Jumaat, 31 Mei 2024

PUDING KOKTEL SOS KASTARD


Acuan puding comel:
https://s.shopee.com.my/B7k3P4TZ5

4CAWAN AIR
15GM AGAR2 TALI ( nak guna serbuk pn boleh )
1KOTAK BESAR FULL CREAM ( Terpulang nak guna jenama apa,nak guna susu tin cair pun boleh tp gandakan 4tin lah yea )
3/4CAWAN GULA ( manis ikut citarasa masing )
1/2CAWAN SUSU PEKAT
1TIN BESAR KOKTEL BUAH2AN ( masukkan semua sekali dgn air2nya )
SEDIKIT GARAM
SEDIKIT ESEN VANILLA
2SB TEPUNG KASTARD ( Bancuhkan dgn 2/4cawan air )

CARA:
1.Masukkan 4cawan air,masak hingga mendidih..dah mendidih masukkan agar2 dan gula biarkan larut..
2.Masukkan 1kotak full cream,masukkan susu pekat&masukkan semua 1tin besar koktel buah2an tue..
3.Masukkan garam&Esen Vanilla..
4.Last masukkan tepung kastard
4.Bila dah masak sebati semua,boleh masukkan dalam acuan lompang saiz besar..
5.Pastikan acuan tue dibasahkan dgn sedikit air terlebih dahulu,utk mudahkan keluarkan puding tue nanti..

SOS KASTARD

4CAWAN AIR
1KOTAK BESAR FULL CREAM ( Nak guna susu tin cair pun boleh,tp gandakan 4tin lah yea )
3SB GULA ( ikut citarasa masing )
2/4CAWAN SUSU PEKAT
SEDIKIT GARAM
8SB TEPUNG KASTARD

CARA:
1.Masukkan ke semua bahan2 di atas,dan kacau sehingga sebati..
2.Dah sebati baru masak atas dapur,masak sehingga separuh likat@pekat..kena kacau selalu,supaya kuahnya xberketul..
Dah likat@pekat boleh tutup api dah siap..

Saya buat adunan nie boleh 76biji guna Acuan Lompang besar tue..

SELAMAT MENCUBA

Kredit utk owner resepi : zetty halim

KUIH NONA MANIS

Kalau buat nona manis dh tak buat kuih lain dah....
Sekali bancuhan ngam2 dpt 50 biji.....🥰🥰🥰🥰

Acuan nona manis: https://s.shopee.com.my/2AsoQuIprs

Bahan A
1 cawan santan pekat
1 cawan air pandan + pewarna hijau
1/2 cawan tepung jagung
Sedikit garam
**Sebatikan bahan2 diatas dlm periuk, masak guna api sederhana..whiskkan sehingga likat(jgn terlalu likat sgt, agak2 jer...boleh tgok you tube)

Bahan B
2 cawan santan pekat
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula(nk lebih manis tambah je gula)
1 biji telur
**Whiskkan bahan B sampai tak berketul dan nampak licin..kemudian campur bahan A whiskkan sampai sebati...

Bahan C
2 1/2 cawan santan pekat.
4 sudu besar tepung gandum
1 sudu teh garam kecil(agak2 jer sbb ni utk bancuhan bahagian putih/santan)
*Masukkan semua bahan C kacau sebati bukak api sederhana..whiskkan sampai likat(jgn terlalu likat agak2 jer sbb supaya senang masuk dlm botol)

***Sukatan cawan guna sukatan cawan yg sama...
***Oleskan acuan dgn minyak
***Kukus selama 15 minit/agak2 dh masak

RESEPI IKAN BAWAL SAMBAL


BAHAN-BAHAN :

6 potongan ikan bawal (saiz sederhana)
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
½ biji tomato(dibelah 4)
2 helai Daun limau purut
1 sudu besar gula melaka
1 sudu besar gula putih
1 sudu kecil rata garam
1 sudu kecil serbuk perasa
2 sudu besar perahan asam jawa

BAHAN KISAR :

10 batang cili kering
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 sudu kecil belacan kiub

CARA MEMASAK :

1) Basuh ikan sehingga bersih dan lumurkan garam dan kunyit. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga masak.

2) Panaskan minyak, tumis bahan yang telah dikisar sehingga pecah minyak (API sederhana)

3) Masukkan perahan asam jawa dan daun limau purut. Masak sehingga sambal agak kering dan kemerahan

4) Masukkan garam, gula, dan serbuk perasa. Gaulkan rata dan masak sehingga warna merah gelap.

5) Kemudian masukkan bawang merah Dan tomato. Akhir sekali masukkan ikan yang telah digoreng dan gaul sebati.

6) Siap dihidang.

Sambal Syukor :-
https://s.shopee.com.my/9A2TOdFr8P

RESEPI AYAM GORENG


(Ala2 mamak)

BAHAN-BAHAN :

* 1 ekor ayam
* Bawang putih
* Halia
* 1 biji telor
* 1 sdb serbuk kari
* 5 sdb tepung jagung
* 3/4 cawan air sejuk
* Sedikit pewarna merah/oren (saya guna oren)
* Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA

1. Kisar bawang putih dan halia.

2. Campurkan dalam mangkuk, tepung jagung, serbuk kari, telur, pewarna, air sejuk dan garam secukup rasa. Masukkan bahan kisar tadi. Pastikan adunan tidak terlalu pekat/cair. Kalau cair, tambah tepung jagung lagi.

3. Perapkan ayam bersama adunan tadi dan dedaunan kari selama 30 minit.

4. Kemudian sedia untuk digoreng.

Kredit - Nor Hairiyah Hassim

Rempah Perapan Ayam Mamak :-
https://s.shopee.com.my/5AWKdL7OtP

SUP TULANG (CARA SAYA MASAK)


Rebus Tulang letak halia yg diketuk atau hiris.
Bila dah mendidih, buang air rebusan.
Bahan utk tumis:
Bawang merah : hiris
Bawang putih : hiris
Halia : hiris
Serai : ketuk
Cili padi : ketuk
Sup bunjut Adabi utk sup tulang
Akar Daun ketumbar
Rempah2 (utk 2-3kg tulang)
1 pack kecil Rempah Sup Adabi
1 pack kecil Rempah Kurma Adabi
1 pack Perencah Sup Daging & Tulang
Masukkan bahan tumis
Masukkan rempah2 dan batang daun sup
Tambahkan garam & black pepper.
Masukkan tulang yang dah direbus
Tambah air sehingga paras menutupi semua tulang.
Air baru. Bukan air rebus tulang tadi.
Tunggu sampai mendidih & empuk.
Tambahkan Carrot & kentang dan masak sampai empuk.
Masukkan hirisan tomato & hirisan cili merah.
Daun sup, daun bawang & bawang goreng.
Siap.
Selamat mencuba.
Saya mmg takkan ambik air rebusan pertama tu sbb nak buang semua lemak2.
Tak mengurangkan rasa pun kalau kita buang air tu, janji kita tumis cukup bahan2.

👩🏻‍🍳
Kredit: Ayu Mashruddin Via Resepi Me

Sup bunjut tulang adabi :-
https://s.shopee.com.my/2q8Pr6Jbnu