Isnin, 27 November 2023
DONUT GEBU
Mold donut: https://shope.ee/4VAJ32syY8
Bahan2:
*Bahan A (pelembut doh @ shortening)
-1cwn air
-2 sudu tepung gandum
**masak atas api perlahan smp jadi pekat. Tutup api n biarkan sejuk..
Bahan B:
-4 cawan tepung gandum
-2 sb marjerin
-1 bj telur
-1 paket yis mauripan
-2 sb gula
-secubit garam
-air (air adjust sndiri ye. Letak sikit2 sambil uli.. Agak adunan dah lembut, xmelekat kt tgn & kenyal licin cenggitu..sy agak2 aje sukatan air ni. Tp guna xsmp setengah cawan air pun...)
Cara2:
-Satukan tepung, gula, yis, marjerin, 2sb shortening (pelembut doh yg kita sejukkan td).
-Pastu lubangkan tengah dia letak telur..
-gaulkan semua n tambah air sikit sikit smp doh tu lembut n x melekat kt tgn...
-rehatkan doh. Tutup la bekas tu dgn tutup periuk.. Bagi dia naik kembang..
-lps dah kembang tumbuk2 adunan tu bagi angin dia kluar..
-pastu bulatkan doh tu kecik2 or agak2 la nak size mana donut kita tu.. Jgn besar sgt sbb nnt doh dia akan naik balik.
- rehatkan kejap doh yg dah kita bulatkan tu.. Tekan sikit bg leper pun xpe sb nnt doh dia akan naik .. Pastu buat lubang kt tengah..sy cucuk guna jari je..haha.
-restkan dlm 10min cmtu.. Or agak dah nampak doh tu naik.. Blh grg. Grg dlm minyak yg betul2 panas tp guna api slow ye.. Dah siap blh gaul dgn gula..
** sy campur semua bahan skali. Xde bancuh yis asing.. Masukkan je semua n uli.. Stkat ni alhamdulillah xpernah lagi xmenjdi... Sb sy penah try bancuh yis asing.. Tp yis xnaik.. Haha. so lps dr tu.. Sy buat mmg campur je semua bahan skali..
**sy buat setengah adunan je.. So semua bahan sy kurangkan setengah kecuali telur la. Sebiji jgk ..xkan nk letak telur stengah biji
Selamat mencuba.. Ayuh mendonut.
Kredit: Lina Nadirah Ilias
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Senarai Nama2 TUKANG URUT Di (TERENGGANU) Terima kasih Dah Tahniah Sape Yg Buat Senarai Ni... 1) Encik Mad Ali Kampung Paya Res...
-
☑️ Amik telefon picit nombor 03-516 13228. Telefon kilang gardenia dan mintak lah nak cakap dengan Puan Farah. Jangan kedekut cr...
-
(Semua cerita aku ini berdasarkan kisah benar yang berlaku pada diri aku sendiri, atau kawan-kawan rapat terdekat. Ia berlaku se...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan