Selasa, 28 Disember 2021

Permohonan Cuti Bersalin Tanpa Gaji Personal MySTEP


Assalamuallaikum dan salam sejahtera,  memandangkan ramai yg tertanya² berkenaan boleh ke my step ambil cuti tanpa gaji sb cuti bersalin tanpa perlu letak jawatan. Jawapannya BOLEH dengan syarat:

1) kakitangan my step buat surat rasmi permohonan cuti tanpa gaji. 

2 ) surat tersebut disokong oleh pegawai penyelia. (Tidak ada org lain yg berkuasa ke atas kakitangan my step selain drpd pegawai penyelia dia) 

3) surat permohonan cuti tanpa gaji yang telah disokong perlu dikemukakan kepada unit pentadbiran yg menjaga rekod my step DAN unit kewangan yg menguruskan byrn gaji.

Harap jelas.. Sekian, terima kasih. 

Jika ada yang diminta untuk letak jawatan oleh pegawai pentadbiran.. Minta mereka nyatakan justifikasi knp anda perlu letak surat resign memandangkan dlm kontrak tidak terkandung dibahagian penamatan perkhidmatan bahawa kakitangan my step yg bakal bersalin perlu buat surat perletakan jawatan.selain itu, dsbkan pegawai penyelia puan² telah sokong utk puan² diberi cuti tanpa gaji..jadi hanya mereka sahaja yg berhak utk menamatkan perkhidmatan puan² sekalian.

Kena faham apa maksud surat letak jawatan.. Surat letak jawatan ni kita akan kemukakan atas kerelaan hati kita dan bukan secara paksa rela.. Sekiranya pihak agensi puan² arahkan utk letak surat letak jawatan. Katakan padanya "bukankah pegawai penyelia sy adalah en/puan ..(nama).. memandangkan sy dibawah seliaan En/Puan... Jadi sy hanya perlu ikuti arahan dari mereka sahaja. Jadi pada asasnya pihak tuan/puan xboleh memberikan arahan kpd sy tanpa pengetahuan drpd pegawai penyelia sy..

Sabtu, 4 Disember 2021

Omicron Sudah Sampai ke Malaysia


Seperti yang saya kata sebelum ini, pada masa kita waspada, kita juga jangan terlalu menakut-nakutkan diri sehingga lebih banyak lagi maklumat berhubung varian ini diketahui.

Kita jangan panik sebab kerajaan sudah pun mengambil langkah pantas untuk sekat pelawat dari negara-negara yang terbabit sebaik sahaja WHO isytiharkan varian Omicron sebagai "variant of concern".

Ada juga laporan-laporan awal yang kata walaupun varian Omicron ini boleh menular dengan kadar lebih laju berbanding varian Delta tetapi mereka yang dijangkit Omicron hanya mempunyai gejala ringan sahaja dan sembuh dengan kadar laju.

Harap ini akan dapat disahkan komuniti perubatan dunia pada minggu-minggu mendatang.

Tapi tidak salah untuk kita mulakan kerja meningkatkan kapasiti perubatan, ambulans, fasiliti kuarantin, stok perubatan, PPE dan lain-lain sebagai langkah persediaan.

Tidak salah juga bagi Rakyat Malaysia lebih menerima dos penggalak sebagai langkah pencegahan.

Pada ketika ini, dos penggalak merupakan satu-satunya cara untuk kita lebih selamat bagi menghadapi varian Omicron.

Saya sendiri sudah menerima dos ketiga ini dengan selamat sebulan dahulu. 

Tetap cergas dan sihat.

Dan sekiranya angka jangkitan baharu Covid menaik semula, saya cadangkan kerajaan melaksanakan circuit breaker atau lockdown ketat dan singkat antara lima hingga tujuh hari di peringkat negeri yang mencatatkan kadar penggunaan katil ICU yang tinggi dan bukan pukul rata bagi seluruh negara.

Sebab ekonomi dan kehidupan Rakyat tidak akan bertahan lagi sekiranya darurat serta lockdown PKP separuh masak yang berbulan-bulan lamanya dilaksanakan lagi seperti bawah kerajaan PN dahulu.

Mari kita sama-sama doakan perlindungan yang terbaik bagi Malaysia.

Sumber:

Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia

Selasa, 30 November 2021

Kenapa Orang Kaya Semakin Kaya?

1. Orang kaya (read as berharta) menjadi kaya bukan sebab mereka TERLIHAT KAYA. Tapi mereka menjadi kaya sebab mereka ada skill dan strategi tentang kekayaan.

2. Orang kaya invest duit yang mereka ada pada aset dahulu, baru cipta liabiliti. Mereka percaya "biarlah hidup biasa-biasa tapi harta luar biasa". Bukan berpegang kepada konsep "biar papa asal bergaya".

3. Orang kaya memaksimumkan pendapatan mereka dengan meningkatkan gaji atau hasil bisnes mereka melalui cara "kurang santai, lebih masa bekerja", bukan "banyak rehat, kerja kurang".

4. Orang kaya bijak membina multiple income streams. Mereka tak bergantung kepada satu pendapatan sahaja.

Antara Pajakan dan Percuma


Dah seminggu saya dedahkan bukti-bukti tersebut.

Hari ini dia baru jawab balik.

Jawapannya ialah "ianya Pajakan dan bukan percuma".

Tapi dia mengaku juga.

Mengaku bahawa dia memang dapat tanah kerajaan tepi pantai seluas 34 ekar di Langkawi.

Pajakan 60 tahun. Kos pajakan RM7.80 satu ekar sebulan ataupun RM3,200.

Masa dia dapat tawaran tanah dengan harga murah giler itu dari LADA pada tahun 2014:
1. Dia adalah penasihat LADA.
2. Anak dia pula adalah MB Kedah dan juga EXCO tanah. Hal Ehwal tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Dan memang benar dia serahkan kembali tanah tersebut pada tahun 2017.

Kenapa pula?

Mahathir jawab sewa tanah telah dinaikkan berkali ganda. Sebab itu dia serah balik.

Pada ketika tahun 2017 itu, dia sudah letak jawatan penasihat LADA pada tahun 2016. Anak dia juga hilang jawatan MB Kedah buat kali pertama pada tahun 2016.

Tapi dalam posting hari ini, dia tidak pula sebut tanah balak yang diberi pada anak dia seperti yang saya turut dedahkan.

Konsesi balak serta tanah 1,000 hektar (2,471 ekar) diberi pada anak dia pada tahun 1994 masa dia PM.

Takde juga Tun Mahathir jawab tanah Putrajaya yang dia kata dia beli dari kerajaan.  Berapa luasnya dan berapa harganya yang kamu bayar?

Bagus juga Atok mengaku minggu lepas bahawa dia lah yang pinda akta tersebut bagi saya minta kediaman dari kerajaan.

Saya minta bawah akta yang kamu pindah pada tahun 2018. Saya minta masa saya bukan lagi jadi PM ataupun kerajaan di bawah BN dan anak saya bukan pun Ketua Menteri atau MB di mana-mana negeri.

Takde akta pun yang pernah kata ayah boleh ditawarkan tanah kerajaan dengan harga murah giler oleh kerajaan anak dia seperti dalam kes tanah Langkawi atok.

Takde akta juga yang kata anak boleh ditawarkan konsesi balak dan tanah beribu ekar semasa ayah dia PM.

Office saya cuma minta kediaman kerajaan pada tahun 2018 selepas PRU14 seperti hak bawah akta yang kamu pinda itu. Tak langgar apa-apa undang-undang. 

Saya diberi pilihan rumah milik kerajaan di 3 lokasi dan saya pilih satu.

Takde pulak saya minta kerajaan bayar RM100 juta untuk beli bagi saya ataupun saya diberitahu nilai.

Dan saya juga telah membuat keputusan untuk menolak tawaran tersebut.

Dan suruh kerajaan jual tanah tersebut dan sekiranya benar-benar bernilai RM100 juta, sila masukkan dalam tabung untuk disalur sebagai pinjaman tanpa faedah bagi 20,000 penerima dengan nilai RM5,000 seorang.

Apa yang saya dapat sekarang selepas 9 tahun berkhidmat sebagai PM dan menaikkan nilai simpanan negara dari RM800b ke RM2 trilion?

Dana sekurang-kurangnya RM642 juta yang saya terima dari Kementerian Kewangan Arab Saudi secara peribadi seperti disahkan mahkamah, saya juga memberinya sepenuhnya untuk kerja CSR dan program-program Rakyat. Saya tak guna untuk peribadi saya pun.

Saya pun dah tak mahu apa-apa sebab kamu asyik meroyan.

Jika saya atau keluarga saya pernah menerima apa-apa tanah dari kerajaan, sila Atok dedahkan.

Sila dedahkan. Sila bocorkan.

Bukti yang saya kemukan minggu lepas: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/450863353071275

Posting Tun Mahathir hari ini: https://www.facebook.com/100044516073020/posts/465140234979842/?d=n

Sumber:

Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia

Isnin, 29 November 2021

Kadar Pertumbuhan Ekonomi Semua negara-negara jiran bagi Suku 3 tahun 2021.


Semua negara-negara jiran sudah selesai lapor kadar pertumbuhan ekonomi bagi Suku 3 tahun 2021.

Malaysia satu-satunya negara sahaja yang jatuh secara rasmi ke status kemelesetan ekonomi teknikal pada ketika ini. Tengok graf.

Kemelesetan teknikal bermaksud ekonomi mencatatkan penguncupan dua suku tahunan berturut-turut.

"10 Nov 2021: Malaysia tipped to enter technical recession in Q3: analysts"
https://www.businesstimes.com.sg/asean-business/malaysia-tipped-to-enter-technical-recession-in-q3-analysts

Malaysia juga paling teruk dari kadar pertumbuhan ekonomi tahun ke tahun bagi suku 3 2021 antara semua negara jiran.
Indonesia: +3.5%
Singapura: +6.5%
Thailand: Negatif 0.3% 
Filipina: +7.1%
Malaysia: Negatif 4.5%

Ini berikutan negara kita satu-satunya dalam dunia yang umumkan darurat untuk gantung parlimen dengan alasan nak melawan Covid tetapi sebenarnya sebab dorang mahu kekalkan kuasa.

Biarpun darurat dibuat, RM600 bilion duit negara dibelanjakan oleh kerajaan dan lockdown separuh masak antara paling lama dalam dunia yang banyak menjahanamkan ekonomi Rakyat dan perniagaan kecil, negara kita masih mampu mencatat kadar kes Covid dan kadar kematian Covid antara paling tinggi dalam rantau dan dunia.

Harga barang-barang juga menaik tinggi akibat lockdown separuh masak tersebut - sehingga Guan Eng pun faham.

“Half-baked lockdowns” the cause for rising food prices, Guan Eng says
https://focusmalaysia.my/half-baked-lockdowns-the-cause-for-rising-food-prices-guan-eng-says/I

Harap jangan diulangi kegagalan ini.

Sumber:

Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia

Afrika Selatan Jangka Gelombang Ke-4 Akibat Omicron


Varian Omicron menyebar ke banyak negara di luar Afrika, makin dekat dengan Malaysia.

Malaysia perlu lebih waspada dan ketatkan kawalan serta pemantauan sempadan sementara waktu saintis dunia buat kajian berhubung varian ini.

Pada masa kita waspada, kita juga jangan terlalu menakut-nakutkan diri sehingga lebih banyak lagi maklumat berhubung varian ini diketahui.

Tapi tidak salah untuk kita mulakan kerja meningkatkan kapasiti perubatan, ambulans, fasiliti kuarantin, stok perubatan, PPE dan lain-lain sebagai langkah persediaan.

Tidak salah juga bagi Rakyat Malaysia lebih menerima dos penggalak sebagai langkah pencegahan.

Saya sendiri sudah menerima dos ketiga ini dengan selamat sebulan dahulu. 

Tetap cergas dan sihat.

Mari kita sama-sama doakan perlindungan yang terbaik bagi Malaysia.

Sumber:

Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia

Khamis, 18 November 2021

Pelaburan UAE ke Indonesia


Jan 2020: UAE labur RM93.5b ke Indonesia
Mac 2021: UAE labur RM41b ke Indonesia
Nov 2021: UAE labur RM136b ke Indonesia

RM93.5b+RM41b+RM136b = RM270.5b.

Sejak PRU14, Malaysia dapat apa dari UAE?

Sifar.

Walaupun Azmin dan Abah kau pernah lawat ke sana.

Kenapa?

Ini sejak kerajaan PH batalkan perjanjian penyelesaian 1MDB dengan syarikat IPIC milik kerajaan Abu Dhabi untuk lawan di mahkamah serta tindakan pihak SPRM masa kerajaan PH mendedahkan secara umum perbualan telefon peribadi antara saya dengan Putera Mahkota Abu Dhabi.

Setiap satu sen yang didakwa hilang dari 1MDB telah dibayar atau dijamin oleh syarikat IPIC milik penuh kerajaan Abu Dhabi, UAE.

Dari tahun 2015 hingga 2017, saya telah membuat dua perjanjian penyelesaian dengan Abu Dhabi untuk mendapat kembali dana dari mereka tanpa menuduh secara terbuka bahawa pihak-pihak mereka telah mengelapkan dana 1MDB demi menjaga hubungan antara kedua negara kita. 

Perjanjian penyelesaian muktamad pada tahun 2017 yang diusahakan oleh kerajaan BN dahulu mengandungi klausa bahawa IPIC bersetuju untuk menyelesaikan semua wang dibayar oleh 1MDB kepada mereka yang kini didakwa hilang sebelum 30 Disember 2020.

Kalau niat utama kerajaan PH dahulu adalah untuk mendapat kembali segala wang, perjanjian penyelesaian ini patut dipatuhi.

Bergantung kepada DOJ Amerika Syarikat untuk kembali wang selepas ianya dibayar dan dijamin oleh IPIC bermaksud kita tak mungkin dapat kembali segala yang didakwa hilang.

DOJ hanya mampu mendapat kembali sebahagian dari dana tersebut. Itupun dengan cara sedikit demi sedikit.

Tetapi niat kerajaan PH dahulu berlainan.

Jika semua wang 1MDB yang didakwa hilang dikembalikan oleh IPIC sebelum akhir tahun 2020 ini, maka Najib tak rompak apa-apa.

Jadi, saya agak kecewa bahawa perjanjian penyelesaian ini tidak diteruskan oleh kerajaan PN walaupun Sarawak Report turut membuat spekulasi apabila PM8 melawat UAE pada bulan lepas bahawa kerajaan PN akan menyelesaikan dengan IPIC dengan menerima bayaran yang murah dari UAE.

"8 Feb 2021: Abu Dhabi Cheap Settlement Looks Imminent To Get Royals Off The Hook"
https://www.sarawakreport.org/2021/02/abu-dhabi-cheap-settlement-looks-imminent-to-get-royals-off-the-hook/

(Ini juga kali pertama Sarawak Report mengaku bahawa wujudnya perjanjian penyelesaian ini dan Najib cuba mendapat kembali dana yang didakwa hilang dari 1MDB)

Paling pelik pula ialah geng-geng PH juga tak tertanya-tanya juga kenapa perjanjian penyelesaian dengan UAE ini tidak diteruskan.)

PH tak mahu sebut pun perjanjian penyelesaian ini sebab ianya bercanggah dengan propaganda PH terhadap saya.

Sebab itu, kerajaan PH dahulu batalkan perjanjian penyelesaian dengan kerajaan Abu Dhabi itu walaupun ianya bermakna negara akan rugi.

Sebab itu juga, kerajaan PH rela untuk saman kerajaan Abu Dhabi di London berhubung dengan dana 1MDB itu dan sanggup merosakkan hubungan antara dua negera itu.

Jika perjanjian tak batal maka hanya boleh kata IPIC belum bayar balik dana 1MDB. Wang tak hilang.

Jika perjanjian batal dan kita saman IPIC maka dana itu pun diklasifikasikan sebagai dana hilang dan haram.

Malah SPRM di bawah kerajaan PH lebih rela untuk membongkarkan rakaman perbualan telefon peribadi saya dengan putera Abu Dhabi apabila kita berdua cuba menyelesaikan masalah 1MDB-IPIC.

Sebab itu juga, kerajaan Abu Dhabi lebih rela untuk melabur RM270.5 bilion dengan negara jiran Indonesia dan tak labur satu sen pun di Malaysia.

Dan kerana itu juga, Guan Eng tak pernah berani untuk mendedahkan perjanjian penyelesaian IPIC.

Kerana apabila didedahkan, klausa untuk mendapat kembali semua dana yang dihilang sebelum akhir tahun ini akan terdedah kepada Rakyat.

Dan dengan itu, Najib bukan lagi perompak dan penyamun dana 1MDB.

Itu tak boleh!

Sebab itu, kerajaan PH sanggup menerima sebahagian dari wang tersebut melalui DOJ sedikit demi sedikit dan tidak mahu mendapat kembali segala dana didakwa hilang secara sekaligus seperti dalam perjanjian penyelesaian.

Sebab itu, kerajaan PH sanggup rosakkan hubungan antara Abu Dhabi dengan Malaysia sehingga Abu Dhabi melabur RM270.5 bilion di Indonesia dan tak labur satu sen pun di Malaysia.

Negara kerugian besar tak apa.

Asalkan propaganda bahawa Najib adalah perompak dan penyamun 1MDB boleh diteruskan oleh PH.

(Tonton video 11 Nov 2018 ini apabila saya tanya tentang perjanjian itu. Tak seorang dari PH pun berani sangkal saya. Semua terdiam - termasuk Jelutong dan Guan Eng yang ada dalam dewan.: https://www.facebook.com/najibrazak/videos/420165068519453/ )

Sumber:

Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia

Ahad, 14 November 2021

Apek Cina Tidak Setuju Kedai Nombor Ekor di Haramkan Oleh Kerajaan Kedah

Pertama sekali, saya tidak berjudi, tidak suka berjudi dan membantah kegiatan judi. Saya yakin bahawa Agama saya, Agama buddha tidak mengalakkan aktiviti judi.

Kerajaan kaum majoriti Tiong Hwa, Kerajaan China juga melarangkan judi di Tanah Besar China selain Macao. Namun, terdapat juga banyak perjudian haram di negara itu. 

Akan tetapi, saya tidak bersetuju dengan Kerajaan Negeri saya haramkan kedai nombor ekor atas alasan-alasan sebegini :

1.) Pengharaman kedai nombor ekor TIDAK akan menghalang orang daripada membeli nombor ekor.

2.) Terdapat banyak penjualan nombor ekor haram, merata di Malaysia. Jikalau kedai nombor ekor yang sah diharamkan, ianya hanya akan memanfaatkan penjualan nombor ekor haram.

3.) Penjual nombor ekor haram di Kedah ( yang tidak dapat dicukaikan) tengah bertepuk tangan gembira membaca berita ini. Saya tidak senang tengok mereka gembira.

4.) Pembelian nombor ekor tidak memangsakan siapa-siapa yang bukan pembeli.

5.) Nombor ekor susah menang. Maka orang yang membeli bukannya “ bertaruh Kow Kow “ seperti di Kasino, yang akan kalah teruk.

6.) Kedai nombor sah boleh mengawal pembelinya bukan dari kalangan Muslim, dimana jikalau diharamkan, akan membantu perkembangan nombor ekor haram yang tidak kisah pembelinya Agama Islam atau Tidak.

7.) Cara terbaik untuk menyelesaikan gejala judi adalah melalui pendidikan. 

Kesimpulanya, pengharaman kedai nombor ekor akan memanfaatkan penjual nombor ekor haram yang tidak terkawal penjualannya kepada Muslim, dan tidak dapat dicukaikan.

Saya banyak kendalikan kes didakwa bawah Akta Rumah Judi Terbuka, dan saya ingin beritahu bahawa Penjualan Nombor ekor Haram ( Seksyen 9 ) adalah banyak dan nyata.  

Jangan biarkan mereka tepuk tangan dan meraihkan keputusan ini!

Sumber:
Facebook Page
Ulasan Apek Cina

Isnin, 8 November 2021

Sc4mm3r terhormat alaf baru yang akan diagung agung, disanjungi dan tidak salah secara zahir oleh pihak berkuasa

Sifu/Business Coach

Paling famous sekarang ialah kelas Business Coaching, Marketing, How To Reach RM1juta Pertama. Ni semua kelas paling ramai orang nak masuk, sebab apa? Sebab semua nak kaya

Sembang mentor kalau nak berniaga mesti ada ilmu baru boleh berniaga. Antara tarikan memancing ramai untuk masuk kelas:

1) Mereka ni akan guna teknik sejak zaman MLM dahulu kala, first dia akan kondem apa kita buat

"Sampai bila nak kerja ni?"

"Tak teringin ke pakai Vellfire?, takkan kau nak anak bini kau duduk dalam Waja convert Evo kau ni balik Kokdiang bila raya"

Lepas kondem, disusuli dengan soalan perangkap

"Kau nak jadi jutawan? Jom kelas ni dari Sifu Bidin. Kelas sepatutnya RM300 tapi untuk first 100 orang RM50 jer. Nak meniaga kena ada ilmu baru boleh"

Dan kau pun daftar tanpa belah bahagi dengan harapan boleh jadi jutawan lepas balik kelas

2) Big Why - adalah soalan paling famous semua sifu coaching haram jadah ni akan tanya. Sambil menjerit dalam dewan 

"Apa big why kamu?"
"Apa yang kamu hendak dalam hidup?"
"Kenapa kita kena kaya? Kenapa kita nak sangat jadi kaya?"

Dan kau dalam dewan tu mulalah terpekik terlolong sambil bersemangat bercakap kenapa aku kena kaya, kenapa aku nak kaya. Si malaun ni pulak terus main slide show, main sentimen agama. Keluarlah gambar anak murid dia dulu naik kapcai, buat lah cerita konon beli kapcai Aeon Kredit downpayment singgit, tapi sekarang lepas jual gelang ajaib dah pakai Lambo Urus.

Nak lagi syok, dia main kan pula gambar entah sapa sapa punya family pergi umrah, sambil backround music nasyid dan ucapan ucapan syukur dapat bawa mak bapak ke tanah suci (bab ni memang ramai melayu lemah bila main sentimen nak pergi Mekah)

Sambung lagi, keluar gambar dah pakai kereta besar, dah ada rumah besar. Lagi syok dah ada Ducati sebijik parking

Masa ni, emosi kau orang dah 50% para scammer sifu ni dah tangkap. Dia dah main emosi, kau orang dalam dewan tu dan mula berangan angan, dah bercakap dengan kawan sebelah dan jangan lupa, sifu sifu kau ni dia ada orang orang dia dalam ramai ramai tu yang duduk sebelah kau orang dan mereka ni kerjanya akan cakap "saya kenal si polan dalam slide show tu, dulu dia beli burger tak cukup duit saya bayarkan sekarang tengok dia dah kaya" Kau pula bila dengar macam tu makin membuak buak semangat

3) Emosi - Bila kau dan majoriti dalam dewan tu dah terpengaruh dengan emosi, mereka bagi sikit tips. Sikit jer jangan kau harap semua. Dia ajar lah FB Ads sikit, macam mana nak narrow target segmet, dia akan mula lah keluar kan terma terma ciptaan sendiri, robot ads lah, robocop marketing, gorilla market dan berbagai bagai.

Kemudian, dia tunjuk testimoni anak murid yang dah berjaya. Dari jual sabun 1 ketul sehari sekarang nak jual 5000 ketul sehari dan benda yang akan ditunjuk adalah gambar sambil baring sebelah parcel yang berlambak lambak konon hasil dari apa yang diajar. Tak lupa juga dalam testimoni ada video ucapan terima kasih dari anak murid yang dapat jual sabun 5000 ketul diakhiri dengan "kalau saya tak masuk kelas, saya tak tau lah saya boleh capai tahap sekarang atau tidak"

Kau dah mula kagum masa ni, dah mula terfikir nak jual berus gigi, dah mula berangan nak jual tudung.....

4) Testimoni Real - tak cukup dengan testimoni dari video, dia panggil naik beberapa orang bekas anak murid naik. Mereka ni ceritalah yang dulu susah, dulu naik kapcai, makan meggi belah empat, anak minum susu cair campur nescafe kemudian cerita sekarang business juta juta

Ingat, juta juta tau tak main ratus ribu puluh ribu. Dah beli kereta idaman, dah beli rumah idaman, dah hantar mak bapak pergi Mekah. Nampak tak skrip sama yang diulang ulang.

Mula mula dari penyampaian vokal, kemudian audio visual dan last sekali secara real. Masa ni kau yang dalam dewan tu dah lupa patut datang nak belajar marketing, belajar business tapi dah mula khayal nak jadi kaya sebab garam, tomato sos, cili sos dah kena tambah cerita jadi makin aedap

5- Motif Utama - sifu kau ni sebenarnya nak kau masuk kelas dia RM40,000. Kelas yang mula kau masuk ni celah gigi dia jer. Macam mana nak kaya dengan RM50 satu orang

Dia ulang balik macam skrip no. 1 dengan tambahan "Semua yang tuan tuan lihat tadi, yang dah berjaya tadi adalah alumni kelas Platinum Titanium saya"

"Saya tak perlu ramai, jika tuan tuan nak ubah hidup, nak jadikan RM1 ke RM1juta, marilah bersama sama dengan saya dan rakan rakan ini hanya RM40,000 sahaja. Jika tidak mahu keluar RM40,000 dari mana ilmu satu juta pertama tuan tuan akan datang?"

"Apalah sangat RM40,000 dengan RM1juta yang tuan tuan akan rasai. Saya yakin bila tuan tuan dah pegang satu juta, RM40,000 yang tuan tuan laburkan hari ini ibarat RM400 yang tuan tuan guna untuk beli barangan dapur sahaja"
 
"Modal RM40,000 dan pulangan RM1juta? Ini bukan skim cepat kaya tuan tuan, ini pelaburan tuan tuan untuk ilmu yang akan gandakan bukan saja 1 juta tapi ke 2 dan 3 juta"

So ramai yang dah kelabu mata dengar RM1juta terus sign up tanpa berfikir panjang

Dalam dewan hari tersebut ada 300 orang, dia hanya perlukan 10% bersamaan 30 orang yang dahaga dan lapar nak pegang duit RM1juta untuk dia collect RM1.2juta secara terang dan tanpa bersalah (30 orang × RM40,000)

So dalam hari yang sama, sifu kau tu buat RM1.2juta bukan kau 😆

Lepas kau dah belajar, duit habis, RM40,000 dah terbang, kau pun melingkup. Apa business pun tak start 😂

So proses ini akan terus berulang sampai sifu kau tu kaya raya dan dia guna skrip yang sama sebab rakyat Malaysia ada 32 juta orang, banyak lagi yang dia boleh tipu 😝

Ceritanya sama dengan coaching nak kurus. Pejadah nak kurus belajar dengan coach online siap bayar, selagi kau tak boleh jaga tombolok tu tak payah nak berangan boleh kurus

Meh saya ajar, tak payah bayar kalau bab nak kurus 😆

Kesimpulannya, ini lah cara yang paling legit untuk jadi kaya raya zaman moden ni tanpa menyalahi undang undang

Jutawan sebenar? TS Syed, TS Tony, Dato Din diaorang takda masa nak buat buat kelas ni. Mereka nak hadap real business kadang 24 jam pun tak cukup

Tapi takpa, kalau rindu dengan sifu sifu coaching, muka mereka banyak di billboard billboard highway, senang kau orang ingat dan tak lupa 😝

Tak percaya apa saya cakap ni? Ada Netflix? Buka dokumentari "Money Explained" dan tengok macam mana money game scammer satu dunia guna untuk manipulate ramai dan ambil kesempatan.

Kredit : Mohd Khairul MK
CC Kredit : Facebook Azizul Azli Ahmad

Ahad, 7 November 2021

Beg Tangan Wanita (Wani Fizz)


"Korbankan Duit Hantaran Untuk Modal Bisnes"

Puan Hazwani Hassan sebelumnya bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan. Kini, beliau merupakan founder Wani Fizz yang menjual beg tangan wanita.

Beliau pada mulanya sanggup menggunakan duit yang ada untuk modal bisnes roti canai tetapi tetap tidak menjadi.

Kemudian, mula jadi dropship untuk tebus balik duit yang digunanya sebelum ni, tetapi dapat pula leader yang tak bertanggungjawab dan suami pun mula hilang kepercayaan.

Bila Puan Wani join RPM, banyak benda yang beliau belajar seperti set up Facebook Page, buat Like Marketing dan share content. 
Dalam ARB pula, perkara betul yang beliau buat adalah Facebook live konsisten selama 44 hari, set target audience dan copywriting yang betul. 

Sales sebelum join ARB tak pernah pecah RM1k. Alhamdulillah lepas je join ARB, sekarang sales beliau dah berjaya capai simpanan 5 angka...

Itulah antara puncak kejayaan yang berjaya dicapai oleh Puan Wani dan beliau sangat berpuas hati selepas mendapatkan bimbingan di dalam Momentum Internet.

Betul kata orang, selagi kita tidak mendapatkan bimbingan dan tidak mencari guru yang betul, macam mana kita nak archieve kejayaaan betul? Jadi usahawan diluar stop daripada duduk diam sahaja, teruskan buat tindakan anda..

Kakngah Nikmati Chef Tako Takoyaki


Pelik Tapi Benar, Makanan Jepun Laku Keras Dekat Malaysia 😱

Hari ni Kak Ngah cuti, so sempatlah bawa Syurga Kak Ngah shopping dekat Ayer Hitam, jalan dengan perut kosong jadinya lepas penat shopping memang cari makanan lerr..

Kak Ngah nampaklah ada banyak stall dekat area MR. DIY Ayer Hitam ni, tapi Kak Ngah tertarik dengan satu stall ni memang Kak Ngah kenal sangatlah, iaitu stall Chef Tako.. 

Jadi dekat sini, Kak Ngah tertarik untuk sharekan macam mana perjalanan bisnes Chef Tako yang dibina oleh 2 orang jejaka hebat iaitu Tuan Hemrul  dan Tuan Misyael. 

Kenapa Kak Ngah kata macam tu?? Dulu masa mula-mula nak menjual takoyaki terpaksa tebalkan muka tumpang stor kecil belakang kedai kosmetik sebab tak mampu nak menyewa.

Berniaga di jalanan sahaja, sampai ada suatu ketika hanya mampu buat sales RM5 jer sehari? Sahabat Kak Ngah cuba bayangkan macam mana nak bagi nafkah pada family dengan duit RM5 tu? Confirm tak cukup...
Ada masa bila takoyaki yang dia buat tak habis dijual dan terpaksa makan sendiri. Itulah yang berlaku kepada Tuan Hemrul  dan Tuan Misyael dulu. Banyak cabaran yang dihadapi Chef Tako masa tu...

Tapi itulah yang menjadikan push factor kepada dua orang jejaka ini, daripada tumpang stor kecil pindah kepada kedai yang lebih besar. Yang terkini, dari berniaga di jalanan ke 2 buah kilang sendiri, ada lebih 1,000 seluruh Malaysia. 

Semuanya berubah bila mereka belajar, berguru dengan guru yang betul. Konsisten terus buat jer daripada bimbingan Tuan Najib Asaddok. Mereka berdua dah dapat capai banyak impian dan apa yang paling best dalam impian mereka ada impian team, stokis dan ejen yang mereka bantu dari  bisnes Chef Tako..

Bestkan?? Kak Ngah memang bangga dengan kejayaan mereka dengan cara mereka menghormati guru sangat-sangat dahsyat..

Kak Ngah yakin korang yang berniaga pun boleh capai macam mana Tuan Hemrul dan Tuan Misyael dapat..K lah, itu jer nak share..

Rasa lapar pula, Alhamdulillah dapat juga makan takoyaki hari ni, cair dalam mulut beb!!

Sumber Facebook Afrina Usri

Khamis, 4 November 2021

Tips Senyuman Manis Dari Adik Aqil


Tahukah korang, senyuman ni ada kuasa yang besar terhadap diri seseorang taw. Dengan senyuman, kita boleh mengubah wajah suram menjadi ceria. 🤩

Petang ni Adik Aqil nak kongsi tips kepada korang macam mana nak jadi seseorang yang sentiasa ada senyuman manis dalam gambar 😊

1. Pertamanya, elakkan senyum sambil ketap bibir 😉 Senyuman jenis ini biasanya dalam kategori senyum tak ikhlas, seolah terpaksa taw!

2. Kedua, senyum terkejut! Haa ni yang Adik Aqil nak share ni. Senyuman cara ini mungkin agak susah korang nak buat. Tapi, kalau korang berlatih, Cik Kak memang yakin senyuman ini boleh menggambarkan keceriaan. Barulah nampak ikhlas! 😍

3. Haaa yang terakhir, senyum sambil menjeling 😜 Tundukan sedikit kepala sambil ukir senyuman kecil. Mata pula melirik ke arah orang yang tengok korang.. Nak buat orang jatuh cinta dengan korang, gunakan taktik senyuman ni sebab ia lagi nampak manja berbanding senyuman biasa taw!

Haaa, Adik Aqil nak pesan ni. Walau penat macam mana pun kita, bila berhadapan dengan orang lain, jangan lupa senyum ya!! 😉


Rabu, 3 November 2021

Tidak Adil Keputusan Hakim Tentang Kes Adik Zulfarhan


Ya allah 😭😭

Sebak harini dengar keputusan hakim tentang kes adik Zulfarhan . 

Hukuman penjara hanya 18 tahun penjara dan 3 tahun penjara untuk pelaku ? 

Mangsa buli yang di dera oleh kawan kawan baik sendiri sehingga mati . 

Mangsa di seterika berkali kali sehingga hilang rasa kesakitan akibat badan habis melecur tahap 3 . Korang cuba bayangkan😭😭 dengan keadaan tangan dan kaki di ikat sebelum di tekap dengan seterika panas yang suhu mencecah 100 c . 

Mangsa jugak dibelasah beramai-ramai antara 20 dan 30 pelajar menggunakan seterika wap, tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju dari jam 3 pagi sehingga jam 11.00 pagi .  Selama 8 jam di dera tanpa henti 😭😭 . 

ya allah😭😭

Dia diazab berhari2 , dipukul dan di tekap dengan seterika wap panas . 

Aku terfikir adakah korang ni manusia ? atau sebenarnya syaitan bertopeng manusia . sanggup buat perlakuan macamni pada manusia? 

Kami rakyat malaysia nak kes zulfarhan di bawak ke Mahkamah Rayuan untuk mencabar keputusan Mahkamah Tinggi . 

Lawan tetap lawan . 

Sah sah suspek semua memang ada niat nak bunuh.

buka sekali di tekap dengan seterika tapi berkali2 dan berhari hari arwah terseksa sebelum meninggal .

Aku tak mampu bayangkan kita kena seterika sikit pom dah terseksa tapi arwah di seksa di seluruh badan termasuk kemaluan sekali kecuali muka je diorang tak seterika .

Lagi sebak bila baca status ibu zulfarhan bila kehilangan anak tercinta dengan cara yang tak diterima dek akal😭 . Arwah pula merupakan anak harapan keluarga , anak pertama . yang di harap dapat membantu meringankan beban keluarga untuk membesarkan adik adik .

Ibu mangsa jugak menghidap masalah katarak yang serius disebabkan selalu menangis akibat terkenang anaknya.. 

kata ibu zulfarhan " Saya alami katarak serius kerana sering menangis. Saya mengalami kesedihan berpanjangan kerana arwah lambang kasih sayang saya dan suami dalam membina keluarga kami.

“Kesihatan saya terjejas daripada 2017. Ekoran kejadian serta darah tinggi kerana tidak dapat tidur malam,” katanya di hadapan Hakim, Datuk Azman Abdullah.

Sungguh tak terima dek akal dengan apa korang lakukan pada arwah ? . korang memang kejam macam mengalahkan binatang! 

Terlepas di dunia tapi ingatlah di akhirat tidak terlepas ! 

Boleh slide gambar untuk baca cerita yang di tulis oleh adik arwah ketika pembicaraan berlaku di mahkmah . 
Kesan bukti kulit dan darah arwah dikatakan masih lagi ada di seterika yang digunakan untuk mendera arwah .

#justice4Zulfarhan
#zulfarhanosman
#ShareForSupport
#bullyingawareness
#BullyingStopsHere
#SayNoToBully

Ahad, 31 Oktober 2021

Bagaimana Dato Seri Najib Razak Lihat Adegan YB Lim Guan Eng ?


Tak tahan dengan adegan Guan Eng ini yang saya lihat amat buruk sekali.

Semalam, Wee Ka Siong bersetuju dengan TV3 untuk tetapkan tarikh 2 November sebagai tarikh debat dengan Guan Eng, iaitu selepas Bajet 2022 dibentang dalam Dewan Rakyat, tapi Guan Eng tak puas hati.

Guan Eng kata Ka Siong tak perlu beri alasan Bajet negara untuk "tangguhkan" debat biarpun tarikh 2 November itu cuma sekitar 2 minggu dari sekarang.

Guan Eng mahu tarikh 23 Oktober - bukan 2 November. Beza 10 hari

Bajet negara tak penting ke, Guan Eng? Adakah beza tempoh 10 hari itu benar-benar terlalu lama? 

Ko fikir Ka Siong sebagai Menteri Pengangkutan tidak perlu sumbang kepada bajet negara ke?

Untuk rekod, debat kali ini berhubung isu kabotaj adalah kali ketiga Ka Siong cabar Guan Eng untuk debat.

Kali pertama pada tahun 2018 di mana Guan Eng enggan debat dengan Ka Siong berhubung skandal terowong dengan memberi alasan Ka Siong masa itu bukan presiden parti dan dia sebagai boss DAP hanya akan debat dengan boss MCA.

Kalu kedua pada tahun 2019 dan sekali lagi Ka Siong cabar Guan Eng untuk debat berhubung isu dana untuk KUTAR di mana Guan Eng sebagai Menteri Kewayangan telah salurkan dana bagi KUTAR kepada yayasan yang dikuasai oleh geng-geng dia dan bukan terus kepada Universiti yang akhirnya banyak memarahkan komuniti pelajar KUTAR.

Kali kedua ni, Guan Eng langsung tak layan dengan memberi alasan tiada keperluan untuk debat isu ini.

Sebab itu, Guan Eng janganlah cuba berlagak hero sebab kamu sudah dua kali lari.

Anak dengan ayah berdua ini sama saja.

Sama seperti pada tahun 2019 juga di mana Kit Siang ajak saya debat. Akhirnya Kit Siang larikan diri selepas saya bersetuju debat.

Alasan diberikan Kit Siang masa itu lagi tak masuk akal - kononnya debat antara dia dengan saya akan menimbulkan masalah perkauman.

Sumber:

Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia

Sabtu, 23 Oktober 2021

ASB Financing Maybank


🐯🐯PROMOSI ASB Maybank hanya serendah 3.30%‼️‼️🐯🐯

🌸 Pelaburan Berisiko rendah
🌸 Bulanan Serendah RM 50 sahaja
🌸 Dilindungi oleh Takaful
🌸 Pulangan Dividen Berdasarkan Nilai Sijil

Bagi Mereka Yang ada Asb Financing Dengan Maybank anda boleh juga dapatkan Rate serendah 3.30% :

Kelebihan apabila membuat Asb Plus :

‼️ Sijil Asb Anda akan dikekalkan
‼️ Dapat Pulangan Tunai secara cashback
‼️ Bayaran Bulanan Akan menjadi lebih rendah

Anda boleh buat pembiayaan patuh shariah terus di website Maybank 
👇🏻👇🏻


🐯ASB FINANCING MESTILAH HANYA DI MAYBANK🐯

Tan Sri Muhyiddin Yaasin Mendapatkan Dos Penggalak Covid-19

Pagi ini, saya dan isteri telah ke PPV Axiata Arena untuk menerima suntikan dos penggalak atau "booster dose" vaksin COVID-19.  

Pemberian dos secara sukarela dan percuma di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) ini telah bermula di Sarawak sejak 13 Oktober lepas.  

Bagi warga Lembah Klang, 'roll out' janji temu  telah dikeluarkan sejak semalam dan pemberian dos penggalak dijangka dapat dilaksanakan selewat-lewatnya pada 27 Oktober ini.

Objektif pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 ialah untuk memastikan tempoh perlindungan yang optima diperolehi oleh penerima vaksin COVID-19 di Malaysia.

Dos penggalak ini diberi kepada penerima vaksin "Cominarty" (Pfizer) yang telah lengkap menerima vaksin sekurang- kurangnya 6 bulan yang lalu dengan keutamaan kepada anggota barisan hadapan kesihatan dan keselamatan, warga emas berusia 60 tahun dan ke atas dan individu yang mempunyai komorbiditi. 

Sehingga 21 Oktober, seramai 66,672 individu telah menerima dos penggalak. 

Malaysia merupakan antara negara yang awal di dunia dalam melaksanakan suntikan dos penggalak vaksinasi COVID-19, dan ini selari dengan kejayaan Kerajaan yang sudah memberikan lebih 48 juta dos vaksinasi kepada populasi di Malaysia.

Setakat hari ini, 94.3 peratus populasi dewasa sudah lengkap divaksinasi, manakala 71.6 peratus daripada kesuluruhan populasi rakyat di negara kita juga telah menerima suntikan lengkap COVID-19. 

Kemampuan Malaysia memberi dos penggalak secara percuma kepada barisan hadapan dan golongan berisiko tinggi ini adalah hasil daripada perancangan Kerajaan yang efektif dalam menempah dan membeli dos suntikan vaksinasi daripada kombinasi pengeluar vaksin utama dunia sejak akhir tahun lepas. 

Ketika di PPV Axiata Arena, saya  berkesempatan menyantuni golongan remaja berusia di bawah 18 tahun yang turut menerima suntikan vaksin. Majoriti mereka ditemani ibu bapa masing-masing, satu situasi yang menggambarkan kesedaran dalam kalangan masyarakat kita mengenai kepentingan vaksinasi untuk melindungi diri, keluarga dan komuniti.  

Kepada mereka yang masih belum menerima suntikan vaksinasi, segeralah mendapatkan suntikan ini. Buat mereka yang sudah dan bakal menerima janji temu untuk menerima dos penggalak, saya doakan proses vaksinasi anda berjalan dengan lancar. 

Ayuh, bersama lindungi diri, lindungi semua!

Sumber
Facebook Page Rasmi
YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
MANTAN PERDANA MENTERI

Khamis, 21 Oktober 2021

Dato Seri Najib Razak Jawab Tun Dr Mahathir Berkenaan Langkawi vs Pulau Batu Puteh


Bagi mempertahankan diri daripada langkah tidak masuk akal kerajaan PH dahulu untuk tarik balik tuntutan ke atas Pulau Batu Puteh beberapa hari sebelum perbicaraan bermula, Tun Mahathir menggunakan alasan bahawa tidak menghormat perjanjian bermaksud negara adalah negara pariah.

Lalu, dia cuba alihkan isu Pulau Batu Puteh ke isu penjualan air oleh Malaysia ke Singapura pada harga amat murah.

Jika kita ingat kembali, isu harga penjualan air ini menjadi isu besar ketika kerajaan PH mula mentadbir selepas PRU14, 

Lepas itu, senyap je memanjang. Langsung tidak diselesaikan oleh kerajaan PH atau kita diberi apa-apa update berkenaannya.

Kenapa? 

Sebab perjanjian permisahan Singapura dari Malaysia yang dibuat pada tahun 1965 di United Nations secara sangat spesifik menyatakan bahawa Malaysia bersetuju untuk menghormati perjanjian penjualan air - terutamanya bagi perjanjian air tahun 1962 yang menetapkan harga air mentah yang dijual ke Singapura pada harga 3 sen bagi setiap 1,000 gelen.

Perjanjian ini tamat 100 tahun kemudian pada tahun 2061 tetapi membenarkan semakan harga dibuat oleh kedua-dua negara pada tahun 1987 iaitu 25 tahun selepas perjanjian dibuat tahun 1962.

Namun masa itu, PM4 pilih untuk tidak semak semula harga pada tahun itu seperti dibenarkan dalam perjanjian.

Hanya sekali sahaja PM4 pernah jawab kenapa dia lepaskan peluang untuk semak harga pada tahun 1987 apabila dia ditanya pada tahun 2002.

Dia jawab bahawa dia bimbang bahawa Singapura akan naikkan harga air terawat yang dijual kepada Johor sekiranya Malaysia naikkan harga air mentah. Masa itu (dan sekarang juga), ketergantungan Johor dengan bekalan air terawat dari Singapura adalah tinggi.

Ya, kita terikat dengan perjanjian permisahan yang dibuat dengan Singapura di United Nations.

Tak takut jadi pariah pula, PM4 dan PM7 apabila dia jadikan isu harga air ini sebagai modal politik dia selama berpuluh tahun.

Masa itu dia tak pulak kata kita perlu hormat perjanjian antarabangsa pulak.

Cuba tanya dia sekali lagi kenapa dia tidak semak semula harga air mentah ke Singapura pada tahun 1987.

Tanya juga kerajaan PH dan kerajaan PN dahulu juga kenapa harga air mentah ke Singapura juga tidak dapat diselesaikan masa mereka memerintah.

Sumber:

Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia

Rabu, 20 Oktober 2021

Mukjizat Nabi Muhammad

MUKJIZAT SETIAP ORANG PERLU TAHU BERKENAAN NABI MUHAMMAD (S.A.W)

SELAIN ALQURAN MUKJIZAT AGONG BAGINDA..

1) TAHUKAH ANDA > 

"Tubuh Nabi SAW tidak pernah di hinggapi atau digigit oleh sebarang serangga spt lalat, serangga, semut dan nyamok. 

2) TAHUKAH ANDA >

Nabi SAW tidak pernah menguap sepanjang hayat Baginda.

3) TAHUKAH ANDA >

Binatang jinak dan buas tidak pernah menunjukkan rasa marah kpd Baginda (S.A.W)

4) TAHUKAH ANDA  >

Semasa “tidur” Baginda boleh mendengar segala “perbualan” 

5) TAHUKAH ANDA >

Baginda SAW boleh melihat segala pemandangan di hadapan dan di belakang pada waktu yang sama tanpa perlu menoleh. 

6) TAHUKAH ANDA >

Baginda SAW sentiasa “satu kaki lebih tinggi” daripada sesiapa sahaja yang mendekati diri Baginda.

7) TAHUKAH ANDA >

Baginda SAW telah “di khatankan, di mandikan dan dibersihkan” didalam perut ibunya sebelum dilahirkan ke dunia lagi. 

8) TAHUKAH ANDA >

Baginda SAW tidak mempunyai sebarang bayang daripada matahari, bulan atau sebarang pengcahayaan. 

9) TAHUKAH ANDA >

Baginda SAW sentiasa dilindungi oleh awan setiap kali berjalan di kawasan terbuka. 

Terdapat ganjaran pahala walaupun anda tidak berkongsi, tetapi sekiranya anda berkongsi, anugerah pahala adalah amat besar !!! Inshaallah 

"Allahummasolli ala Muhammad wa’ala aali Muhammad” 

“Sallallahu Alaihi-Wa Salam”

Sabtu, 16 Oktober 2021

Dalam 2-3 tahun ini, lanskap politik kita berubah-ubah.


Pentadbiran berubah tangan beberapa kali. Perdana Menteri pun sudah ada 3.

Sejujurnya, kita tidak tahu apakah gabungan atau persefahaman apabila PRU15 nanti.

Atau adakah ada lagi perubahan politik selepas PRU15 nanti.

Saya ada pendapat sendiri tetapi saya akan bersama dengan keputusan parti UMNO BN nanti.

Bagi saya, jagalah diri dan rumah kita sebaik-baiknya dahulu.

Sebagaimana yang ahli-ahli setia UMNO dan BN buat pada tahun 2018 sehingga ke hari ini.

Dan utamakan rakyat dalam apa jua keadaan.

Sepertimana yang saya dan penyokong setia UMNO dan BN lakukan.

Saya tulis, saya cakap, saya berhujah dengan fakta walaupun ada musuh politik yang mahu mendiamkan saya.

Kerana apa?

Kerana saya percaya dan berpegang teguh kepada JANJI dan PENCAPAIAN kita selama ini.

JANJI kita tepati. PENCAPAIAN kita utamakan.

Rekod kita jelas. Tidak ada sesiapa yang boleh pertikaikan KEBAJIKAN yang BN berikan dan perjuangkan.

Kita akar umbi UMNO BN tetap sama dan saya mahu kita kekal seperti ini. 

Akan bangkit dan lawan mereka yang menzalimi rakyat. Akan pertahankan hak dan kebajikan rakyat.

Insya-Allah, UMNO BN akan kekal di sisi rakyat.

Merasmikan persidangan UMNO cawangan-cawangan Pekan tadi.

Sumber:

Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia

Pelanggan Maxis dan Hotlink Kini Boleh Akses Rangkaian 5G di Singapura, Thailand dan Indonesia


Minggu lepas, Menteri Kewangan mengaku dalam parlimen bahawa kos RM11 bilion bagi membina syarikat infrastruktur 5G kerajaan bernama Digital Nasional Berhad (DNB) adalah lebih tinggi berbanding anggaran awal sebanyak RM7.5 bilion yang dibuat panel khas kerajaan.

Ini jawapan menteri:
"Tengku Zafrul berkata bahawa laporan Pasukan Petugas Khas 5G Kebangsaan sebanyak RM7.5 bilion hanya untuk sebuah rangkaian liputan dan tidak mengambil kira apa-apa pelaburan dalam kapasiti yang diperlukan.

"Laporan Pasukan Petugas tersebut turut menyatakan bahawa kos yang dinyatakan merupakan anggaran indikatif dan bukan anggaran yang pasti tertakluk kepada beberapa andaian subjektif seperti rundingan dengan vendor.

"Berdasarkan anggaran yang dinyatakan juga, pelaksanaan rangkaian 5G secara kolektif oleh kesemua operator rangkaian mudah alih sedia ada berkemungkinan melibatkan kos melebihi RM30 bilion bagi negara secara keseluruhannya, berbanding hanya RM11 bilion bagi DNB.

"13 Okt 2021: MP dakwa kontrak 5G berganda mahal, menteri jawab sebaliknya"
https://www.malaysiakini.com/news/595286

Namun, CEO DNB (yang juga orang kuat Ananda Krishnan) memberi jawapan berlainan dalam wawancara dia bahawa kos DNB dianggar antara RM16.5 bilion dan dijangka akan naik ke RM20 bilion (jauh lebih besar banding anggaran awal RM7.5b atau RM11b yang dijawab Menteri Kewangan) - termasuk kos pengurusan sebanyak RM4 bilion yang juga mengambil kira kos gaji sebanyak RM2.5 bilion bagi 600 pekerja bagi tempoh 10 tahun (atau RM420,000 setiap pekerja setahun).

"But through DNB, he says the total cost is expected to be just about RM16.5bil, although it may swell to RM20bil between 2021 and 2030.

The network cost is forecast to be RM12.5bil, of which RM4bil is for network equipment and RM12.5bil is for network infrastructure.

Some RM4bil is for corporate costs, which Marshall explains include startup costs, consultant fees as well as RM2.5bil for staff compensation for over 600 workers (RM420k per staff per year)."

"16 Okt 2021: DNB gets Malaysia ready for 5G"
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2021/10/16/dnb-gets-malaysia-ready-for-5g

Biarpun perbezaan kos yang agak besar itu (jika ada songlap, ianya akhirnya akan terkantoi), isu utama ialah Malaysia terlambat dengan 5G selepas PRU14 dan juga model perlaksanaan 5G yang diputuskan kerajaan.

Negara-negara jiran kita sudah ada 5G.

Sebab itu, hari ini kita boleh dapati perkhidmatan roaming dengan 5G di Indonesia, Thailand dan Singapura dengan syarikat telco Malaysia walaupun negara sendiri masih belum ada 5G.
 
Kenapa kita lambat? 

Sebab kita lebih suka tubuh jawatankuasa kerajaan untuk buat kajian sahaja pada masa kerajaan PH.
"15 April 2019: SKMM perlu masa untuk siapkan kajian 5G"
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1716755

Lepas itu, sekejap kerajaan PN beri lesen 5G kepada telco tempatan.
"2 Jun 2020: Malaysia awards 5G spectrum to key domestic telecoms firms"
https://www.reuters.com/article/malaysia-5g-idINL4N2DG0V4

Sekejap lagi kerajaan PN batalkan pemberian lesen 5G itu.
"3 Jun 2020: Malaysia delays 5G by 12 months as spectrum allocations nullified"
https://asia.nikkei.com/Business/Telecommunication/Malaysia-delays-5G-by-12-months-as-spectrum-allocations-nullified

Dan sekejap lagi, kerajaan PN kata 5G bukan keutamaan. Memanfaatkan 4G sedia ada lebih penting, kata mereka.

"But speaking to the StarBizWeek, Communications and Multimedia Minister Datuk Saifuddin Abdullah explains that perhaps 5G is not the priority now. For now, the main focus is not on 5G. I am not saying that 5G is not important. But I don’t think the priority is to roll out 5G now. The priority is to make full use of the 3G and the 4G (networks) and ensure full connectivity because that is what is required, ” he says.

"6 Jun 2020: Telco troubles"
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2020/06/06/telco-troubles

Oleh kerana kita sudah ketinggalan jauh ke belakang, pada awal tahun ini kerajaan PN berputus pada awal tahun untuk menggunakan model untuk kerajaan membiayai dan membina keseluruhan infrastruktur 5G dalam negara melalui syarikat kerajaan DNB untuk disewakan kepada syarikat telco-telco tempatan.

Model monopoli "Single Wholesale Network" (SWN) ini bukan perkara baharu sebab 6 negara dalam dunia pernah cubanya untuk perlaksanaan 4G termasuk Mexico, Belarus, Rwanda, Kenya, Russia dan Afrika Selatan.

Oleh sebab model ini lemah, 3 negara (Kenya, Russia dan Afrika Selatan) telah batalkan usaha mereka manakala baki 3 negara (Belarus, Rwanda dan Mexico) mengalami pelbagai lagi masalah kelewatan, ketidakcekapan servis dan kerugian bagi usaha perlaksanaan 4G mereka.

Susulan itu, hanya Malaysia satu-satunya sahaja dalam dunia yang gunakan model ini bagi perlaksanaan 5G.

"July 2021: Malaysia cuts a lonely figure in approach to 5G roll-out"
https://www.gsma.com/asia-pacific/wp-content/uploads/2021/07/Malaysia-5G-SPV-spotlight-report.pdf

Lain-lain negara dalam dunia gunakan model seperti yang digunakan oleh kerajaan BN dahulu dalam perlaksanaan 3G/4G - iaitu menawarkan lesen kepada telco-telco tempatan melalui tender.

Selepas menang tender dan membayar harga lesen kepada kerajaan, Telco-telco pula akan bersaing untuk berlumba-lumba untuk membina infrastruktur dengan kadar yang paling laju, servis yang paling baik, paling murah ataupun liputan yang paling luas bagi menarik pelanggan.

(Wang lesen yang dibayar kepada kerajaan ini juga antara sebab kerajaan BN dahulu mampu memberi 1.7 juta netbook 1Malaysia masa dahulu. Jika dulu kerajaan dibayar wang oleh telco, kerajaan perlu keluarkan duit dulu untuk bina infrastruktur dengan model SWN hari ini tanpa mengutip satu sen).

Biasanya syarikat swasta yang bersaing antara satu sama lain adalah lebih cekap dan laju berbanding syarikat monopoli kerajaan.

Selain memastikan infratstuktur boleh dilaksanakan dengan kadar paling laju, persaingan telco juga akan memberi pilihan kepada pelanggan.

Jika kos sesuatu telco kurang baik, servis pelanggan tak baik atau signal lemah di rumah, mereka boleh tukar dengan mudah ke telco lain tanpa keperluan tukar nombor mobile.

Tapi dengan cara perlaksanaan secara monopoli DNB ini, pelanggan takde pilihan jika servis network disesuatu tempat adalah lemah. Tukar ke telco mana pun, servis network tetap lemah kerana ianya network yang sama.

Seperti yang saya sudah tulis beberapa kali sebelum ini dan seperti apa yang saya bahas dalam parlimen beberapa minggu lalu, saya amat bimbang bahawa Malaysia akan ketinggalan lebih jauh ke belakang sekiranya perlaksanaan 5G di Malaysia melalui syarikat monopoli DNB ini.

Jika kita gagal, impak ekonomi mungkin trilion-trilion Ringgit besarnya sebab ekonomi masa depan semakin beralih ke Digital.

Namun, nasi sudah menjadi bubur. 

Kerajaan PN sudah putuskan dan tubuhkan DNB. Kontak bernilai sebanyak RM11 bilion sudah diberi dan duit berbilion sudah dibelanja.

Nak batal kaedah ini pun terlambat melainkan negara mahu lebih lewat lagi untuk melaksana 5G atau sudi membazir berbilion-bilion ringgit yang sudahpun dibelanja.

Sebab itu, saya sekali lagi seru bahawa syarikat telco-telco tempatan diberi peluang untuk membeli sebahagian saham dalam syarikat DNB dan diberi peranan untuk mengurus dan memantau DNB agar perlaksanaan 5G adalah lebih terjamin.

Selain kerajaan mendapat wang serta-merta untuk bantu Rakyat dalam pandemik ini dengan penjualan saham tersebut, syarikat-syarikat telco adalah lebih berpengalaman dengan perlaksanaan infrastruktur telco, lebih memahami keperluan pelanggan dan akan lebih mementingkan infrastruktur rangkaian yang cekap dan laju.

Sebab syarikat-syarikat telco faham bahawa jika DNB gagal, mereka juga akan gagal pada masa depan.

Sila lah buat demikian.

Jika DNB gagal dan akibatnya negara mengalami kerugian impak ekonomi bertrilion-trilion Ringgit besarnya untuk tempoh 10 tahun depan, siapa nak tanggung?

NOTA: Pada ketika ini, Menteri Kewangan kata mereka tiada rancangan untuk menjual saham kepada telco-telco tempatan seperti disaran saya dalam parlimen bulan lepas.

"No plans to sell DNB shares for 5G infrastructure funding"
https://themalaysianreserve.com/2021/09/23/no-plans-to-sell-dnb-shares-for-5g-infrastructure-funding/

Sumber:

Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia

Jumaat, 8 Oktober 2021

Najib Razak Ada Dua Komen Berhubung Artikel Ini:

KOMEN 1: Nama saya masih dikaitkan dengan Pandora Papers walaupun saya telah jelaskan bahawa saya bukan antara mereka yang disenaraikan dan saya tidak memiliki apa-apa akaun bank "Off Shore".

"7 Okt 2021: Pandora Papers: 'Saya tak ada akaun off-shore, nama saya tidak tersenarai' - Najib"
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pandora-papers-saya-tak-ada-akaun-shore-nama-saya-tidak-tersenarai-najib-324079 

KOMEN 2: Anwar memetik laporan institusi dari Washington DC "Global Financial Integriti" berhubung aliran keluar dana tidak sah (Illicit Financial Flows) dari Malaysia untuk memberi gambaan seolah-olah ratusan bilion Ringgit telah dicuri dan dibawa lari keluar dari Malaysia oleh ahli politik dan penjenayah.

Ini adalah propaganda PH sekian lama sejak tahun 2012 untuk menipu Rakyat untuk mengenakan kerajaan BN masa saya PM.

Posting "Suara Rakyat" ini adalah satu contoh propaganda menipu mereka masa itu.

"GEMPAR !!! Hebat Najib Razak urustadbir negara... Negara kecil tp hero aliran keluar wang haram NO.(1) di Asia Tenggara & No. (5) Dunia. Malu ah sikit kat negara2 jiran bukan Islam S'pore & Thailand."
https://www.facebook.com/suararakyatpage/photos/a.199846193527239/619538238224697/?__tn__=%2CO*F

Selepas PRU14, saya pernah jelaskan bahawa laporan GFI ini sebenarnya lebih merujuk kepada kegiatan "trade misinvoicing" iaitu kaedah syarikat-syarikat Malaysia serta MNC untuk mengelak cukai dengan mengambil kesempatan atas perbezaan kadar cukai antara negara.

Masa itu, saya tanya kenapa kerajaan PH mahu hapuskan satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah ini.

"7 Ogos 2018: Najib: HARAPAN perlu sedar akibat mansuh GST pada rakyat"
https://www.malaysiakini.com/news/437883
-------
Tanpa GST, kita tidak lagi berupaya untuk mengurangkan cukai pendapatan atau korporat dan ini akan memberi kesan buruk kepada daya saing negara ini sebagai tumpuan perniagaan dan pelaburan.

Mengurangkan kadar cukai korporat juga penting dalam menangani masalah pengaliran keluar dana haram (illicit capital outflow) di mana ia sudah pun menjadi satu masalah kepada negara sebelum saya dilantik sebagai menteri kewangan atau perdana menteri.

Sebagai contoh pada tahun 2004 dan 2005, 21.2 peratus dan 24.6 peratus KDNK negara ini hilang ekoran pengaliran keluar modal tidak sah ke negara-negara jiran.

Ini adalah satu jumlah yang besar di mana Malaysia tidak menerima sebarang manfaat malah tidak boleh mengenakan cukai namun dinikmati negara lain.

Sebanyak 80 peratus daripada pengaliran modal tidak sah ini adalah ekoran harga tidak betul dalam perniagaan dan berikutan perbezaan cukai korporat antara negara.

Sebagai contoh, sebuah pengilang berpusat di Malaysia di mana cukai korporat adalah 28 peratus boleh menjual barangan mereka secara murah kepada syarikat pengedar dimiliki mereka di mana kadar cukai adalah 17 peratus.

Dengan berbuat demikian, pengilang itu dapat mengelak daripada membayar cukai yang banyak tetapi negara lain dapat mengutip cukai yang sepatutnya hak kita.

Berikutan pemantauan yang lebih ketat dan pengurangan secara berperingkat cukai korporat ketika saya menjadi perdana menteri, pengaliran keluar modal tidak sah ini telah berkurangan sebanyak 10.5 peratus daripada KDNK bagi angka terakhir yang diperolehi bagi 2014 ataupun US$35.5 bilion (RM143.8 billion) pada tahun itu, di mana ia adalah satu penurunan yang besar berbanding 25.6 peratus sebelum ini.

Masalah aliran keluar kewangan secara haram ini melibatkan jumlah beratus-ratus bilion.

Sistem pengawasan yang lebih baik di bawah GST selain kemampuan untuk mengurangkan cukai korporat turut mengurangkan pengaliran keluar modal tidak sah. Namun, kita bakal kehilangan keupayaan ini tak lama lagi.
----

Ianya adalah sangat ironi bahawa PH yang memainkan isu aliran keluar dana haram ini untuk menipu Rakyat tapi PH juga yang memansuhkan satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah ini.

Lagi kelakar ialah hari ini juga mereka masih tidak berasa kesal atau malu untuk gunakan isu ini untuk terus menipu Rakyat.

Sumber:

Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia

Selasa, 5 Oktober 2021

𝗧𝗜𝗣𝗦 𝗟𝗨𝗟𝗨𝗦 𝗣𝗘𝗣𝗘𝗥𝗜𝗞𝗦𝗔𝗔𝗡 & 𝗧𝗘𝗠𝗨𝗗𝗨𝗚𝗔 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 (𝗦𝗣𝗔)


Ramai kawan-kawan fb saya bertanyakan tips dan panduan ringkas untuk melepasi tapisan penjawatan di SPA. Namun saya ingatkan situasi dan perkongsian ini adalah berdasarkan permohonan saya kepada Penjawatan S41 Peg Penerangan Kementerian Komunikasi Multimedia. Mana yang baik anda boleh ambil, tapi saya ingatkan ia tidak boleh disamarata dengan setiap penjawatan anda mohon pada sistem SPA9.

1. SPA9 - Anda perlu melengkapkan segala maklumat dengan betol (terutama bahagian e-mail & no kad pengenalan) dan mengemukakan data-data yang sahih dan benar. Sekiranya sistem memerlukan anda memuatnaik sebarang dokumen atau sijil ia perlu salinan asal sekiranya terdapat syarat [sijil perlu disahkan] pastikan anda berbuat sedemikian terlebih dahulu.

Gunakan aplikasi pintar (scan document) untuk pastikan kualiti bahan yang anda muat naik adalah baik dan jelas. *nota (Dapatkan sijil SPM anda bukan slip keputusan SPM untuk urusan rasmi SPA)

2. Pemilihan Jawatan - Jika anda pemegang Ijazah Sarjana Muda saya sarankan untuk mohon Gred 41.  Jika pemohon di bawah gred sijil akademik yang anda ada biasanya susah untuk lepas tapisan awal SPA. Selain itu pilih jawatan yang berkaitan dengan kelayakkan akedemik kerana ini boleh membantu anda mendapatkan tangga gaji yang lebih baik.

3. Peperiksaan SPA - Seperti peperiksaan yang biasa, kita perlu membuat persiapan mental dengan sedikit latihan terutama mengasah bakat matametik yang tidak pernah tajam itu. Namun jika punya kelemahan dalam sub ujian tertentu saya sarankan untuk minta bantuan kawan-kawan untuk jawab bersama. *nota (Jangan terlalu bergantung pada orang lain, masa adalah musuh nombor satu anda sewaktu peperiksaan ini berjalan)

4. Senarai Semak Temuduga SPA - Pihak SPA akan memuat naik satu link 'senarai semak temuduga'. Mereka akan minta untuk muat naik dokumen dalam pautan tersebut. Biasanya saya juga akan buat satu salinan 'hard copy' sebagai senarai semak dan buat sedikit nota sekiranya bahan yang di muat naik belom mencukupi. Senarai semak temuduga ini adalah PENTING, saya pernah di hubungi oleh pihak SPA kerana salah meletakkan dokumen yang dimuat naik dan pihak mereka boleh batalkan tapisan kita sekiranya terdapat maklumat yang tidak tepat / mengelirukan.

5. RESUME - Sediakan satu resume yang lengkap dalam format yang cantik dan kemas. Ini adalah senjata kita yang terakhir yang boleh di bawa bersama sewaktu tempoh hari temuduga. Sijil yang tinggi membukit buat tapisan dan 'hightlight' sijil yang berkaitan dengan penjawatan. *nota (saya aktif dengan Pidato Kenegaraan Jab Penerangan jadi ini saya letakkan dalam resume dan simpanan bukti sijil sekiranya panel ingin melihat)

6. Adab & Adat Bercakap - Ambil sedikit keberanian untuk bertanya pada pegawai yang bertugas untuk memberitahu Pangkat & Panggilan nama panel pemilihan. Biasanya penemuduga ada 2 orang satu daripada SPA & Seorang lagi Pengarah/Bekas Pengarah Kementerian yang anda pohon. Sewaktu saya di temuduga saya berikan sedikit salutasi ringkas kepada panel sewaktu itu saya mendapat Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 

Contoh,
Asalamualaikum wbt & Salam Malaysiaku Prihatin saya ucapkan kepada ...

Tan Sri Dato' Haji Othman B Mustafa (Jawatan)

Seterusnya buat Dato' Mantan Ketua Pengarah Jab Penerangan 

Dato' .....

*nota (Masa sebelum temuduga jangan habiskan masa dengan nebes dan berdoa sahaja, ambil masa untuk tingkatkan kelebihan anda berbanding calon lain)

7. Seni Pengucapan - Apabila anda temuduga Gred 41 anda harus mempunyai sedikit pengetahuan akan Kementerian yang anda mohon. Ambil sedikit masa untuk kaji program dan sumbangan Kementerian dalam mendepani isu semasa. Bersedia untuk di berikan tugasan pengucapan awam mengenai isu semasa. Anda mesti yakin dan ada kebolehan untuk menyelesaikan masalah. 

Contoh soalan yang saya dapat sewaktu temuduga

'berikan saya perancangan kamu sebelom semasa & selepas program. Sebagai seorang ketua untuk program 'Fahami & Ketahui Pakej Rangsangan Ekonomi yang di umumkan oleh PM Malaysia'

'Sebagai seorang ketua apa yang anda perlu lakukan sekiranya anak buah anda tidak mahu menuruti arahan daripada anda' 

'Bagaimana anda hendak memberi arahan kepada seseorang yang lebih tua daripada umur anda'

*nota (tenang dan jangan gelabah, senyum je diorang sengaja nak tahu kita bersedia atau tidak. Jangan poyo dan acah juga ya)

8. Jangan Buat-buat Pandai - Contohnya panel ada tanya saya " Tuan ada follow FB Jabatan Penerangan, saya jawab (Ya) "Tuan ada follow youtube Jabatan, saya jawab (Ya) kemudian dia terus tanya. Baiklah apa praduan terakhir yang Jabatan buat dalam bulan ini. Terciduq kalau korang sembang kencang tadi, jadi bersikap jujurlah. Tapi nasib saya baik sebab memang dah buat kajian sedikit laman-laman rasmi mereka sebab bersedia dengan soalan cepumas seperti ini. *(Call orang yang dah lulus temuduga untuk dapatkan tips)

9. Keberkatan - Bunyi macam biasa, tapi kesannya luar biasa, percayalah. Ambil semangat dan restu daripada ibu ayah dan sahabat kita yang boleh dipercayai. Ia membantu anda berlapang dada dan hati. Motivasi & kata-kata positif perlu senantiasa anda fikirkan sebab itu yang buat saya yakin dengan apa yang saya lalu sewaktu temuduga.

Semoga memberi manfaat & membantu anda semua, mohon maaf sekiranya ada kekurangan dimana-mana.

Kredit : Amirul Aliif

Ahad, 3 Oktober 2021

SHOPEE 10.10 BRAND FESTIVAL DAY


- PreHype 
Campaign Description
- Free Shipping Min. Spend RM10
- 50% OFF Big Brand Discounts
- Tap & Win Toyota Vios

Voucher Code:

1. New User Code: SHPIAB3 - RM15 min spend RM18
2. Exisiting Code: IA10PH - 15% Coins Cashback min spend RM60 capped at 900 coins

View more
Campaign Mechanic
- Free Shipping Min. Spend RM10

1. Regular Day:
- Lowered Free Shipping for Champion Brands & Super Sellers of the day with min. spend RM 10 All Day
- Free Shipping Hour is claimable RM 10 Free Shipping Vouchers (FSV) for Free Shipping Sellers (FSS) + CBSS Sellers & Mall Sellers (2 FSVs)

- 50% OFF Big Brand Discounts

1. Regular Day
- Shocking Sale: 7/10x sessions with min. 15 SKUs with discount of 50% off Recommended Retail Price (RRP)
- Shopee Voucher for Pre Hype 50% Coins Cashback (CCB) with no min spend, max cap RM5 - applicable to items with Big Brand Discounts (BBD) label only
- Seller Vouchers from Top Brands : 50% off no min spend capped at 10% Average Basket Size (ABS) - applicable for Store Wide

- Tap & Win Toyota Vios

Stand a chance to win a Toyota Vios by collecting golden tickets daily. The more tickets they collect, the higher chance they have to win the car!

1. Regular Day:
- Tap & Win Toyota Vios will be live and playable using Lucky Prize
- Users will have - No. of chances daily (Total: 15 chances):
Free chances: 2x
Share chances: 3x
Coin Purchase chances: 1 coin = 1x chance, max. 10x chances

2. Extra Chances
- Users will get extra 2 chances on Every Tuesday (21 Sep, 28 Sep, 5 Oct)
Total Chances: 17x (4x Free Chances, 3x Share Chances, 10x Paid Chances)
- Users will get extra 3 chances on Every Thursday (23 Sep, 30 Sep, 7 Oct)
Total Chances: 18x (2x Free Chances, 6x Share Chances, 10x Paid Chances)
- Users will get free chances during 10.10 TV Show on 9th Oct: 3x (Additional Game Event ID)
Total Chances: 18x (5x Free Chances, 3x Share Chances, 10x Paid Chances)

3. Upsized Day
- Users can collect extra golden tickets by playing the game on Sep 25 & Oct 10
- Users will get:
Extra Free chances: 3x
Extra Share chances : 7x
Total Chances: 25x (5x Free Chances, 10x Share Chances, 10x Paid Chances)

Winner of Toyota Vios will be announced via livestream & social media on 13 Oct

https://invol.co/cl6hjmm

Promo KLOOK di Beijing, China


Korang nak jalan-jalan di China??.. 

Skrng ada Promo dari KLOOK tau..
Banyak promo aktiviti menarik di China..Mcm Diskaun Beijing Universal Studio..Dunia Hidupan Liar Changlong Guangzhou..Tiket Chimelong Paradise di Guangzhou..Taman  Tema Air dan mcm2 lagi laa..

Jom tempah skrng sblm habiss stok tiket promo !!..

👇🏻👇🏻👇🏻

Najib Razak berbesar hati menerima jemputan makan malam bersama TYT Walid Abu Ali


Saya berbesar hati menerima jemputan makan malam bersama TYT Walid Abu Ali, Duta Besar Palestin ke Malaysia di kediaman TYT.

Terima kasih atas sambutan dan layanan mesra yang diberikan tadi oleh TYT dan ahli keluarga TYT serta seluruh Kedutaan.

Dapat rasa sedikit hidangan masakan Palestin.

Sepanjang masa saya Perdana Menteri dahulu, hubungan Malaysia dengan Palestin amat baik dan berada di tahap yang tinggi.

Institusi-institusi Malaysia sentiasa menghulurkan bantuan dan sokongan kepada saudara kita di sana.

Saya sendiri berpeluang melihat kemusnahan di bumi Palestin dan amat bersimpati dengan isu-isu yang dihadapi serta nasib yang menimpa rakyat.

Malaysia juga tidak berdiam diri dalam menyuarakan isu Baitulmuqaddis di pentas antarabangsa.

Saya dan kerajaan Malaysia dahulu mengambil pendirian tegas dalam isu ini.

Semoga hubungan Malaysia-Palestin akan bertambah erat dan dapat diperkukuhkan lagi.

Saya yakin dan percaya bahawa negara-negara dan umat Islam dapat menjadi blok dan kuasa dunia yang besar jika wujud muafakat, persefahaman dan penyatuan sesama kita.

Semoga Allah SWT memberkati umat Islam di seluruh dunia.Saya berbesar hati menerima jemputan makan malam bersama TYT Walid Abu Ali, Duta Besar Palestin ke Malaysia di kediaman TYT.

Terima kasih atas sambutan dan layanan mesra yang diberikan tadi oleh TYT dan ahli keluarga TYT serta seluruh Kedutaan.

Dapat rasa sedikit hidangan masakan Palestin.

Sepanjang masa saya Perdana Menteri dahulu, hubungan Malaysia dengan Palestin amat baik dan berada di tahap yang tinggi.

Institusi-institusi Malaysia sentiasa menghulurkan bantuan dan sokongan kepada saudara kita di sana.

Saya sendiri berpeluang melihat kemusnahan di bumi Palestin dan amat bersimpati dengan isu-isu yang dihadapi serta nasib yang menimpa rakyat.

Malaysia juga tidak berdiam diri dalam menyuarakan isu Baitulmuqaddis di pentas antarabangsa.

Saya dan kerajaan Malaysia dahulu mengambil pendirian tegas dalam isu ini.

Semoga hubungan Malaysia-Palestin akan bertambah erat dan dapat diperkukuhkan lagi.

Saya yakin dan percaya bahawa negara-negara dan umat Islam dapat menjadi blok dan kuasa dunia yang besar jika wujud muafakat, persefahaman dan penyatuan sesama kita.

Semoga Allah SWT memberkati umat Islam di seluruh dunia.

Sumber:

Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia

Selasa, 28 September 2021

Khazanah Menjual semua pegangan saham SEA Ltd


Pada Mac 2016, Khazanah Nasional di bawah kerajaan BN dahulu masa saya pengerusi Khazanah telah melabur US$170 juta (RM650 juta masa itu) semasa syarikat SEA Ltd ini berharga US$3.5 bilion atau kepentingan sekitar 5 peratus dalam syarikat yang memilik Shopee dan online game Garena Free Fire.

Namun selepas PRU14, kerajaan PH telah jual berpuluh-puluh bilion Ringgit aset Khazanah dibina kerajaan BN dahulu termasuk KESEMUA pegangan SEA Ltd ini dengan harga RM612 juta pada bulan Nov 2019. 

"November 26, 2019: Khazanah sells stakes in seven foreign firms worth RM5.66b. Of the seven firms, Khazanah divested ENTIRE stakes in five companies and partial stakes in two.

The five companies are BDO Unibank Inc (RM1.56 billion), Infosys Ltd (RM201 million), PT Charoen Pokphand Indonesia Tbk (RM196 million), Farfetch.com Ltd (RM771 million) and Sea Ltd (RM612 million)."
https://www.theedgemarkets.com/article/khazanah-sells-stakes-seven-foreign-firms-worth-rm566b

Sejak itu, harga saham SEA Ltd telah naik berpuluh ganda dan syarikat itu dinilai dengan jumlah US$175 bilion. 

(Harga-harga saham lain dijual Khazanah pada tahun 2019 juga naik berganda-ganda tapi tak naik sebesar SEA Ltd)

Jika tidak dijual sepenuhnya pada tahun 2019, pegangan kepentingan 5% Khazanah dalam SEA Ltd akan bernilai US$8.75 bilion atau RM36 bilion hari ini - jauh berbeza dengan harga RM612 juta dijual kerajaan dahulu pada tahun 2019.

Amatlah sayang sekali kerugian ini akibat sikap mereka yang gemar menjual aset-aset negara.

Kisah SEA Ltd sebenarnya boleh dan patut mencontohi kejayaan pelaburan Khazanah dalam syarikat gergasi e-dagang terbesar dari China, Alibaba pada tahun 2012.

Hasilnya, Khazanah memperoleh pulangan sebanyak US$1.2 bilion (RM5 bilion) berbanding pelaburan sebanyak US$250 juta sahaja. 

Jumlah keseluruha nilai bersih aset Khazanah Nasional Berhad telah naik hampir 3 1/2 kali ganda dari RM33.7 bilion pada akhir tahun 2008 kepada RM115.6 bilion pada akhir 2017.

Kadar kenaikan ini adalah jauh lebih tinggi berbanding kadar kenaikan 66% untuk dana pelaburan Temasek Holdings milik kerajaan Singapura bagi tempoh yang sama.

Masuk tangan PH, nilai aset Khazanah terus jatuh RM25 bilion tahun 2018 dan RM19 bilion lagi pada tahun 2019.

Sumber:

Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia

Isnin, 27 September 2021

Promosi Kupon Diskaun Lazada Sempena Jualan 10/10

Dapatkan Kupon Promosi LAZADA Sempena Jualan 10/10.. Diskaun RM20 utk produk Nestle tauu ..Cepat sebelum kehabisan stokkk !!..

👇🏻👇🏻👇🏻

Rabu, 22 September 2021

Siasatan Terhadap Laporan Polis Oleh YB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak


Alhamdulillah.

Ini kenyataan pengarah Bukit Aman petang tadi berhubung laporan polis saya terhadap LHDN.

Kes ini disiasat bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan iaitu pemalsuan bagi maksud menipu.

Maka, jawablah sesiapa yang arahkan untuk menghasilkan taksiran penalti cukai saya yang sengaja disalah kira untuk kenakan saya.

Jawablah kenapa wang disebut sebagai RM2.6b yang dikembalikan kepada penghantar 4 bulan kemudian diambil kira sebagai pendapatan.

Jawablah kenapa dana yang dipindah dari satu akaun atas nama saya ke akaun atas nama saya yang lain (dalam bank yang sama) turut diambil kira sebagai pendapatan.

Jawablah kenapa dana yang diterima dari Kementerian Kewangan Arab Saudi ke akaun saya diambil kira sebagai pendapatan sedangkan segala hasil yang diperolehi dari sumber luar negara sudahpun dikecualikan cukai sejak tahun 2004 dan kenapa ianya masih dikira sebagai pendapatan sedangkan segala dana yang saya terima telahpun digunakan untuk kerja CSR, kebajikan dan politik yang sepatutnya ditolak dari cukai.

Dan jawablah sesiapa yang tidak berikan peluang untuk saya membawa kes saya ke Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (PKCP) untuk mempertikaikan pengiraan taksiran cukai tetapi mereka lebih rela untuk bankrapkan saya serta merta untuk putuskan riwayat politik saya.

Terima kasih atas pemberi-pemberi maklumat yang ingin mempertahankan keadilan sebab memberitahu saya bahawa kes cukai saya sebenarnya telah disiasat 3 kali oleh LHDN dan setiap kali, keputusannya sebenarnya bahawa tiada penalti cukai patut dikenakan atas dana-dana tersebut.

Tetapi ahli-ahli politik telah campur tangan untuk arahkan saya dikenakan penalti cukau tidak munasabah sebanyak RM1.7 bilion dengan menyalah gunakan kuasa "bayar dulu, bincang kemudian" undang-undang cukai.

Saya difahamkan bahawa siasatan sudah bermula dan beberapa saksi telah dipanggil.

Saya berharap pihak polis akan menyiasat secara adil dan menyeluruh agar dalang-dalang tertentu dapat dikenal pasti dan dihukum.

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/posts/4645515538792050

Sumber:

Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia