar dengan jabatan agama Islam negeri masing-masing, digesa segera menyelesaikan proses pendaftaran.* ✍🏻 *KUALA LUMPUR: Ketirisan dalam Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) boleh dielak dengan penambahbaikan mekanismenya termasuk menapis senarai penjual buku dan menggunakan kaedah penebusan e-wallet.* ✍🏻 *KLUANG: Polis menahan seorang lelaki berusia 51 tahun yang didakwa mencuri dua kereta PERODUA milik jirannya dalam kejadian di Taman Kampung Majid, dekat sini.* ✍🏻 *KUANTAN: Jabatan Perhutanan Pahang diarah segera memantau isu pembalakan dan pembukaan hutan seluas 668 hektar di Mukim Batu Yon, Merapoh, Lipis yang dibimbangi menjejaskan sektor eko pelancongan dan khazanah alam seperti flora dan fauna unik.* ✍🏻 *KUCHING: Pelbagai helah digunakan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah bagi mengaburi kegiatan haram di negeri ini, termasuk menyembunyikan serbuk ectasy dalam paket jus buah-buahan.* ✍🏻 *Sarikei: Pembukaan ladang lada berskala besar melalui penubuhan koperasi penduduk antara mekanisme dirangka Lembaga Lada Malaysia (MPB) bagi mempertingkatkan pengeluaran komoditi berkenaan.* ✍🏻 *SUBANG: Tren empat gerabak KL Monorel yang diberhentikan perkhidmatannya sejak Mei lalu akan kembali beroperasi pada pertengahan bulan depan.* ✍🏻 *PETALING JAYA: Dua lelaki bertopeng bersenjatakan parang menyamun kedai emas di sebuah pasar raya di Kota Damansara di sini dan melarikan barang kemas bernilai kira-kira RM1.1 juta.* 🌍 *SEANTERO BENUA* ================ 🇺🇸 *WASHINGTON: Dua lelaki ditembak mati di sebuah gedung beli belah Walmart di Colorado petang semalam, kata polis, kes terbaharu keganasan senjata di Amerika Syarikat (AS).* *Dalam tulisan di Twitter kira-kira 90 jam selepas insiden, Jabatan Polis Thornton berkata, ada dua 'lelaki dewasa disahkan maut' manakala seorang wanita dirawat di hospital.* *"Beberapa orang ditembak. Kami cuba mengenal pasti keadaan mereka. Tolong jauhi kawasan itu," kata pegawai polis, Victor Avila dari jabatan berkenaan kepada Reuters menerusi telefon.* 🇮🇳 *SERAMAI 26 terbunuh dalam letupan di sebuah stesen janakuasa menggunakan arang batu di Unchahar, dekat Lucknow, Uttar Pradesh, smlm.* *Menurut AFP, sejumlah mangsa yang sedang dirawat, cedera parah menyebabkan jumlah kematian dikhuatiri meningkat.* *Letupan dipecayai berlaku di bahagaian saluran paip dandang di stesen janakuasa millik syarikat utiliti terbesar India, National Thermal Power Corporation.* 🇵🇭 *MANILA: Peguam Filipina, hari ini mengumumkan pakatan mencabar kempen memerangi dadah Presiden Rodrigo Duterte selama 16 bulan yang sudah meragut lebih 3,900 rakyat negara itu.* *Polis berkata, pihaknya mempertahankan diri dengan membunuh selepas suspek bersenjata menentang tangkapan.* *Jurucakap Duterte, Harry Roque, menafikan pencabulan hak berlaku bagi pihak presiden tetapi mengalu-alukan penubuhan kumpulan baru itu.* 🇧🇩 *DHAKA: Seorang pemandu beca berenjin memfailkan saman meminta ganti rugi terhadap seorang pelakon lelaki selepas nombor telefonnya digunakan dalam filem lakonannya.* *Ini menyebabkan beliau menerima banyak panggilan peminat perempuan pelakon utama filem itu yang hampir meruntuhkan perkahwinannya.* *Ijajul Mia, semalam berkata beliau menerima ratusan panggilan setiap hari sejak filem Rajniti disiarkan Jun lalu, yang menyaksikan bintang filem terkenal Bangladesh, Shakib Khan, dilihat memberikan nombor telefon kepada kekasihnya dalam filem berkenaan.* *Mia menyaman Khan, yang juga penerbit dan pengarah filem itu, meminta ganti rugi lima juta taka (RM257,954).* 📡 *TULAR / POPULAR* =============== 📺 *KUALA LUMPUR: Drama bersiri yang menjadi bualan ramai, Titian Cinta, mencatat 11 juta penonton apabila ia menemui peminat slot Akasia di TV3, baru-baru ini.* *Disiarkan mulai 12 September sehingga 30 Oktober lalu, drama yang diangkat daripada novel karya Ridhya Iman itu menyaksikan episod akhirnya ditonton oleh 4.3 juta orang.* 🐬 *TOKYO: Seekor ikan lumba-lumba betina dari spesis bottlenose, mati di sebuah akuarium di Jepun hanya selepas beberapa minggu memecah rekod kebangsaan hidup melebihi empat dekad dalam kurungan, semalam.* *Menurut pegawai di Akuarium Shimoda, ikan yang dikenali sebagai Nana, dipercayai berusia 47 tahun itu ditemui lemas, Selasa lalu di akuarium yang terletak di teluk semula jadi di Shizuoka, tengah Jepun, kata pegawai Kiyoshi Sakamoto .* *Nana ditangkap di pantai Ito, pada 1974 dan menghuni akuarium berkenaan sejak itu.* ⛳ *CERITERA ATLET* ================ 🏁 *KUALA LUMPUR: Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sedang menilai segala pilihan supaya pengalaman yang dimiliki pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin tidak disia-siakan terutama bagi membantu meningkatkan mutu sukan permotoran dua roda negara.* *Begitupun Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali berkata, bekas pelumba Moto3 negara pada Kejuaraan Motosikal Dunia itu perlu membuktikan kemampuannya dulu pada pusingan terakhir perlumbaan Supersport di Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) di Qatar, minggu ini.* 🏃🏻 *KUALA LUMPUR: Jurulatih pecut negara Mohd Poad Md Kassim mengharapkan ada pihak yang sudi tampil menghulurkan dana bagi membolehkan atlet pecut di bawah bimbingannya menimba ilmu di Jepun.* *Perkara itu sedikit menggusarkan Poad kerana hampir separuh atlet Negara Matahari Terbit itu kini menghuni kelompok 10 terbaik Asia dengan catatan yang mungkin sukar untuk dikejar Khairul Hafiz justeru mana mungkin pelari terbaik negara itu mampu mengimpikan pingat Sukan Asia jika masih berada di Malaysia.* ⚽ *KUALA LUMPUR: FELDA United berdepan kemungkinan disingkirkan ke saingan Liga Perdana musim depan selepas gagal memperoleh lesen kelab yang ditetapkan oleh Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP).* *Nasib kelab yang beraksi di Liga Super itu kini bergantung kepada Lembaga FMLLP yang dijadual menilai kembali keputusan itu pada pertengahan bulan ini selepas Badan Rayuan Pelesenan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menolak permohonan lesen mereka.* 🐯 *KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim meluahkan rasa kecewa terhadap layanan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) kepada penyokong setia pasukan itu ketika jualan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, semalam.* *Malah, Tunku Ismail menyarankan mana-mana individu berkenaan melepaskan jawatan disandang sekiranya gagal melaksanakan tanggungjawab dengan telus.* 🏑 *SKUAD hoki wanita negara gagal meneruskan prestasi baik pada Piala Asia 2017 apabila tumpas 0-2 kepada Jepun pada perlawanan suku akhir berlangsung di Stadium Hoki Gifu di Jepun, smlm.* 🕌 *SOLAT DIWAKTUNYA* ================= *KAWASAN SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA* *Imsak :5:30*
*Subuh :05:40*
*Syuruk :06:56*
*Zohor :13:00*
*Asar :16:20*
*Maghrib :18:58*
*Isyak :20:09* *3 Nov 2017 masihi* *14 Safar 1439 Hijrah*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan