Ahad, 16 Januari 2022

Bangunan Kedua Tertinggi di Dunia Terletak di Malaysia


Bangunan Kedua Tertinggi di dunia, dan Tertinggi di Asia Tenggara kini akan berada di Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ 

Menara Merdeka 118 secara rasminya dinobatkan bangunan kedua tertinggi di dunia, tertinggi di Asia Tenggara! 

Merdeka 118 menjadi menara kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa dengan ketinggian 678.9 meter. Menara ini mempunyai reka bentuk yang mencerminkan imej Perdana Menteri Malaysia pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika mengangkat tangan melaungkan "Merdeka".

Presint Merdeka 118 juga akan dilengkapi dengan kemudahan lain seperti Masjid Merdeka, pusat beli belah 118 Mall, kediaman, dan pusat penjagaan kanak-kanak. Menara ini dijangka siap sepenuhnya menjelang suku ketiga tahun depan. 

Kredit : Tourism Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan