Isnin, 20 Mac 2023
KEPAK AYAM MANIS & PEDAS
Bahan-Bahannya:
Kepak Ayam dibersihkan
kicap manis
sos tiram
madu
sos cili pedas
serbuk sweet paprika@serbuk cili
serbuk black pepper
bawang putih n halia (termasuk kunyit tu yang kuning..ehehehe..tumbuk lumat yer)
halia tu dalam 2ruas..bwg putih dalam 10 ulas utk 10ketul chicken wings
perencah cukup rasa..klo xnak boleh letak garam n gula secukup rasa.
Cara-Cara Memasak:
campurkan semua bahan secukup rasa.
perap selama sejam atau lebih
panaskan minyak dalam kuali (sikit ajer)
tuangkan semua masuk.guna api perlahan saja.
so biarkan masak.alih2kan untuk elakkan hangit.Sedia untuk dihidang!
Selamat Mencuba!
Kredit: Amira Hasan
Sos Tiram
👉https://shope.ee/AwNdGkjag
Rabu, 15 Mac 2023
LAKSA LEMAK ALA THAI
Bahan-bahan
1 paket laksa kering (jenis yang paling halus) / laksa siam
1 kg ikan kembung / selayang
2 sudu cili giling
2-3 tangkai daun pudina
2-3 helai daun limau purut
3-4 cawan santan (saya guna santan kotak 200ml)
Air secukupnya
10 biji cili padi merah*
10 biji bawang merah*
1 labu bawang putih*
4 batang serai* (2 dikisar, 2 diketuk)
2 inci lengkuas*
2 inci halia*
2 inci kunyit*
Belacan*
Nota: Bahan bertanda * untuk dikisar
Bahan Ulaman
Daun pudina
Daun salad
Taugeh
Daun samak /pucuk janggus (kalau ada)
Timun
CARA-CARA
Ini pula cara nak membuatnya, memang senang sangat.
1. Rebus Ikan
Mula-mula, rebuskan 1 kg isi ikan kembung / selayang. Bila agak-agak dah masak, biarkan sejuk sedikit dan asingkan isinya daripada tulang.
Kalau tak nak kuah berwarna gelap / hitam,jangan ambil air tulang ikan ya. Nanti jenuh nak tambah serbuk kunyit bagi kuahya kuning.
2. Kisar Bahan Tumisan
Seterusnya, kisarkan bahan-bahan yang bertanda * dalam senarai bahan di atas. Lepas itu boleh panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan tumisan yang dikisar tadi bersama cili giling.
Kacau sampai naik bau. Pastikan cili giling betul-betul masak.
3. Masukkan Isi Ikan
Selepas itu, masukkan isi ikan yang telah dikisar awal tadi.
Kemudian masukkan serai yang diketuk. Teruskan kacau hingga sebati.
4. Masukkan Santan
Masukkan santan dan kacau sekejap. Lepas itu boleh masukkan air secukupnya. Agak-agaklah supaya kuah tak terlalu pekat atau terlalu cair.
Perasakan dengan garam dan gula.
5. Tambahkan Daun Pudina & Daun Limau Purut
Akhir sekali, untuk memberi aroma laksa yang lebih kaww, masukkan daun pudina dan dan limau purut.
Masak sampai mendidih sambil dikacau. Ingat, kena kacau selalu supaya kuah tak berketul-ketul. Tunggu hingga mendidih dan kemudian boleh tutup api.
6. Lengkapkan Hidangan Dengan Ulaman
Sediakan bahan ulaman seperti dalam senarai di atas dan sedia untuk dinikmati bersama laksa yang telah direndam / direbus hingga empuk.
Mudah saja nak membuat laksa lemak Thai ini rupanya. Jadi, jangan tunggu lagi. Resepi dah ada, dah bolehlah masak sendiri di rumah.
Selamat mencuba!
Sumber :
Resepi laksa lemak ala thai ini disumbangkan oleh Puan Haslina menerusi fb
Laksa Beras Muslim :-
👉https://shope.ee/4V5FoFbuQC
SAMBAL MANIS PARU
BAHAN-BAHAN:
Paru 1/2 kg - rebus seketul2 tu dgn halia dan garam sikit sampai masak, angkat dan tos.. Bila dah sejuk, potong ikut saiz suka camne.. nipis2.. pastu perap dgn 1 sudu makan serbuk kunyit dan garam sikit sea 1/2 jam.. Dah siap perap, goreng dgn minyak banyak sampai garing.. Angkat dan tos..
Bahan Blend:
Lada Kering segenggam - buang biji, rebus dan tos.
Bawang Merah - 5 biji
Bawang Putih 4 ulas
Halia sebesar ibu jari
Serai sebatang
Sos Tomato 4 sudu makan
Kicap Manis 2 sudu makan
Gula Pasir - 6 sudu makan
Gula Melaka - 3 sudu makan
Garam dan Ajonomoto sikit
CARA-CARANYA:
Guna semula minyak goreng paru tu.. Guna dlm 2 senduk.. Bila minyak dah panas, masukkan gula sikit... Pastu, masukkan bahan blend dan gaul sampai garing.. api jgn besar sgt.. Gaul penpelan.. Bila dah garing dan terbit minyak, masukkan gula pasir dan gula melaka.. Gaul lagi.. Api make sure kecik eh.. Gaul sampai bebetul garing... Masukkan sos tomato dan kicap manis.. Letak garam dan ajonomoto... rasakan manis masinnya.. Last skali masukkan paru yg dah goreng tu.. Gaul sebati... Siap!!
Sambal Bilis Paru :-
👉https://shope.ee/4ASOOGOAhm
KETAM GORENG TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
Ketam
Sedikit tepung jagung
Telur masin direbus
Daun kari
Cili padi ikut kepedasan masing-masing
2 sudu makan mentega
Susu cair | anggaran 1/2 cawan
Minyak untuk menggoreng
Sedikit gula
CARA MEMASAK:
Hancurkan kuning telur dan sedikit putih telur (kalau tak nak putih telur pun tak apa). Ketepikan.
2. Gaul ketam dengan tepung jagung dan goreng hingga masak.
3. Dalam kuali berasingan, panaskan mentega dan masukkan daun kari serta cili padi. Tumis sehingga wangi.
4. Kemudian masukkan susu cair dan gula secukup rasa. Tunggu sampai berbuih.
5. Masukkan telur masin dan ketam yang sudah digoreng.
6. Gaul gaul rata pastikan semua ketam disalut dengan kuah tadi
7. Ok siap! Sedia dimakan dengan nasi panas.
Kredit foto & resipi: Izzati Insyirah Rosli
Telur Masin :-
👉https://shope.ee/8eunkULj6X
RESEPI BUBUR LAMBUK
Bahan2..
2 mug beras ( rendam dlm 20min).
Daging ( 1/2 kg...campur yg berlemak).
Rempah sup..( 1 bungkus kecil)
Santan.. (.250 ml)
Lada hitam...3 sb.
Bwg merah...3 biji.
Bwg putih...8 ulas.
Halia....2 jari.
Kentang.
Lobak merah.
Daun sup.
Bwg goreng.
Cara2...
Blend bwg2 & halia...tumis sehingga bwg agak garing.
Masukkan rempah sup....tumis sehingga rempah masak.
Masukkan daging...gaul sebati & masukkan beras.
Goreng beras seketika...masukkan air.
Rebus beras sehingga nmpk lembut.
Masukkan santan & garam..
Lada hitam serbuk masukkan juga.
Masukkan kentang & lobak merah..
Bila sayur dah lembut...tabur daun sup & bwg goreng...
Sesuaikan rasanya..
Bubur Lambuk siap.
*boleh digandingkan dgn ayam/ udg juga.
*bubur lambuk amat popular di bulan ramadhan...
*yg penting...berkhasiat..mudah disediakan & menyelerakkan.
kredit: jamal & asmahan
Bubur Lambuk Brahim :-
👉https://shope.ee/9UTujy6lzF
RESEPI BABY CAKOI SOS PANDAN KASTARD
BAHAN BAHAN
Doh Baby Cakoi
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh yis
1 sudu teh gula halus
1/2 sudu teh garam
250 gm air suam
Cara-Cara
1. masukkan air suam + yis + gula ( gaul sebati )
2. masukkan tepung dan garam
3. rehatkan doh selama 30 minit
4. selepas rehat , gaul doh untuk buang udara dalam doh, rehatkan kembali selama 30 minit
5. sedia untuk dicanai dan goreng minyak penuh sehingga garing
Sos Pandan Kastard
18 gm tepung gandum
35gm gula halus
150 santan KARA
70 gm air
1 biji kuning telur
1 tsp perisa pandan
1 tsp pewarna pandan
Cara-cara
1. masukkan kuning telur + gula ( gaul hingga gula sedikit larut
2. masukkan tepung ( gaul hingga rata )
3. panaskan santan dan air hingga mendidih
4. campurkan santan ke dalam bancuhan telur ( sedikit demi sedikit )
5. masukkan pewarna hijau dan perisa pandan
6. masak diatas api hingga pekat
Sumber : Siti Khadijah
Cakoi dan Pau Goreng Segera :-
👉https://shope.ee/AK31jNg6Az
CARA MEMBUAT ROJAK / PASEMBUR
Bahan Cucur (Keras):
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 camt serbuk penaik
3/4 camt garam
1/2 camt gula
155-165 ml air
1 labu bawang besar, dicincang halus
1 biji cili hijau, dibuang biji & dicincang halus
minyak untuk menggoreng
Satukan tepung, serbuk penaik, garam, gula dan air secukupnya hingga menjadi doh. Tutup dengan tuala dan biar 1 jam. Gaul dengan bawang dan cili. Bentukkan 7.5 cm panjang, 2 cm lebar. Lumur jari dengan tepung semasa membentuk kerana adunan agak lembik. Goreng di dalam minyak panas hingga keperangan. Hiris sebelum digunakan.
Bahan Cucur (Lembut):
1 1/3 cawan tepung gandum
1/4 camt serbuk penaik
1/2 camt serbuk kunyit
1 camt gula
1/4 camt garam
125 ml air
1 biji telur, dipukul
Campur semua bahan (kecuali telur) hingga menjadi adunan sebati. Biar selama 1 jam. Sebelum menggoreng cucur, tambah telur pada adunan dan kacau rata. Goreng cucur hingga keemasan kemudian hiris sebelum disajikan dengan bahan sampingan dan kuah.
Kuah rojak singapore
Bahan-bahan:
450 gm keledek - direbus empuk
2.5 liter air
2 camt serbuk cili
3 camb gula merah + gula pasir (ikut citarasa kemanisan masing2)
1/2 camb asam jawa + 2 camb air (pekat)
2-3 camb kacang tanah - digoreng & dikisar halus (guna sikit je utk dptkan rasa je)
Sedikit bijan goreng tanpa minyak
Cara membuat:
- kisar keledek dengan air rebusan keledek tadi hingga halus.
- serbuk cili direbus dengan sedikit air didlm mangkuk yg berasingan sehingga sebati
- masukkan keledek yg telah diblend dan dimasukkan di dalam mangkuk dan tuangkan cili serbuk yg telah di rebus tadi ke dlm mangkuk keledek dan masak dgn api yg perlahan.
- selepas tu masukkan gula merah dan air asam jawa yg pekat2
- kalau ada jem nenas bolehlah diletak sikit utk tambahkan pekat kalau tak ada bolehlah ditambahkan gula
- masukkan sedikit pewarna merah utk kasi naikkan warna
- kalau kuah dah pekat masukkan kacang tanah yg telah diblend - letak sikit je utk dptkan rasa)
- last sekali bolehlah dimasukkan bijan
Kuah Rojak Kacang :-
https://shope.ee/408xl14ixt
RESEPI DAGING GORENG REMPAH
Bahan-bahannya senang ajer.
Daging batang pinang ( untuk dapatkan daging yang lembut )
Bahan hirisan;
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Kunyit hidup ( optional )
Rempah kari daging
Rempah kari ikan
Rempah kurma
Gula nau sebesar ibu jari ( optional )
Garam
Daging yang dah di potong tu gaulkan dengan bahan hirisan tadi. Campur rempah kari daging, rempah kari ikan dan rempah kurma. Biarkan sekejap dalam 10 minit bagi diorang berbincang dulu dapat ke tak rentas negeri raya nanti.
Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang putih, bawang merah , halia dan kunyit hidup ( ambik sikit daripada yang kita nak buat perap tadi ).
Lepastu korang masukkan lah daging tadi. Gaul punya gaul punya gaul sampai rata dalam kuali kayangan korang tu.
Masukkan lah air sikit nak bagi rempah dan daging tadi berkuah sikit. Masak balik-balikkan sampai daging masak dan empuk.
Masak sampai pecah minyak tau. Selagi tak pecah minyak jangan berangan nak tutup api. Rotan tangan tu kang.
Last sekali bila dah nak masak perasakan dengan garam dan gula nau tadi. Rasa sedap ke tidak. Tak sedap pandai-pandailah adjust sampai sedap menjilat siku.
Dah tutup api, taburkan bawang hiris dan daun sup.
Dah siap !.
Kredit: Sarimah Salleh
Rempah Daging Goreng Rempah :-
https://shope.ee/7f2G7Y4bsu
Khamis, 9 Mac 2023
JENIS-JENIS GULA & KEGUNAANNYA DALAM BAKING
Notes
Ada banyak jenama gula di pasaran
Gambar hanya lah contoh jenis jenis gula yang ada di pasaran
1. GULA ICING
- Biasa di gunakan untuk membuat biskut dan topping krim utk kek. Contoh krim cheese dan cream.
- Untuk buat biskut tak perlu ayak kecuali gula icing nampak beketul ketul
- Untuk krim kek perlu diayak supaya adunan krim lebih halus dan mudah di adun di dalam mixer
2. GULA HALUS
-Biasa di gunakan utk membuat kek dan salutan pada donut.
-Lebih kasar dari gula castor
- Lebih halus dari gula kasar
3. GULA CASTOR
- Lebih halus dan ringan dari gula halus.
- Sangat sesuai utk membuat kek.
- kek akan menjadi lebih ringan dan gebu berbanding guna gula halus.
- Sesuai juga utk salutan pada donut selain dari guna snow powder
- Sesuai juga untuk menbuat biskut
4. GULA MERAH LEMBUT
- Lebih di kenali sebagai brown sugar @ gula perang.
- Ada 2 jenis ( kasar & halus )
- Biasa di gunakan untuk membuat drop cookies seperti crunchy cookies dan kek kek tertentu.
Ada juga resepi guna dua jenis campuran gula
5. GULA MELAKA /KABUNG
- Biasa di gunakan utk membuat kueh muih dan air gula melaka
Air gula melaka untuk dizzle atas kek dan air gula untuk kuih muih
Contoh kuih lopes
Gula melaka boleh di gantikan dengan gula merah
6. GULA KASAR
- Biasa di gunakan utk membuat segala jenis kuih muih dan kuih talam dan minuman.
.
Kredit : Dapur Kakzu
#gula #sugar
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Senarai Nama2 TUKANG URUT Di (TERENGGANU) Terima kasih Dah Tahniah Sape Yg Buat Senarai Ni... 1) Encik Mad Ali Kampung Paya Res...
-
☑️ Amik telefon picit nombor 03-516 13228. Telefon kilang gardenia dan mintak lah nak cakap dengan Puan Farah. Jangan kedekut cr...
-
(Semua cerita aku ini berdasarkan kisah benar yang berlaku pada diri aku sendiri, atau kawan-kawan rapat terdekat. Ia berlaku se...