Jumaat, 8 Oktober 2021

Najib Razak Ada Dua Komen Berhubung Artikel Ini:

KOMEN 1: Nama saya masih dikaitkan dengan Pandora Papers walaupun saya telah jelaskan bahawa saya bukan antara mereka yang disenaraikan dan saya tidak memiliki apa-apa akaun bank "Off Shore".

"7 Okt 2021: Pandora Papers: 'Saya tak ada akaun off-shore, nama saya tidak tersenarai' - Najib"
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pandora-papers-saya-tak-ada-akaun-shore-nama-saya-tidak-tersenarai-najib-324079 

KOMEN 2: Anwar memetik laporan institusi dari Washington DC "Global Financial Integriti" berhubung aliran keluar dana tidak sah (Illicit Financial Flows) dari Malaysia untuk memberi gambaan seolah-olah ratusan bilion Ringgit telah dicuri dan dibawa lari keluar dari Malaysia oleh ahli politik dan penjenayah.

Ini adalah propaganda PH sekian lama sejak tahun 2012 untuk menipu Rakyat untuk mengenakan kerajaan BN masa saya PM.

Posting "Suara Rakyat" ini adalah satu contoh propaganda menipu mereka masa itu.

"GEMPAR !!! Hebat Najib Razak urustadbir negara... Negara kecil tp hero aliran keluar wang haram NO.(1) di Asia Tenggara & No. (5) Dunia. Malu ah sikit kat negara2 jiran bukan Islam S'pore & Thailand."
https://www.facebook.com/suararakyatpage/photos/a.199846193527239/619538238224697/?__tn__=%2CO*F

Selepas PRU14, saya pernah jelaskan bahawa laporan GFI ini sebenarnya lebih merujuk kepada kegiatan "trade misinvoicing" iaitu kaedah syarikat-syarikat Malaysia serta MNC untuk mengelak cukai dengan mengambil kesempatan atas perbezaan kadar cukai antara negara.

Masa itu, saya tanya kenapa kerajaan PH mahu hapuskan satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah ini.

"7 Ogos 2018: Najib: HARAPAN perlu sedar akibat mansuh GST pada rakyat"
https://www.malaysiakini.com/news/437883
-------
Tanpa GST, kita tidak lagi berupaya untuk mengurangkan cukai pendapatan atau korporat dan ini akan memberi kesan buruk kepada daya saing negara ini sebagai tumpuan perniagaan dan pelaburan.

Mengurangkan kadar cukai korporat juga penting dalam menangani masalah pengaliran keluar dana haram (illicit capital outflow) di mana ia sudah pun menjadi satu masalah kepada negara sebelum saya dilantik sebagai menteri kewangan atau perdana menteri.

Sebagai contoh pada tahun 2004 dan 2005, 21.2 peratus dan 24.6 peratus KDNK negara ini hilang ekoran pengaliran keluar modal tidak sah ke negara-negara jiran.

Ini adalah satu jumlah yang besar di mana Malaysia tidak menerima sebarang manfaat malah tidak boleh mengenakan cukai namun dinikmati negara lain.

Sebanyak 80 peratus daripada pengaliran modal tidak sah ini adalah ekoran harga tidak betul dalam perniagaan dan berikutan perbezaan cukai korporat antara negara.

Sebagai contoh, sebuah pengilang berpusat di Malaysia di mana cukai korporat adalah 28 peratus boleh menjual barangan mereka secara murah kepada syarikat pengedar dimiliki mereka di mana kadar cukai adalah 17 peratus.

Dengan berbuat demikian, pengilang itu dapat mengelak daripada membayar cukai yang banyak tetapi negara lain dapat mengutip cukai yang sepatutnya hak kita.

Berikutan pemantauan yang lebih ketat dan pengurangan secara berperingkat cukai korporat ketika saya menjadi perdana menteri, pengaliran keluar modal tidak sah ini telah berkurangan sebanyak 10.5 peratus daripada KDNK bagi angka terakhir yang diperolehi bagi 2014 ataupun US$35.5 bilion (RM143.8 billion) pada tahun itu, di mana ia adalah satu penurunan yang besar berbanding 25.6 peratus sebelum ini.

Masalah aliran keluar kewangan secara haram ini melibatkan jumlah beratus-ratus bilion.

Sistem pengawasan yang lebih baik di bawah GST selain kemampuan untuk mengurangkan cukai korporat turut mengurangkan pengaliran keluar modal tidak sah. Namun, kita bakal kehilangan keupayaan ini tak lama lagi.
----

Ianya adalah sangat ironi bahawa PH yang memainkan isu aliran keluar dana haram ini untuk menipu Rakyat tapi PH juga yang memansuhkan satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah ini.

Lagi kelakar ialah hari ini juga mereka masih tidak berasa kesal atau malu untuk gunakan isu ini untuk terus menipu Rakyat.

Sumber:

Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan