Selasa, 18 Januari 2022

RFID Harga Sticker Mahal?

Syarikat Touch N Go sudah bernilai RM3 bilion di mana Bank CIMB telah memperolehi keuntungan tambahan sebanyak RM1.16 bilion pada tahun lepas akibat kenaikan nilai syarikat Touch N Go.

Jadi, sebab apa masih mahu jual sticker RFID yang kosnya kurang dari seringgit pada harga RM35 sekeping?

Jika tidak mahu beri percuma lagi, turunkanlah harganya ke RM5.

Fokuslah pada perniagaan teras iaitu e-wallet saja. Bukan melalui keuntungan melampau melalui penjualan sticker.

Jangan jaga kepentingan bank-bank besar sahaja sehingga membebankan Rakyat biasa.

Sumber:

Facebook Page Rasmi
Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan