Cerita Susah!
Kami pernah susah. Bila senang sikit, ingat masa susah dulu. Pondok ni saya tinggal dengan arwah mak, isteri dan anak-anak. Hampir dua tahun juga saya dan keluarga tinggal dipondok ini. Kalau hujan tempias, hujan lebat sikit takut naik air.
Ianya benar, mungkin pondok ini lebih kecil dari reban kambing saya sekarang. Masa itu saya buat rumah untuk arwah mak kontrektor lari, duit habis, bisnes tak jadi. Tapi kami duduk sini, kami rasa bahagia.
Sebab itu, bila orang susah saya cepat faham mereka. Siapa yang tak pernah susah, payah nak faham macam mana orang lain boleh susah. Tapi saya orang kampung.
Orang nampak kami susah, nampak daif tapi kami sebenarnya biasa, senang dan bahagia. Jadinya perjalanan kehidupan susah dan senang itu seolah pantai dan ombak yang tak pernah boleh dipisahkan.
Tip Bangkit
1. Membunuh rutin
Saya bukanlah seorang yang suka dengan kerja-kerja yang berulang. Saya sukakan cabaran dan perkara baru. Saya memilih untuk berkerja sendiri kerana saya tak mahu membuat kerja rutin. Kerja rutin membunuh kreativiti.
2. Menongkah Kemiskinan
Saya tak suka menjadi miskin. Bila miskin kita tak boleh melakukan banyak perkara. Kita tak banyak pilihan. Saya sudah rasa menjadi miskin dan kemiskinan boleh membawa anda kepada kehinaan.
3. Mempunyai ' big why ' yang sangat mendalam
Perlu ada alasan dan sebab mengapa anda ingin berjaya. Jika kita tak mempunyai impian maka kita adalah sebahagian dari impian orang lain.
4. Membuka peluang kepada potensi diri sendiri.
Saya pernah hadir ke sebuah seminar yang bayan yurannya RM700 dan sebulan selepas itu saya mengaplikasikan teknik yang diajar oleh guru. Saya mendapat untung 10 kali ganda iaitu 70 ribu.
5. Tidak perlu malu untuk berubah
Saya pernah berniaga ditepi kaki lima. Saya berjumpa ramai orang yang mempunyai persipsi yang berbeza. Ada yang memandang rendah peniaga jalanan. Dikejar dan dikerah tutup oleh pihak berkuasa. Jarang orang tahu pendapatan penjaja jalanan lebih RM500-RM1000 sehari.
6. Pendorong utama adalah diri sendiri
Orang lain hanya boleh memberi sokongan kepada anda. Isteri anda, suami anda, mak anda, ayah anda, kawan-kawan anda tak boleh membuat keputusan untuk anda. Hidup kita, bisnes kita adalah tanggungjawab kita.
7. Menjadi bos kepada diri sendiri
Saya jenis orang yang suka mencuba perkara-perkara yang baru. Jadinya saya sedar yang saya bukanlah orang yang boleh berkerja dibawah orang lain, mengikut peraturan yang membosankan dan bergantung dengan orang lain.
8. Latarbelakang anda bukan syarat
Saya pernah berjumpa seorang jutawan. Pendidikan awalnya hanyalah sehingga darjah 6. Dalam masa yang sama, saya juga selalu berjumpa mereka yang baru dalam bidang perniagaan dengan latarbelakang pendidikan yang tinggi seperti peguam, doktor dan memiliki PhD.
Anda akan dilayan dengan keadaan yang sama. Anda tak boleh menggunakan sijil anda untuk menentukan kejayaan dalam bisnes. Ada persipsi yang mengatakan orang bisnes ini dari mereka yang punya modal besar dan berketurunan orang berniaga. ianya tidak benar.
9. Jangan takut dengan risiko
Arwah mak saya suka bila saya dapat kerja kerajaan. Saya berkerja hampir 20 tahun. Tetapi setiap kali saya nyatakan hasrat saya untuk berhenti kerja dan berniaga, dia melarang.
Semasa kanak-kanak, saya dibesarkan dengan dua keadaan mak saya yang mahu saya kerja gomen dan ayah saya yang mengajar saya bisnes kecil-kecilan. Buat kedai jual cendol dan rojak petis depan rumah. Beli ikan yang kecil tak laku pada nelayan, dijemur dan dibuat ikan kering dan dijual dengan menjaja dari rumah ke rumah.
Jangan takut dengan risiko, Semuanya dalam minda kita. Usahalah sahaja dengan berniaga. Menang atau kalah kita yang menentukannya. Jangan berhenti belajar dan Allah pasti membantu pada mereka yang mencubanya bersungguh-sungguh.
10. Pendorong untuk berjaya adalah diri sendiri
Jika anda tidak ada impian, maka impian anda adalah impian orang lain.
Di sekolah, guru nak anak murid mereka pandai sampai jadi doktor. Menteri juga mensasarkan lebih 20 ribu orang doktor setahun. Anda belajar macam nak gila cuma mahu menjadi seorang doktor. Anda tak sedar bahawa anda hanya sebahagian dari impian guru dan pak menteri itu tadi. Tak salah jadi doktor, tapi anda perlu ada impian untuk mempunyai sebuah hospital satu hari nanti. Anda punya impian dapat membantu ramai orang dengan kepakaran yang anda ada. Adakah anda banyak menghabiskan masa dengan mengejar impian orang lain?
Pendorong saya adalah diri saya sendiri. Pengalaman saya melihat sendiri ayah dan mak susah mencari sesuap nasi. Seawal subuh keluar dari rumah menoreh getah, balik mak akan buka kedai dan abah bawa teksi sekitar muar - baru pahat. Mereka susah dan itu juga mendorong mengubah hidup.