Ahad, 24 Mac 2024

PULUT PANGGANG

PULUT PANGGANG adalah perkongsian saya hari ini. Sukatan bagi resepi pulut panggang ini sekitar 30 biji, sesuai untuk menjual. Dulu saya pakai lidi untuk ikat pulut panggang ni tapi atas kekangan masa & sumber, saya guna stapler aje sekarang. 🤭 Saya bahagikan cara penyediaan resepi kali ini pada 3 bahagian - pulut, serunding & gulung. Semoga faham! 😁

* Bahan pulut

- 5 cawan beras pulut (direndam 2 jam/semalaman)
- 1 sudu teh garam
- 2 1/5 cawan air

* Cara membuat

- Basuh beras pulut yang sudah direndam dan toskan. Masukkan ke dalam periuk bersama air dan sedikit garam
- Masak atas api kecil sehingga air kering/ beras pulut masak

* Bahan serunding

- 300gm kelapa parut
- 35gm ketumbar
- 35gm jintan halus
- 150gm cili kering (dikisar)
- 2 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 15gm ikan bilis
- Gula kastor
- Garam
- 6 sudu makan minyak masak
- 1 cawan air

* Cara membuat serunding

- Kisar cili kering bersama bawang besar, bawang putih dan ikan bilis
- Kisar kering ketumbar dan jintan halus
- Panaskan kuali & masukkan minyak. Setelah kuali panas, masukkan bahan kisar cili dan bahan kisar ketumbar & jintan lalu ditumis sehingga pecah minyak/ naik bau
- Masukkan kelapa parut dan gaul rata. Masukkan air
- Sementara menunggu air kering, masukkan garam & gula kastor dan sesuaikan rasa mengikut citarasa anda. Jika mahu pedas, kurangkan sedikit gula
- Kacau sehingga air betul-betul kering dan rasa secukupnya dan matikan api

* Bahan gulung pulut

- Daun pisang (potong saiz 5 inci)
- Lidi/stapler
- Sedikit minyak masak

* Cara menggulung

- Daun pisang yang siap dipotong perlu dilap terlebih dahulu sebelum digulung
- Ambil daun pisang & sapukan sedikit minyak masak
- Ambil sedikit pulut, lenyekkan di atas daun pisang & layarkan di atas pulut yang sudah dilenyek tadi
- Sambil pegang tepi daun pisang, gulungkan sehingga pulut dibungkus dan kelipkan dengan lidi/ stapler
- Buat sehingga habis dan akhir sekali, panggang semua pulut yang selesai dibungkus atas pan/ grill. Sedia untuk dihidang! 👍

SELAMAT MENCUBA! 😘

Kredit: resepi hebat dari bonda
Gambar: aznie khasri

Selasa, 19 Mac 2024

AYAM BBQ

Ayam seksi tumpang lalu kejap. Tayah p kenny rogers dh kome.. Jimatt poket😋

Resepi

Ayam sekor2 atau potong 4. Nk seksi biarkan dia sekor2.

Bahan A
biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 kiub ayam knorr
2 sudu serbuk lada hitam
1 senduk kecil sos black pepper (dalam botol)- brand apa-apa je.
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula
100ml air
Semua bahan di atas kita kisarkan dia

Bahan B

sudu madu
3 sudu butter
2 sudu besar mixed herbs @ daun oregano

Perap sejam atau lebih. Kemudian bakar suhu 200 selama sejam.

Selamat mencuba

Kredit : Nurul Aini Mohamed Ali

Rempah Ayam BBQ :-
https://shope.ee/2ArUS4oiTQ

RESEPI LEMPENG


frying pan: https://shope.ee/9Ue5BIp7hK

Bahan-bahan:

500 gram tepung gandum
4 cawan air
1 sudu besar minyak masak
1 biji telur

Cara buat:

Satukan semua bahan guna whisk/blender sampai semua sebati.  Kemudian saya tapis.

Perap sekejap dalam 30 minit dan boleh la mula melempeng.

Resepi sambal

Bahan kisar:

5 biji bawang besar
3-5 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
Minyak masak 2 cawan( nanti boleh tambah lagi)

Saya kisar dengan minyak masak tanpa air.

Cara masak;

Tumis bahan kisar agak2 dah garing baru masukkan cili kisar. Cili kisar blend (10-15 sudu bergantung kepedasan yg anda suka).

Gula 2-3 sudu besar terpulang kalau nak rasa manis2 pedas. Masukkan, Asam keping, Garam, Aji. Garam jangan terlebih sebab ikan bilis dah masin. Masukkan Ikan bilis goreng.

Resepi Oleh: Juliana Jue Cullen

RESEPI NASI AYAM

Resepi nasi ayam terlajak senang dan sedap..

pinggan ikea: https://shope.ee/3pziQjoCxA

Bahan-bahan utk sup
Utk sekor ayam (dibelah 4 bahagian)
2 ulas bawang besar*
4 ulas bawang putih* (bahan yg brtanda * dipotong mayang)
2 inci halia*
4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga rawang dan bunga cengkih)
Sup bunjut
Kiub pati ayam
.
Bahan-bahan utk perap ayam
1 senduk kuah sup
Kicap manis (ikut uols nk manis mcm mne)
1/2 senduk kicap pekat
1/2 senduk sos cili
Sedikit madu
,
Bahan-bahan utk nasi
Daun pandan (disimpul)
3sb marjerin yg sudah dicairkan
Kuah sup (ikut sukatan uolss masak nasi)
Bahan-bahan utk kuah lada
3 lada besar merah
10 cili padi merah (ikut pedas uols nak)
1 biji tomato
2 ulas bwg putih
Sedikit cuka
.
Cara2 masak korang bole tgk stiap gambar hokeyy

kredit: amirah hussain

BISKUT CORNFLAKES CRUNCHY

Biskut cornflakes crunchy ni, senang sangat tau. Boleh ajak anak-anak buat sekali.

Tahun lepas dah pernah share resepi tapi tahun ni Cik Tom tambah chocolate chips, ikut selera anak-anak pulak. =
Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips
=

Bahan-bahan :

250g buttercup atau boleh guna planta
1 cawan gula aicing
1 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
Cornflakes secukupnya ( Cik tom letak dalam 3 cawan, kasi ramas sikit ye)
Chocolate chips
Chocolate rice (optional)
Almond cincang (optional)

Cara-cara: • Kacau sebati butter, gula aicing dan esen vanila. Guna senduk je. Jangan pukul sampai kembang. •

Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit ye. Tak payah ayak bagai. Kacau sebati. Adunan memang lembik ye, jangan panik. •

Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond, gaul sebati. • Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter/ planta. Nak cubit-cubit guna jari jemari pun boleh. Lepastu nak golek-golekkan dalam baki cornflakes yang ada pun terserah dong. Bisa aja. •

Jarakkan sikit ye, biskut akan mengembang. Tapi dia punya kembang tu biasa-biasa je sebab kita tak guna soda bikarbonat dan baking powder. • Sebelum tu, boleh panaskan oven dulu ye dalam 5-10 minit.

Kemudian baru boleh bakar biskut kita, suhu 160’c masa 20minit atau ikut oven masing-masing ye (api atas bawah). *

Mula-mula keluar dari ovan biskut memang lembut, lepastu baru akan keras. Sejukkan dulu baru susun dalam balang.

Selamat mencuba
kredit: nurul syuhada che din

Nestle Cornflakes :-
https://shope.ee/9pGvZVOtPT

Isnin, 4 Mac 2024

RESEPI SAMBAL TELUR PECAH


Sambal Sedia Untuk Dimakan :-
https://shope.ee/8A8KJZAgrC

Bahan A
Bawang merah besar
Bawang merah kecil
Bawang putih

Blender semua bahan2 diatas

Bahan B
Cili kering siap dikisar
Air asam jawa
Gula/gula melaka
Perasa
Garam
Air
Telur ayam

Cara-cara :
Tumiskan bahan2 A sehingga naik bau masukkan cili kering ,tumis sehingga masak atau pecah minyak.masukkan air asam jawa,masukkan gula,garam & bahan perasa..kacau sehingga naik bau masukkan sedikit air jika kuah nampak pekat..

Bila tumisan dah naik bau...masukkan telur sebiji demi sebiji, dengan api sederhana perlahan ,jangan kacau dulu ye biarkan seketika ,tutup kuali ..bila nampak putih telur hampir masak..baru kacau perlahan2..klu nak telur kuning nampak separuh masak atau lembik2 sikit baru tutup api..siap

Makan dengan nasi panas2 ni👍👍😋😋😋

Credit : Linda Ahmad Linda

MASAK LEMAK PUCUK PAKU DENGAN UDANG


1 mangkuk besar pucuk paku yang telah di bersihkan
10 ekor udang sederhana besar
2 pokok daun ketumbar bersama akarnya~ akarnya bersihkan hiris2 sikit puang kotor tanahnya
2 batang serai ~ di titik

Bahan Kisar
15 tangkai cili padi ~ kalau tak suka pedas boleh kurangkan
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inc kunyit hidup
2 keping asam keping

garam dan secukup rasa
1 mangkuk santan

Kisar semua bahan kisar dalam mesin pengisar
Masukkan bahan kisar dalam periuk
masukkan serai dan daun ketumbar
masak hingga harum
Masukkan udang

tambahkan air jika kuah kering
Masukkan asam keping dan garam secukup rasa
masukkan santan
bila kuah dah didih, masukkan pucuk paku
Masak kejap je.. sampai sayur lecur sikit je
Tutup api dan hidangkan

Kredit kepada empunya resepi
Semoga Allah murahkan lagi rezeki buatnya

Perencah Masak Lemak :-
https://shope.ee/6AN8P9r1NY